kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Wednesday, December 25

bohong habaq hang

bismillah,

mana aku pergi, kau ada,
kalau tak ada pun, kau mahu tahu aku kemana,

kemana kau pergi, mahu aku ada sama,
kalau tak ada pun, kau mahu aku tahu kau dimana,

setiap hujung-hujung doa,
setiap hujung-hujung pinggan makanan,
setiap hujung-hujung minggu ujian,
nama kau yang selalu jadi teman,

bohong kalau aku tak rindu,
bohong kalau aku tak kecewa,
bohong kalau aku tak cemburu,
manusia berubah, jadi aku pun kena move-on lah,

tapi,
bohong habaq hang kalau aku tak rindu,

studyweek ni, aku lagi kuat dari selalu. ajaib sungguh. terima kasih ya allah.

kasih, sahabat, teman, mahupun sekadar kenalan alam maya,
ayuh, kita berjuang habis-habisan,
buktikan 14 minggu yang kita harung dengan segala susahpayah,
ayuhlah


Tuesday, December 24

jadi

bismillah,

jadi ada seseorang yang hampir setiap minggu sudi singgah ke sini,
 tapi hairan, dia tidak mengizinkan saya untuk singgah kesana,

mohon buka pintu, saya mahu masuk dan join sekaki untuk bergebang,

Sunday, December 22

luar kotak,

bismillah,

sem lima.
cabar diri untuk hidup di luar kotak,
buat yang takselalu buat, makan yang takselalu makan, tidur waktu orang lain tak tidur, errr.

dalam keriuhan dan kesibukan semalam,
yang paling menarik hati dan menancap pandangan mata,
adalah yang paling diam, tenang dan paling pantas tangan dalam bekerja,
"macamana dia boleh senyap eh?"
       "entah, sebab dia suka tulis kot,"
"hahaha,memang taklah"


dalam pertemuan seminggu lalu,
yang paling tersemat dihati adalah,
"Qad aflaha man Zakkaha"
sungguh bruntung orang yang menyucikan jiwanya itu, asy-syams,9
aku selalu pilih yang sebaliknya. alangkah.


"kau tahu mah, kucing tu dia jatuh dari tingkat empat, 
dia malayang jatuh, terhempas atas tanah, bangun, dan berlari macam biase balik,"
"peh,  kuat betul kucing tu kan?"


sepak, pijak dan kalau perlu lanyak habis-habisan,
ego mu,

sem lima,

bismillah,

masa aku rasa macam nak tolak tepi semua benda,
sebab tak terlarat nak menyusun satu persatu strategi kehidupan.
sebab tak terlarat nak meyakinkan semua orang begitu dan bukan begini,
kau  bangun dan cakap,
dia takpernah tinggalkan aku separuh jalan,
sebaris tu je. aku pegang sampai hari ini.
hairan, masa-masa penat, lelah, tak larat hatta untuk tersenyum sekalipun.
azimat kau buat aku rasa kembali kuat hatta untuk ubah dunia, heh. hiperbola sangat.

"janji dengan aku, kau takkan buat kat orang lain macamni,"
"maksud kau? menyayangi sepenuh hati?" senyum simpul.

"aku ikut kau jelah, boleh?"
"orait,"

"ape? ape? cuba citer sikit kat aku,"
"mohon jangan sibok,"

yang lembut, yang keras, yang menyambut, yang sekadar melempar pandang, yang sengaja buat tak endah, yang sayang sungguh-sungguh, yang mungkir janji, yang senyum dari tepi,
kau tahu kan,
hidup kita, bukan senyum semata,
islam, iman, adab harus yang pertama,
kau tahu kan?
oh, tapi kau selalu lupa

_________________________________________________________

yang kuat melayar bahtera rumahtangga, asamgaram bersaudara, 
sumpah aku cemburu buta,
allah berkati kalian hendaknya

Thursday, December 19

peh, peh dan peh,

bismillah,

rasa macam baru semalam rasa teruja dpt fonkol dari kak ira,
harini dah abes sem lima,

rasa macam baru semalam gosokkan baju sekolah adik-adik,
harini diorang dah pandai lilit shawl sendiri,

rasa macam baru semalam tertidur atas sofa,
baba angkat masuk bilik,
harini nak pelukbaba lama-lama pun macam segan je,

rasa macam baru semalam belajar jahit batu seremban dengan ummi,
harini dah kena jahit ituini sendiri,

rasa macam baru semalam teman ecah pergi toilet malam-malam,
harini dia dah berani jalan sendiri, lebih jauh dari aku,

rasa macam baru semala tunjuk abang itu ini,
karangan bahasa inggeris, matematik, tulis jawi,
harini geografi dunia dia lagi hebat dari aku,

masa dah jauh tinggalkan aku. takkan nak tetap macam ni,
berdiri pandang depan tengok orang lain jalan jauh,
bila nak mula berlari sama, genggam dunia, bukan dunia genggam kita,
____________________________________________________________________

sayonara jahiliyyah,
kalau dia member, takkan kau berani  nak tinggal dia,
dia ya allah, dia lah. yang makan sama, minum sama, 
tapi bila subuh dia tak kejut aku sama,
____________________________________________________________________

dia ya allah, dia lah. yang beri aku panadol, minyak angin, urut kalau lenguh-lenguh badan,
tapi bila hati aku sakit. agama dia, dia taknak kongsi dengan aku,
masih belum kuat nak sampaikan pada yg bukan islam, 
____________________________________________________________________

aku faham,
setiap lirikan manja, senyum mengada, madah berhelah,
aku faham,
sebab satu dari ribuan 'ujian' yg dianugerah tuhan pada ku,
adalah,
aku faham,
dan aku faham apa yang orang lain tak faham,
kau,
tak faham kan?
haha

____________________________________________________________________

last,
aku kat sini je,
tengok dari jauh,
bila kau perlu, 
aku masih disini, 
tak pergi manapun,
aku manade motor, haha

Wednesday, December 18

bismillah,

 "banyak jalan yang luas terbentang,
      yang kau pilih jalan yang bersimpang,"

benda senang, kita aku selalu pilih jalan yang susah,
kengkonon nak cabaran, esok lusa bila dah terduduk baru rasa macam, pffffttttt

*jalan bersimpang
ost kl gangster,


bismillah,

tak boleh tipu,
aku memang dah hands-up.
takkan setiap malam kena merayu untuk tutup lampu,

last2. aku yang tercangak-cangak tunggu bas,

Monday, December 2

ihfazillah, yahfazka

bismillah,
sejak akhir-akhir ini ramai yg berkeluh-kesah.
aku satu dari ribuan itu,

menyakinkan orang lain bahwa esok masih ada adalah paling payah,
perlahan-lahan pujuk, baik dengan sentuhan mahupun sekadar kata-kata,

aku semakin agresif setiap hari,
entah ke mana hilangnya kekuatan untuk melakukan yg terbaik,
sayang susah nak ungkap, benci susah nak lindung,
aku tak tahu.

berharap untuk melakukan sesuatu,
tapi tak mampu,

aku tak pergi manapun, dekat sini-sini je,
bila kau perlu aku datang,
percayalah

ihfaillah, yahfazka.
jagalah Allah, dia akn menjagamu.
baca ulang-ulang. kalau kau faham betul-betul betapa Dia sayang kt kita,
kau sayang aku, aku akan sayang kau.
sebenarnye, Dia tak perlu kan kita,
kita yang perlu kan Dia.
kan?


