kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Tuesday, December 4

tawakal. redha. tutup

assalamualikum. pejam celik, pejam celik. tinggal kurang dua bulan disini.
suka? tak, lebih kepada sedih sebenarnya.
oh, seronok sangat ke kat sana sampai sedih nak tinggal.
tak seronok. lebih kepada banyak belajar benda baru. tu yg seronok. lain, kita letak belakang.
oh, kau belajar apa mah?

tawakal.
pertama, aku belajar tawakal.
allah letak kau seorang diri ditengah satu kelompok. seorang pun kau tak kenal. bahasa pun tunggang langgang. komunikasi memang fail lah. maka hanya mampu tawakal dan teruskan langkah.

allah letak kau jauhjauh kat sini. yang dekat sana tak tahu apa jadi. nak mintak tolong pada siapa pun kita tak tahu. maka hanya mampu tawakal dan teruskan langkah. #ini isu daftar kursus.

redha
sana sini orang nak tipu. bukan takde orang baik, tapi komposisi yang kurang baik tu lebih ramai. bukan seribu dua ribu, beratus ribu kena tipu. redha je lah. itu rezeki dia, untuk aku Allah dah tetapkan rezeki yang lain. redha ni satu perasaan yang hebat sebenarnya.

tutup
tutup mulut. itu yang paling aku selalu buat sejak kat sini. percayalah.kau takkan nampak aku yang dulu.
maksud aku, tak bukak mulut sebanyak yang dululah.

qy's snap.

No comments:

Post a Comment