Friday, November 22

jumaat, tengahari

bismillah,

aku sudah biasa dibawah, menolak kalian supaya ke atas,

takde rasa pahit, kita tak tahu betapa sedapnya rasa manis.
terima kasih kopi, haha

pelukcium adik lelaki, sgt berbeza dengan pelukcium adik perempuan,
aku masih belajar banyak perkara,

dari nak bina yg baru, aku lebih cenderung membaik pulih yg lama,

dia yang semalam, bukan yg hari ini,
setiap hari, belajarlah.


malam ni ujian kedua amali hasilan makanan,
seronok buat roti, beger, mayonis segala bagai,
malam nilah penentuannya,
*sengih

Tuesday, November 19

"dan aku mulai takut, terbawa cinta, 
          menghirup rindu yang sesakkan dada," letto


igt nk simpan je gmbr ni,
but then,,,
ah, upload je lah. 


bismillah,

'bila ku terjatuh nanti, kau siap mengangkat aku lebih tinggi'
seperti pedih yang telah kita bagi,
layaknya luka yang telah terobati,
bila kita jatuh nanti, kita siap untuk melompat lebih tinggi, SO7

sejak akhir-akhir ni rasa macam senang emosi bila dengar sesetengah perkara,
ini bukan hati tisu,
tapi aku sendiri pun tak tahu,

sejak akhr-akhir ni banyak buat bodoh,
-ah ye, macamlah selalu kau pandai sangat,

aku ingat nak keliling dunialah,
-habiskan apa yg kau tengah usahakan ni boleh? dush


aku penat, rasa nak berhenti je,
-berhenti rehat takpe,   tapi jangan lama sangat oi,

ah, kalaulah aku kuat,
-kalau kau kuat mungkin kau akan lebih byk menindas. dush. dush.

aku bukan taknak tolong kau, aku betul -betul tak mampu,
-sigh.

test dua oi,
-nak taknak kenalah struggle. sape suruh suka sgt ta'jil. batuk. 

Thursday, November 14

ok, dah habis!

bismillah,

ok dah habis! *sila baca dengan nada gembira.
harini result UPSR keluar, jadi seluruh pelosok Malaysia berkongsi rasa yang sama,
tahniah buat yang berjaya,
untuk yang tidak, ini bukan pengakhirannya,

dan untuk kami sekeluarga,
"alhamdulillah, dah habis,"
   kata baba sambil senyum lebar. aku dapat rasakan perasaan lega baba. lega dia macam test 1 dah habis, tapi test 2 dah nak start. haha. ok, ini serious. baby kembar penyambung generasi terakhir dekat SK DABB tu,

tata,
meema,
ecah,
abang,
amcik,
yah,
baby irah,
baby ilah,

lapan orang kot. lapan orang ummibaba hantar pergi sekolah.
cakap pasal pergi sekolah bukan setakat daftar nama, hantar pergi, pastu ambik balik sekolah.
dari lencana sekolah, sampai butang baju sekolah yang hari-hari tercabut ummi akan jahitkan.
gosokkan baju sampai semua pandai gosok baju sendiri,
basuhkan kasut sekolah kalau masing-masing tak larat,
kapurkan kasut, ah, yang paling tak boleh lupa kalau hujan, kasut tak kering.
ummilah yang terbongkok-bongkok sumbat kasut dengan surat khabar, susun bawah peti ais supaya kering,

itu belum cerita pasal bekal makanan pulak,
satu-satu ummi akan masukkan dalam beg, pastikan botol air penuh,
kalau ummi buat sarapan roti canai, siap asingkan kuah dengan roti supaya tak lembik nak makan time rehat,
ah, aku sampai asasi kot dapat lunch box dari ummi.
syukur sebab dapat universiti yang dekat dengan rumah. syukur sangat-sangat.

kalau baba,
paling tak boleh lupa bab nak pergi sekolah.
kami pergi sekolah ulang-alik naik motor. bukan baba takde kereta, tapi zaman dulu lagi selesa naik motor rasenye. cepat sampai kot. haha
ada satu masa tu, tata, aku dan ecah serentak pergi sekolah.
kami berempat sekali dengan baba naik satu motor. tak boleh bayang macamana boleh muat. haha
yang aku ingat, ecah mesti nak duduk belakang baba, peluk baba kuat-kuat. tata paling belakang lah sebab dia paling sulungkan.
senyum sendiri kalau ingat balik naik motor pergi sekolah.
masa aku darjah lima, kami berempat serentak pergi sekolah. jadi berlima lah kalau campur baba.
aku, ecah, abang, dan amcik. macamana pergi sekolah time ni aku tak ingat. betul aku tak boleh bayang, haha

kalau kt sekolah mesti cikgu bagi nama panggilan masing-masing yang lain dari nama sebenar.
adik khaulah, kakak ecah, kakak aslam, kakak si kembar,
ape saje lah, ape saje yang boleh dipanggil asalkan kami toleh. haha
kalau masuk cikgu baru, atau cikgu praktikal maktab,
mesti diorang akan konfius antara aku dengan tata,
atau aku dengan ecah, atau abang dengan amcik, atau si kembar. seronok bila fikir balik.

sekarang, semua dah besar. dah tak payah ummi ingatkan semua benda,
bekal jangan lupa,
botol air dah isi ke,
kasut dah basuh,
giliran siapa sental stokin minggu ni,
esok ade kelas tambahan kat sekolah tak,

sekarang soalah dah lain, orang akan tanya,
nak sambung belajar ape,
besar nanti nak jadi ape,
nak kawen dah ke, erk

besarlah, belajarlah, terokailah, hiduplah dengan seadanya.
yang penting,
apa yang ummibaba ajar sejak kita semua dalam kandungan lagi,
jangan kita lupakan,
jangan letak tepi,
yakin,
Allah yang bagi manfaat
dan Manusia tak mampu bagi mudarat kepada kita semua,

la takhaf wa la tahzan. innaallaha ma'ana

jadi, terima kasih buat seluruh warga SK DABB. terima kasih buat cikgu, cikgu besar sampai lah kepada kerani. terima kasih bantu ummibaba menjadikan kami orang seperti hari ini *lap air mata.



ok, dah habis!
senyum sampai telinga


Thursday, October 31

dah berminggu-minggu

dah berminggu-minggu mood untuk menelaah nota kuliah masih belum kembali,
test satu dah selesai katanya,

dah berminggu-minggu uspot universiti macam hidup segan mati tak mahu,
sedari sebelum aidiladha kalau tak silap aku,

jadi jangan salahkan aku kalau mood untuk bernota kuliah masih tak kunjung tiba,

oh ye, minggu lepas kami adun roti. senyum bangga, haha

Friday, October 25

of waktu kuliah

bismillah,

mulai minggu hadapan kita akan adakan kuliah dari jam 7 hingga 9 malam,
like seriously,
7 hingga 9 malam?
lecturer aku dr anis dan dr azis kot,
bukan dr param,

Sunday, October 20

smp upm

bismillah,

penat otak tgk pengumuman kt smp suruh kami repeat subjek bbi,
repeat bukan sebab gagal, tapi sebab muet aku bukan band 6.
orang atas suruh yang bawah kena angguk je

penat otak terubat bila tgk markah test ou,
aku perlu berusaha dua kali ganda,
sebab teringin nak salam dengan sultan dengan gelaran ijazah kelas pertama,
senyum

dah minggu 7 rupanya,
siap-siap untuk minggu presentation,

Wednesday, October 16

dia lupa

bismillah,

dia lupa,
ada perkara memang kena tebalkan muka.
tapi harap kita tak lupa,
dakwah bukan pada perkataan semata-mata,

Friday, October 11

amali hasilah : buat tauhu

Bismillahirramanirrahim
         Ini minggu ke lima. Minggu ujian untuk warga UPM. Dari pelajar, pensyarah hinggalah kepada staf sokongan, semua sedia maklum dengan kehadiran minggu lima. PKU penuh, Perpustakaan penuh, Bukit Ekspo pun penuh, Mines mungkin kosong. Er, mungkin lah. Haha
        Minggu kedua ber’eksperimen’ dengan soya. Kalau minggu yang sudah, kita bermain dengan buah nanas, minggu ni giliran untuk bermain dengan soya pulak. Dan bila bagitau kat ummi aku buat Tauhu masa amali, ummi terus mintak resipi.
       Rasa pelik pulak bila ummi mintak resipi dari aku. Sebenarnya, ummi memang suka bereksperimen dengan kacang soya. Buat tempe lah, buat TaufuFah lah, tapi tak pernah try buat Tauhu sendiri.
          Secara ringkas, cara nak buat TaufuFah dan Tauhu adalah sama dari segi bahan-bahan, cuma berbeza sikit dari segi teknik penyediaan. Untuk amali, kitorang gunakan beberapa formulasi yang berbeza. Tapi memandangkan dua kali amali, dua kali juga TaufuFah dan Tauhu kami antara yang terbaik, jadi tak seganlah nak share dengan ummi. Haha.

          Jadi, jomlah kita belajar buat tauhu.
          "Kenapa kena cuba buat Tauhu nieh?"
          "Oh, sebab rugilah tak cuba benda baru. Kbai."

        Untuk bahan asas, kita perlukan kacang soya, siako (aka  CaSO4), Tepung Jagung, Garam dan Air. Formulasi yang kami gunakan ialah :

Kacang Soya
1000 g
Air
5liter (anggaran)
Siako (aka  CaSO4)
30 g
Garam
10 g

Untuk Siako, kita boleh dapatkan dekat Kedai Bakery. Aku pernah tanya dekat Yummie Bakery, Bangi dan diorang ade jual Siako. Kalau lupa nama dia atau taktahu macamane nak pronounce, sebut je ubat tahu. InsyaAllah diorang faham apa yang korang mintak.
               
 Step by step pulak,



Rendam kacang soya dalam air lebih kurang 4 jam.
Lebih baik kalau rendam semalaman. Kenapa kena rendam? Sebab kacang soya kulit luar dia keras, jadi nak lembutkan kena rendam dan secara semulajadi kacang soya ade toksin yang boleh mengancam kesihatan kita, jasi bila kita rendam, secara tak langsung kita buat proses detoksifikasi atau buang toksin dia. Ye, nenek moyang kita dulu pun rendam sebab nak buang toksin, bukan sesaje rendam supaya lembut.


Kisar Kacang Soya beserta Air (1 kilo Soya dan 1 Liter Air). 
kalau dalam makmal, kami gunakan soya grinder, tapi ummi selalu pakai blender cili je boleh jugak. Cuma pastikan bersih betul-betul, taknak ada rasa lain pulak.
Cara kisar dia, amik soya sikit dan campur air sikit. Lepas betul-betul hancur, tuang dalam periuk yang dah dilapik dengan kain bersih. Tuang dalam periuk terus supaya boleh terus didihkan air soya dalam periuk. Lapik dengan kain sebab kita taknak hampas soya tercampur dengan air dia.
Kisar sikit-sikit sampai semua kacang soya dan air habis.

Perah Hampas Soya.
Guna kain yang bersih untuk perah hampas soya. Sebab soya kaya dengan protein jadi air soaya amat sensitif dengan kotoran. Kalau perlu, beli kain putih yang baru, didihkan dengan air panas. Lebih selamat. Kalau dekat kedai, nama kain nie cheese cloth, tapi kalau susah nak cari boleh je guna kain kotton yang biasa.

Cairkan dan Masak.
Cairkan maksudnya tambah air kedalam susu soya yang diperah tadi. Nisbah cairan yang kami gunakan adalah 1:10. Contoh, 1 cawan susu soya campur dengan 9 cawan air. Satu periuk susu soya campur dengan 9 periuk air. Lepas cairkan, kita masak campuran susu soya dan air sampai betul-betul mendidih dan tunggu selama 5 minit sebelum tutup api.
Sementara tunggu mendidih, kita boleh ambil bahan-bahan lain (Siako dan Garam) dan larutkan dalam air. Air dalam 250 hingga 500 ml cukup. Jangan cair sangat.

Campurkan Air Soya dan Bahan Lain.
Proses mencampur kena dibuat semasa air soya yang telah dimasak tadi masih panas dan kena betul-betul sebati. Untuk memudahkan proses ni, kami diarahkan untuk sediakan satu lagi periuk kosong dan letak bahan lain (siako dan garam yang dah larut dalam air tadi) dalam periuk tu. Kemudian, kita tuang air soya panas tadi kedalam periuk yang ada larutan bahan lain. Tuang macam buat teh tarik, jangan putus sebab takut tahu kita tak membeku dengan baik. Ini serius.

Biarkan sejuk.
Tunggu dalam 40 minit dan kita akan nampak air soya panas tadi dah mula membeku. Bukan sepenuhnya, tapi sikit je. Lebih kurang macam tekstur TaufuFah. Jangan langgar atau gerakkan periuk lepas kita tuang air soya panas tadi. Kalau tak, air soya kita takkan membeku dengan baik. Ok, kalau korang nak buat TaufuFah, korang boleh stop setakat ni je. Buat air gula, campur dengan Taufu dah boleh makan. Kalau sejukkan lagi sedap. Ohoi!


Pecahkan dan Tapiskan Air.
Tapi kalau nak buat tauhu, kita kena pecahkan struktur lembut yang terbentuk tadi. Kacau dengan senduk sampai struktur tadi hancur. Masa kita pecahkan struktur tadi, air akan keluar. Ambik tapis, keluarkan air tu daripada periuk. Cara dia, tekan tapis kedalam periuk dan air akan timbul keatas, ambik senduk dan keluarkan. Tak perlu keluarkan semua air tu, cukup dalam ¾ bahagian je. Tinggalkan ¼ dalam periuk.


 
Mould atau Acuan.
Tekstur yang hancur tadi, kita akan tuang dalam acuan tauhu. Kalau takde acuan tauhu, boleh ambik bekas yang berlubang atau bakul. Kreatif ye, kreatif. Kena yang berlubang sebab kita nak pastikan air yang masih tertinggal tadi boleh keluar melalui lubang tu. Sebelum tuang, pastikan acuan atau bakul yang kita guna dilapik dengan kain bersih. Boleh guna balik kain untuk perah hampas tadi. Kreatif ye, kreatif. Haha.
Tuang rata-rata kalau tak nanti tauhu kita tak padat.

Tekan.
Tekan acuan tadi dengan benda berat. Dalam makmal, kami gunakan periuk besar yang diisi dgn air. Pastikan semua bahagian acuan ditekan kalau tak nanti tauhu kita tak licin. Tekan dalam  15 hingga 20 minit daaaaannnnn kita dah dapat tauhu. Hohoho.
Kalau tak yakin, boleh je tunggu lagi lama. Tapi tak perlu lama sgt sebab tauhu kita  memang dah mengeras masa campur panas-panas dengan bahan lain tadi. Kita cuma nak bagi dia licin dan padat sebab tu kita buang air dia sikit dan tekan dengan benda berat.



  
Potong.
Kalau acuan tauhu sedia ada, kita dah ada saiz tertentu. Tapi kalau pakai acuan kreatif, kita kena potong sendiri. Boleh lah potong bentuk yang disukai. Barulah orang yang makan nanti tahu, kita buat tauhu tu sendiri. Errr, gurau.

Setakat tu jelah yang aku ingat cara nak buat Tauhu. 
Oh ye, kalau nak buat TaufuFah kena tambah tepung jagung dalam bahan lain. Dalam 30 g cukup. Jangan lupa buat air gula. Guna gula merah bukan gula Melaka. Tapi kalau campur sikit gula Melaka mungkin akan lebih sedap. Guna gula masak biasa pun boleh, tapi tak elok untuk kesihatan keluarga. Ehem.

Kalau kacang soya kita sikit, kita boleh kecilkan nisbah bahan-bahan lain.
Banyak ke boleh dapat kalau 1 kilo Kacang Soya?
Banyak sangat. Kitorang dapat dalam 65 ketul tauhu waktu amali haritu. Jadi kalau nak cuba buat, try bahagi kan bahan-bahan tadi kepada 4 bahagian. Mungkin akan dapat dalam 15 biji tauhu macam jual kat pasar tu.

Itu jelah yang ada dalam kepala setakat nie. Nak sambung balik study statistik. Gigihkan, update blog padahal esok test. Terima kasih daun keladi, lain kali aku sambung lagi. Lepas AidilAdha kitorang nak belajar buat mee pulak, mee kuning. Cool kan? Haha. Harap ummi saya tak jeles.
Till then, salam alaik.
Caucincau

"Menulis adalah satu daripada puluhan cara aku melepaskan lelah belajar sebenarnya."



Wednesday, October 2

amboi,
kerajaan membazir wang untuk hiburan k-pop,
kau membazir masa untuk tonton runningman ade kau kisah?
oh lupa,
kau mane perlu audit tahunan,

sadis sungguh

Tuesday, October 1

yuran semester 5

bismillah,

bank islam, bangi.
pecut sepantas yg mampu sebab nak kejarkan kelas pukul lima,
gap dua jam, tapi sempat jugak sesat.
sampai kat kaunter untuk mintak penyata akaun,
pakcik berkaca mata terpana,
yuran awak satu sem lebih dari seribu?
angguk jela yang mampu,
mahal kan harga ilmu?

nak minggu lima dah oi,
semua lecturer masuk kuliah untuk sembang pasal ujian je,
semput beta

Sunday, September 29

minggu tiga

bismillah,

kena menulis tapi tak tahu soal ape.
banyak sangat benda dalam kepala, er kecuali nota kuliah.

statistik, tamil, aku memang lone ranger.
tak sempat nak berkawan bila asyik masuk kelas dr.sohel lewat.
bukan seminit dua, tapi berminit-minit. haish.
mujur ade valar dalam kelas tamil, kalau tak...

malas nak buat esaimen,
lab report semua due date dua minggu selepas,
jadi penyakit malas datang tanpa diundang.

homesick masih belum hilang,
tak sedar diri dah meningkat dewasa,
esok lusa kena jugak tinggalkan rumah, haih.

selagi ade abang, aku rasa semua benda mustahil jadi tak mustahil,
astaghfirullah,
dia penyangga semangat kalau dalam bahasa yg lebih mudah,

semoga azwar akan lulus dengan cemerlang sepanjang di banting.
semoga abang berjaya pujukrayu ummi,
semoga yah berjaya dengan projek rookie needles,
semoga baby ilah irah bahagia menikmati hari tanpa buku teks.
semoga amcik rajin tolong ummi dan pergi solat jemaah di masid.
semoga humairah dpt menyesuaikan diri di menara gading,
semoga meema dapat jumpa deba dgn fen, lap air mata.

setiap kali rasa rindu sgt kt deba, mesti dia akan kol,
ini serious, bukan tipu.
semoga allah satukan kita dalam syurga, ameen.

ini minggu tiga, tapi esok dah minggu empat.
ade jejak pelik kat blog gua,
teringin jugak nak tau, sape kau?

Monday, September 23

amali hasilan

bismillah,
tiga tahun. tiga tahun aku tunggu untuk masuk lab processing. jadi sedikit teruja, bila dapat process sendiri makanan. dari buah sebijik, potong-potong, campur-campur, kacau atas api dan boleh dapat satu produk baru.
memasak lebih kurang macam menjahit. dari kain, jarum, benang dia boleh jadi baju sehelai.
sama macam memasak, tepung, gula, telur, jem nenas boleh jadi tart nenas. makan sampai habis, dan kenyang. haha

potong,

campur-campur, kacau

dapat kordial,

beza dia, masak kat rumah takpayah buat lab report. ohoi :D
part analyse tu yang leceh sikit, *batuk
minggu depan kita main dgn kacang soya plak,

Wednesday, September 18

apa khabar semalam?

bismillah,

ada sesetengah perkara, dia nampak kecik.
makin dibiarkan makin membesar,

persoalannya, apa usaha kita untuk mencegah yang kecil dari menjadi lebih besar?
*batuk.

bukan, bukan aku tengah xde kerja. 
tapi tengah taknak buat kerja tu, :D




Tuesday, September 17

minggu dua.

bismillah,
pejam celik dah dua minggu berkuliah.
urusan daftar kursus selesai seawal minggu pertama,
entah kenapa hati tetap tenang walaupun berduapuluhsatu jam kredit,

ade 12 jam lab,
kalau ade tiap-tiap hari pun aku masik ok,
asalkan takde lab report. haha

bahasa tamil dua, akan sedikit tough tapi bila lagi kalau tak habiskan sekarang.

kau ade le familia,
oh, jadi aku dah takde kau?
*aku sedikit kecewa.

penat dikolej tak sama macam penat dirumah,
paling kurang, malam-malam masih boleh peluk ummi sambil buat luahan perasaan.
rasa macam nk angkut semua benda pindah tempat lain,
tapi kata aaishah, menuntut ilmu kalau tak berkorban,
tak terasa sangat manisnya,

pilih minor,
baba letak semua kepercayaan kat aku,
semoga kita semua berada dijalan yang benar,

Monday, September 16

mana kau yang dulu?

bismillah,

mana kau yang dulu mah?
kata aku kepada diri sendiri. haha
majnunah dah aku nie :D

dr mehnoursh buat aku rasa kelas ou tak berat,
mohon syahirah cpt balik. haha

sem nie kena group dengan kau lagi,
'murah' sungguh rezeki aku sem ni,

duapuluhsatu jam kredit,
yosh, semoga kita semua kuat.

kelas mikrob, macam parah je. hukhukhuk

rindu nak menulis sebenarnya.
i.s.t.i.q.a.m.a.h.
jom?
wallaweh, :D



Sunday, September 8

bisik sendiri

bisik sendiri,
its gonna be tough.
but, worth it.
kot?

semester lima. ahlan wasahlan

bisik sendiri

bisik sendiri,
its gonna be tough.
but, worth it.
kot?

semester lima. ahlan wasahlan

Thursday, August 22

tiga puluh tahun

bismillah,

usai tiga puluh tahun berkhidmat,
anugerah setia putra kata mereka,
usai tiga puluh tahun berkhidmat,
untuk memastikan senyum kami setiasa ada,
itu kata aku,

aku perasan, 
baba dan amcik sama-sama jadi malu-malu didepan kamera,
jadi masalah cameraphobic,
bukan masalah aku seorang rupanya, senyum lega :D

Monday, August 19

ke?

bismillah,

akal kata ya,
hati kata tidak,
istiqamah memang susah ke?

dah hampir setahun,
tiba-tiba jadi rindu,
kalau aku nak ke sana balik boleh ke?

raya,
ziarah sana-sini,
badan penat tapi hati jadi kaya,
sebab rasa ramai org yang tersayang.
bukan duit raya yg aku harapkan,
doa,
itu yang aku sedang sangat-sangat perlu,
aku masih ada masa ke?

ada sesetengah orang,
senyum dia sangat menghiburkan,
er, aku emosi sangat ke?

selamat ulang tahun yang ke duapuluhsatu fenny,
aku rindu kau sangat-sangat,
sem depan kita boleh jumpa ke?




Wednesday, August 14

of raya, masterji, kahwin dan gunting.

bismillah
ramadhan dan syawal.
tiba-tiba rasa lama sungguh tak menulis. merepek itu ini, berkongsi segala benda yg ntah apape, haha

so, ape lagi? jom lah kita, :D

masterji
dalam kesibukan mencuci pinggan mangkuk sambil melayan tetamu dan menghabiskan kuih raya, tiba-tiba semangat nak sambung belajar datang mencurah-curah sebab,
  • naji and jae dah abes degree dan memasing berkobar-kobar nak sambung belajar terus, taknak stop kerja dulu. jeles dengan semangat mereka!
  • kak ijat dapat sambung belajar kat oversea, jeles jugak!
kahwin
isu kahwin antara yang paling mudah didengari di ruang udara. baik kat rumah nenek (melaka), rumah amai (pasoh, n9) mahupun rumah sendiri (selangor).  
tapi semangat nak kahwin tak datang mencurah-curah walaupun,
  • ila dah tunang, 
  • aaliah and ayie memasing dah nak kahwin dalam syawal tahun ni jugak.
  • fatin dapat baby september ni, insyaAllah.
  • biela punya due date around oktober, insyaAllah.
bila difikirkan balik, aku lebih bersedia untuk menjadi seorang makcik. sonyum lebar. baca stail orang nogoghi sikit.

gunting
"ni gunting arwah bapak ummi dulu. dia dapat gunting ni dari mak dia."
"kira kita ni keturunan tukang jahit legend lah ye ummi?"
ok, lepastu kena ketuk dengan ummi.

dah tiga tahun 'terpaksa' pakai baju raya jahit sendiri. perasaan terpaksa tu datang sebab aku kan penjahit amatur, jadi kalau senget sikit-sikit baju yang dijahit tu kena redha je lah. takkan nak kutuk diri sendiri sebab jahit salah-salah pulak. haha.
sebenarnya, tahun ni berangan nak pakai baju peplum yang kiut miut ala-ala saloma, tapi sebab semua mahal dan kain macam tak selesa disentuh, (habit kalau beli baju mesti nak sentuh kain letak kat pipi sebab tak tahu jenis-jenis kain sgt) jadi tak merasalah baju peplum. tsk tsk tsk.
dan ummi ajar jahit baju kurung pesak gantung sebab nak pujuk kekecewaan aku. hehe. jadi raya tahun nie merasalah baju selain baju kurung tradisional. 
tapi kan, tapi kan, baju kurung pesak gantung tak boleh jahit poket. ke aku je yang tak pandai nak jahit poket atas baju tu? ok kena ketuk lagi.

amacam ramadhan? sihat? 
aku rindu kau, 

Friday, July 26

mungkin?

bismillah,
aku tamak mungkin?
mintak banyak usaha sikit,
astaghfirullah.
janji sanasini kena tunaikan, allah mudahkanlah.

i need someone to talk seriously.
yakinlah mah, ada orang yang akan tengok usaha buka hasil,
sebagai seorang yang main senduk kuali di dapur, mungkin masih boleh dipertimbangkan,
tapi kalau sebaliknya perjalanan aku macam masih jauh walhal masa sudah semakin suntuk,
mohon jangan kau yang muncul saat kecemasan,
tapi tetap...


Monday, July 22

fasa kedua

bismillah

ini fasa kedua ramadhan,
fasa pengampunan.

sikit lagi dan kau baru dikira bercuti mah, kata abang.
allah yusahhil!!!

Saturday, July 20

ramadhan 11

cemburu.
cemburu dengan sesetengah orang untuk sesetengah kemampuan dan kebolehan,

hairan.
hairan terhadap sesetengah orng untuk perkara yang mereka sanggup bazirkan,

bergelut.
minggu ni bergelut dgn nota kuliah, laporan amali dan presentation segala bagai,
lepas tu baru boleh bermesra dengan tepung, mentega dan gula,
kemudian mungkin masa untuk bermesra dengan jarum dan benang,


Wednesday, July 3

.

bismillah,
untuk banyak perkara buat ketika ini,
bila aku temui kebuntuan dalam setiap perkara,
hanya mampu,
tarik nafas dan bisik perlahan-lahan,
mungkin buan sekarang, mungkin nanti,
dan cuma mengharapkan yang lebih baik,

semester pendek yg sedang berjalan, aku masih belum dapat rentak dia,

Sunday, June 30

kadang-kadang je, ke selalu

bismillah,
kadang-kadang bila duduk sorang-sorang,
banyak benda kita lupa,
bila ckp dgn org lain, yg lebih berpengalaman, yg lebih tua,
kita jadi ingat balik.
batas-batas manusiawi yg kita langgar,
batas-batas kemampuan yg kita tak endahkan,
batas-batas kebolehan yg kita masih belum manfaatkan,
kita akan ingat balik.
sebab
kadang-kadang je kita lupa,
er, ke selalu?
*batuk. 

Saturday, June 22

yang akhir, mungkin?

bismillah,
sebagai pelengkap,
esok yang terakhir.
i dont think its a good idea to recap again, but in the end,
i realise it is,

at least just to tell you,
to smile always. i really need it.

yosh, short semester is coming, haha

Thursday, June 20

yang ketiga, yang keempat

bismillah,
ini akibat bertangguh dan jurang serious dalam banyak perkara,
rasa macam byk lagi tak terkejar,
dan sibuk update blog,
baca nota sorang-sorang dalam gelap, haih.

esok yg ketiga dan keempat.
allah yusahhil


Wednesday, June 19

yang kedua,

bismillah,
orang lain dah kemas barang untuk balik,
aku susun nota hari-hari, highlight itu ini, letak note sana-sini,
baru habis satu, esok yg kedua insyaAllah.
subjek terakhir dari jabatan kimia,
semoga Allah permudahkan,

you have no idea, how far i can go, how long i will stay, how much i will spend and what i will do,
just to make everyhing goes right,
to see your smile,

aku akan berundur, kalau kau mahu begitu.
mengalah, itu bukan aku, 
berhenti rehat, oh itu selalu, haha

dari kecil sampai dewasa,
aku memang susah nak buka pintu untuk bersahabat,
kalau berkawan, itu mudah,
senyum, hulur tangan, tanya nama,
esok jumpa lagi, ulang. 


Sunday, June 16

aku masih mengadu lapar

bismillah,
selamat hari bapa, bisik aku perlahan. untuk kesekian kalinya, tiada baba disisi untuk diucapkan. dia bukan baba kami seorang, aku kena terima hakikat itu.

masa aku makin singkat rasanya,
hari ini bila ditanya apa kau punya masalah wahai faatimah,
ya allah, aku lapar. sangat lapar.

tapi dia mungkin sedang disoal dengan soalan lain yg bertubi-tubi. dan saat soalan yg sama ditanyakan kepada aku sekarang, mungkin aku tak bisa menjawab sebaik aku menjawab soalan kimia makanan atau soalan bahasa arab yg lepas.

dia sudah jauh di depan,
sedang aku masih mengadu lapar, mengadu soal mengantuk kerana nyamuk dan panas kerana tiada kipas,

semoga aku telah menunaikan semua hak nya sebelum pemergian beliau,

setiap yg hidup pasti akan merasai mati
inna lillah wainna ilaihi rajiun

Saturday, June 15

dah dua tahun,

populasi warga pangan lelaki di malaysia itu sgt membingungkan,
andika.
lawak tapi itulah kenyataan,
orang dari seberang pun faham dilema kami, haha 



Friday, June 14

ahli syurga

bismillah,

"shaaaam, kenapa aiman selalu bau wangi eh?" naa'irah menyoal sambil pipi digeselkan ke wajah si kecil aiman.
sham pandang permata-permata yg dipinjamkan bergilir-gilir. sekilas ke arah aiman yg dh separuh lena matanya, sekilas ke arah naa'irah yang kini leka mengelus perlahan pipi aiman.

"hurm, sebab dia baru mandilah kot, kan dah pakaikan dia bedak tadi," sham menjawab selamba tanda menguji. menguji sejauh mana akal si kecil memerlukan jawapan.

"taklah, kadang-kadang kalau aiman dah lama mandi pun dia wangi jugak tau," naa'irah menguatkan hujah, menunjukkan betapa akal si kecilnya masih menagih jawapan.

"baby rasa sebab ape?" sham masih mendera. sambil tangan perlahan menepuk perlahan belakang aiman. seusai si kecil itu ditidurkan, barulah giliran dia untuk merehatkan mata.

"alah, orang tanya dia, dia tanya kita balik," muncung sedikit wajah hitam manis itu. namun tetap lekuk dikiri dan kanan pipinya terserlah. menenggelamkan sedikit kekeruhan wajahnya.

"baby dulu pun wangi tau," sham menarik perhatian sekaligus memujuk secara psikologi. menarik minat naa'irah untuk mendengar. dan bila tangan berhenti menepuk si kecil, dia menyambung lagi.
"sekarang je baby busuk sikit, hehe"
"betul-betul lah sham."
"hurm, ok.ok. aiman wangi sebab dia ahli syurga. jadi ada bau syurga pada dia, " sham sedikit menyeringai sambil kembali tangan menepuk si kecil.
"aiman ahli syurga sebab dia belum ada dosa. jadi wanginya syurga kita boleh bau melalui aiman. baby tahu tak kalau sekarang allah ambik aiman, nanti dia akan tunggu ummi dengan baba di depan pintu syurga, "
sham kalau dh ckp memang susah nak berhenti. suara diperlahankan sedikit khuatir mengganggu yg sudah mulai terlena.

"tunggu depan pintu syurga?"

"yup, nanti dia akan beritahu kat Allah, mintak izin supaya dpt bawak ummi baba masuk dalam syurga,"

"pastu, Allah bagi ke?" berkerut dahi naa'irah. bercantum rapat keningnya yg memang sedia bercantum.

"hahahahaha, kenapa baby tanya macamtu pulak? meledak ketawa sham. memahami konflik si kecil yg pernah dia lalui suatu masa dahulu. hampir semua perkara mahu disoal, mahu didebatkan. ingin tahu.

"bagilah. sebab Allah dh janji, dia mesti bagi,"

"jadinye, nanti ummi dengan baba senanglah nk masuk syurga, kan sham?"
sham angguk laju-laju. seronok dengan kepantasan akal si kecil.
"kalau macam tu, baby nak ada baby jugaklah," pantas si kecil membuat kesimpulan. premis satu, premis dua, dan terus kepada kesimpulan.
meledak sekali lagi ketawa sham. akal singkat si kecil, itu yg buat mereka selalu istimewa dalam semua perkara.
"kenapa gelak, betul lah kan?"
"hurm, sham rasa baik lagi kalau baby tidur sekarang, nanti senang nk solat subuh. senang nak masuk syurga jugak, "sham menyucuk jarum memujuk naa'irah melelapkan mata disamping membetulkan persepsi si hitam manis.
"lagipun...." sham berhenti seketika.
"lagipun apa?" pantas naa'irah menyoal sambil sudah mula mengambil posisi untuk melelapkan mata.
"kan baby pun baby jugak, " sham sengih lebar. mencurah kasih dalam perkataan. meyakinkan si kecil bahawa dia juga kesayangan dan bisa jadi asbab untuk yang lain ke syurga,
"sham ni comel lah," pantas naa'irah membalas menghargai kasih yang dihulur, sambil memulangkan 'buah keras' dengan cara yang sama.
"ah, mengada. tidur cepat," sham sedikit mengugut sambil tangan menarik selimut menutup si kecil separas dada. sambil telinganya sayup-sayup menangkap suara si kecil membaca doa tidur.

malam itu, tiga jiwa terlena dalam senyuman.

berikan cintamu, 
juga sayangmu, 
percaya padaku, 
ku kan menjagamu, 
hingga akhir waktu menjemputku,
ungu, percaya padaku

allah berfirman kepada anak-anak pada hari kiamat, "masuklah kalian kedalam syurga"
anak-anak itu berkata, "Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk"
lalu mereka mendekati pintu syurga tetapi tidak memasukinya.
Allah berfirman lagi, "mengapa, aku lihat mereka enggan masuk? masuklah kalian ke dalam syurga,"
mereka menjawab, "(tetapi) bagaimana orang tua kami?"
Allah pun berfirman, masuklah kedalam syurga bersama orang tua kalian,"


words, always make me feel better.
either i read it, write it or listen to it, 

Tuesday, June 11

habis satu

bismillah

paper kimia makanan dh selesai,
konklusinya sebagai seorang yg pukul butter dgn gula, pukul telur, masukkan tepung sedikit demi sedikit,
ye, aku mungkin lulus.
tapi sebagai foodtechnologist,
aku garu kepala lama-lama, kenapa gula dengan lemak dulu, kemudian telur dan baru tepung?

dah lama tak cari pen dn kertas untuk benda selain nota kuliah dan nota bacaan,
hari ni cari balik buku lama,
nmpk johny depp sengih ala-ala pirate kt depan buku tu,
aku jadi lucu sendiri,
kecik sungguh aku dulu, sekarang mcm bsr sgt, haha

Monday, June 10

mecari dan memberi

bismillah

mencari dan memberi yang terbaik.
pertama kali jejak bumi ipb,
itu yang buat aku tertegun untuk seketika.
hati jadi rindu, pada hujan, pada minuman panas, pada senyum mesra,
dan pada susah yang mendekatkan 'hati-hati',

esok, paper kimia makanan. aku boleh terbuai layan faizal tahir dgn tomok pulak
cis sungguh

Saturday, June 8

oi, oi terima kasih


thanx for leaving me behind. haha

i dont do sarcasm i'm good at it

siapa yg tinggalkan siapa, aku atau kau.

penat, tapi lepas take five kita boleh sambung balik kan.

luka memang boleh sembuh, tapi parut takkan ke mana.

memang tulis pakai pensil boleh padam, tapi kalau takde pemadam?

ye, islam akan jadi asing. aku yakin itu. tapi, aku yg asing atau yg mengasing kan

sigh

mungkin aku yg salah dalam semua perkara. 

terima kasih nota kuliah.

Thursday, June 6

agar jangan sampai...

bismillah

dapat dari status seorang kenalan di muka buku,
baca sepuluh kali pun hati tetap rasa sayu dan merintih. jauh sgt rasa nk jadi sehebat salman al-farisi.

"Asas utama dalam hidup berjemaah yang sekukuh janji adalah kepercayaan"

Umar ibn Al Khattab sedang duduk di bawah sebatang kurma. Serbannya dilepas, menampakkan kepala yang rambutnya mulai teripis di beberapa bahagian. Di atas kerikil dia duduk, dengan cemeti imaratnya tergeletak di samping tumpuan lengan. Di hadapannya para pemuka sahabat bertukar fikiran dan membahas berbagai persoalan.

Ada anak muda yang tampak menonjol di situ. Abdullah ibn ‘Abbas. Berulangkali Umar memintanya bicara. jika perbedaan wujud, Umar hampir selalu bersetuju dengan Ibnu abbas. Ada juga Salman Al-Farisi yang tekun menyimak. Ada juga Abu Zar Ghifari yang sesekali bicara berapi-api.


Pembicaraan mereka segera terjeda. Dua orang pemuda berwajah mirip datang dengan mengapit pria belia lain yang mereka cekal lengannya.


“Wahai Amirul Mukminin,” ujar salah seorang daripada mereka ” Tegakkanlah hukum Allah atas pembunuh ayah kami ini! ”
Umar bangkit. “Takutlah kalian kepada Allah!” ujar Umar. “Perkara apakah ini?”
Kedua pemuda itu menegaskan bahawa pria belia yang mereka bawa ini adalah pembunuh ayah mereka. Mereka siap mendatangkan saksi dan bahkan menyatakan bahawa si pelaku ini telah mengaku.
Umar bertanya kepada sang tertuduh, “Benarkah apa yang mereka dakwakan kepadamu ini?”
“Benar wahai Amirul Mukminin!”
“Engkau tidak menyangkal dan di wajahmu kulihat ada sesal!” Umar menyelidik dengan teliti.
“Ceritakanlah kejadiannya!”
“Aku datang dari negeri yang jauh, ” kata pemuda itu. “begitu sampai di kota ini, aku tambatkan kudaku di sebuah pohon dekat kebun milik keluarga mereka. Ku tingggalkan ia sejenak untuk mengurus suatu hajat tanpa aku tahu ternyata kudaku mulai makan sebahagian tanaman yang ada di kebun mereka.”
“Saat aku kembali,” lanjutnya sembari menghela nafas, ” Kulihat seorang lelaki tua yang kemudian aku tahu adalah ayah dari kedua pemuda ini sedang memukul kepala kudaku dengan batu hingga haiwan malang itu tewas mengenaskan. Melihat kejadian itu, aku dibakar amarah dan kuhunus pedang. Aku khilaf, aku telah membunuh lelaki tua itu. Aku memohon ampun kepada Allah kerananya.”
Umar termenung.


“Wahai Amirul Mukminin,” kata salah satu dari kedua adik beradik itu, “Tegakkanlah hukum Allah. Kami minta qishash atas orang ini. Jiwa dibayar jiwa”
“Bersediakah kalian,” ucap Umar ke arah pemuda penuntut qishash,”menerima pembayaran diyat dariku atas pemuda ini dan memaafkannya?”


Kemudian pemuda itu saling pandang, ” Demi Allah, hai Amirul Mukminin, ” jawab mereka. 

“Sungguh kami sangat mencintai ayah kami. Dia telah membesarkan kami dengan penuh cinta. Keberadaannya di tengah kami takkan terbayar dan terganti dengan diyat sebesar apapun. Hati kami baru tenteram jika had ditegakkan!”
Umar terhenyak. “Bagaimana menurutmu?” tanyanya kepad pemuda sang terdakwa.
“Aku ridha hukum Allah ditegakkan ke atasku, wahai Amirul Mukminin” kata si pemuda dengan yakin.
“Namun ada yang menghalangiku untuk sementara ini. Ada amanah dari kaumku atas beberapa benda mahupun perkara yang harus aku sampaikan kembali kepada mereka. Demikian juga keluargaku. Aku bekerja untuk menafkahi mereka. Hasil jerih payah di perjalanan terakhirku ini harus aku serahkan pada mereka, juga memohon redha dan keampunan ayah dan ibuku”


Umar terenyuh. Tak ada jalan lain, hudud harus ditegakkan. tetapi pemuda itu juga memiliki amanah yang harus ditunaikan..”Jadi bagaimana?” tanya Umar.


“Jika engkau mengizinkanku, wahai Amirul Mukminin, aku minta waktu tiga hari untuk aku kembali ke daerah asalku guna menunaikan segala amanah itu. Demi Allah, aku pasti kembali di hari ketiga untuk menetapi hukumanku. Saat itu, tegakkanlah had untukku tanpa ragu, wahai Putera Al Khattab.”


“Adakah orang yang bisa menjaminmu?”


“Aku tidak memiliki seorang pun yang ku kenal di kota ini hingga dia bisa kuminta menjadi penjaminku. Aku tak memilki seorang pun penjamin kecuali Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”


“Tidak! Demi Allah, tetap harus ada seseorang yang menjaminmu atau aku tak mengizinkanmu pergi”


“Aku bersumpah dengan nama Allah yang amat keras ‘adzabnya. Aku takkan menyalahi janjiku”


“Aku percaya. Tetapi tetap harus ada manusia yang menjaminmu!”


“Aku tak punya!”


“Wahai Amirul Mukminin!” terdengar sebuah suara yang berat dan berwibawa menyela.

 “Jadikan aku sebagai penjamin anak muda ini dan biarkanlah dia menunaikan amanahnya!”. 
Inilah dia Salman al Farisi yang tampil mengajukan diri.

“Engkau hai Salman, bersedia menjamin anak muda ini?”


“Benar, aku bersedia!”

“Kalian berdua adik beradik yang mengajukan gugatan, ” panggil Umar, 
“Apakah kalian bersedia menerima penjaminan dari Salman Al Farisi atas orang yang telah membunuh ayah kalian ini. Adapun Salman demi Allah, aku bersaksi tentang dirinya bahawa dia lelaki kesatria yang jujur dan tak sudi berkhianat.”

Kedua pemuda itu saling pandang. “Kami menerima,” kata mereka nyaris serentak.


Waktu tiga hari yang disediakan untuk sang terhukum nyaris habis. Umar gelisah tak keruan. 

Dia mundar-mandir sementara Salman duduk khusyu’ di dekatannya. Salman tampak begitu tenang padahal jiwanya di hujung tanduk. Andai lelaki pembunuh itu tak datang memenuhi janji, maka dirinyalah selaku penjamin yang akan menggantikan tempat sang terpidana untuk menerima qishash.

Waktu terus menghambat. Pemuda itu masih belum muncul.
Kota Madinah mulai terasa kelabu. Para sahabat berkumpul mendatangkan Umar dan Salman. 

Demi Allah mereka keberatan jika Salman harus dibunuh sebagai badal (ganti). 
Mereka sungguh tak ingin kehilangan sahabat yang pengorbanannya untuk Islam begitu besar itu . Salman seorang sahabat yang tulus dan rendah hati. Dia dihormati. Dia dicintai.

Satu demi satu dimulai dengan Abu Darda’ beberapa sahabat mengajukan diri sebagai pengganti Salman jika hukuman benar-benar dijatuhkan kepadanya. Tetapi Salman menolak. Umar juga menggeleng. Matahari terus lingsing ke barat. Kekhawatiran Umar makin memuncak. Para sahabat makin kalut dan sedih.


Hanya beberapa saat menjelang habisnya batas waktu, tampak seseorang datang dengan berlari bertatih dan terseok. Dia pemuda itu, sang terhukum “Maafkan aku,” ujarnya dengan senyum tulus sembari menyeka keringat yang membasahi sekujur wajah, “Urusan untuk kaumku itu ternyata berbelit dan rumit sementara untaku tak sempat beristirehat. Ia kelelahan nyaris sekarat dan terpaksa ku tinggalkan di tengah jalan. Aku harus berlari-lari untuk sampai ke mari hingga nyaris terlambat”


Semua yang melihat wajahnya dan penampilan pemuda ini merasakan satu sergapan 
hiba. Semua yang mendengar penuturannya merasakan keharuan mendesak-desak. Semua tiba-tiba merasa tak rela jika sang pemuda harus berakhir hidupnya di hari itu.

“Pemuda yang jujur,” ujar Umar dengan mata berkaca-kaca, “Mengapa kau datang kembali padahal bagimu ada kesempatan untuk lari dan tak harus mati menanggung qishash?”

“Sungguh jangan sampai orang mengatakan,” kata pemuda itu sambil tersenyum ikhlas, “Tak ada lagi orang yang tepat janji. Dan jangan sampai ada yang mengatakan, tak ada lagi kejujuran hati di kalangan kaum Muslimin.”


“Dan kau Salman,” kata Umar bergetar, “Untuk apa kau susah-susah menjadikan dirimu penanggung kesalahan dari orang yang tak kau kenal sama sekali? Bagaimana kau bisa mempercayainya?”


“Sungguh jangan sampai orang bicara,” ujar Salman dengan wajah yang teguh, “Bahwa tak ada lagi orang yang mahu saling membahagi beban dengan saudaranya. Atau jangan sampai ada yang merasa, tak ada lagi rasa saling percaya di antara orang-orang Muslim.”


“Allahuakbar!” kata Umar, “Segala puji bagi Allah. Kalian telah membesarkan hati umat ini dengan kemuliaan sikap dan agungnya iman kalian. Tetapi bagaimanapun wahai pemuda, had untukmu harus kami tegakkan!”
Pemuda itu mengangguk pasrah.


“Kami memutuskan….” kata salah seorang dari adik menyeruak. “Untuk memaafkannya,” Mereka tersedu sedan.
“Kami melihatnya sebagai seorang yang berbudi dan tepati janji. Demi Allah, pasti benar-benar sebuah kekhilafan yang tak disengaja jika dia sampai membunuh ayah kami. Dia telah menyesal dan beristighfar kepada Allah atas dosanya. Kami memaafkannya. Janganlah menghukumnya, wahai Amirul Mukminin.”


“Alhamdulillah! Alhamdulillah!” ujar Umar. Pemuda terhukum itu sujud syukur. Salman tak ketinggalan menyungkurkan wajahnya ke arah kiblat mengagungkan asma Allah, yang kemudian bahkan diikuti oleh semua hadirin.


“Mengapa kalian tiba-tiba berubah fikiran?” tanya Umar pada kedua ahli waris korban.


Agar jangan sampai ada yang mengatakan, ” jawab mereka masih terharu, “Bahawa di kalangan kaum Muslimin tak ada lagi kemaafan, pengampunan, hiba hati dan kasih sayang.”



semoga ada ruang untuk kita semua dalam syurga, ah.

betapa menyerah itu indah.

u dont even understand my word, dont u?


Sunday, June 2

kahwin of abang ney and abang nyah

bismillah

ini cuti sekolah. aku baru perasan. sebab aku tak perasan adalah, adik kembar tengah ber'kelas tambahan' dan ber 'program motivasi' segala bagai. jadi mereka tiada dirumah dan menyebabkan cuti sekolah kurang dirasakan. dan untuk sabtu dah ahad di rumah. tidak sepenuhnya dirumah mungkin.
hari pertama ke kuantan untuk walimah abang ney dan hari kedua sekadar sekitar putrajaya untuk walimah abang nyah.

abang ney.
dia antara yg paling istimewa dalam keluarga kami. cucu kesayangan dan kesayangan semua. dia antara manusia ajaib yang aku pernah jumpa. seawal usia belasan tahun sudah menyimpan kemas 30 juzu' alquran dan kemudian menyambung pengajian dalam bidang 'alim. mungkin itu antara sebab dia jadi kesayangan utama arwah nenda kami. juga kesayangan ummi mungkin? dia selalu buat aku cemburu bila layanan ummi selalu lebih saat kehadirannya dirumah kami. bila difikirkan kembali, aku sedikit naif kerana cemburu untuk perkara yang kurang perlu sebegitu. haha

mabruk alaikum moulana mohammad ilyas al-hafiz ma'a zaujah 
barakallahulakuma. ^_^

abang nyah.
aku tak ingat kenapa aku panggil dia abang nyah. walaupun nama sebenar beliau haris. haris ibn norman.
ah, dalam kekecohan menyambut kehadiran pasangan mempelai, kami (aku dan azwar) sedikit terjerit apabila terpandang figura seorang insan. teacher azizah. dia mengenalkan aku dengan perkataan seperti good morning, how are you and thank you. ye, guru bahasa inggeris. darjah satu. mana mungkin aku melupakan dia. berapa kali dapat tanda merah kerana tersalah ejaan trousers dan banana. aku tidak tahu, kenapa dua perkataan itu tidak dapat dieja dengan baik. dan bila di hampiri,
eh, faatimah kan?
terharu dan terkejut.
teacher ingat saya lagi?  
mana boleh lupa awak.
ah, semoga aku yang didalam kenangannya baik-baik sahaja.
guru sekolah rendah panggil aku faatimah. haha
tak ingat bila nama aku berubah dari faatimah kepada meema sahaja. 
zaman sekolah rendah. yang paling aku igt memang gurunya, kerusi kayunya, dan pembaris panjang yg sadis tu. sampai sekarang aku tertanya-tanya, memang guna dia untuk buat garisan lurus kat tepi papan hitam je ke? siapa ada jawapan lain. 


semoga sem ini akan berakhir dengan baik-baik sahaja,
er, dengan luar biasa baik sahaja.
ah, betapa harapan sgt menguatkan kita semua.
menulis seperti ini memberi sedikit kepuasan kepada aku. haha