kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Thursday, January 24

tanah abang, last trip.

bismillahirrahmanirrahim.
post lewa sehari. penat menjelajah blok a yang bertingkat-tingkat tu masih terasa. tapi kepuasan memilih untuk yang tersayang pun masih terasa. insyaAllah hari terakhir membeli-belah adalah ahad nanti. setakat yang mampu saya carikan. selebihnya saya susun sepuluh jari, kemampuan saya sebagai manusia sangat terbatas. penat woo nak turun naik turun naik blok tu, kt bawah jugak yg best, haha
last trip untuk kunjungan kali ini, lain kali insyaAllah saya datang lagi.
tanah abang memang terhebat :)

Tuesday, January 22

#8

"bu, tere liye ada ngga?"
"ada, ada. kelmarin baru nyampe, mau yang judulnya apa?"

 tere liye. salim a.fillah.asma nadia. a.fuadi. salim a.fillah lagi, dan salim a.fillah lagi.
 indonesia syurga buku. 
walaupun kebanyakannya buku bajakan. maknanya buku cetak rompak. 
hah? buku pun nak cetak rompak ke? 
kamon guys, ini indonesia, warga nya sanggup buat apa saja untuk meneruskan kehidupan. dan, pada aku indonesia adalah negara kedua selepas china yang sangat hebat dalam memplagiat sesuatu produk. 





Monday, January 21

#9

pasar kaget.
aku akan rindu tempat yang serba ada ni. walaupun orang ramai tak terkira. pencemaran udara sangat tinggi, tapi aku tetap akan rindu tempat ni.














Sunday, January 20

#10

bismillahirrahmanirrahim,

ingat tak,
hari pertama kita berkumpul dengan satu tujuan. dengan satu harapan dan dengan satu ketakutan yang sama. apa mungkin sayang akan terjalin sedangkan mulut tak pernah bersapa, hati tak pernah bertaut, dan sayang tak pernah ada.


ingat tak,
hari pertama kita ber'perang' dengan senduk dengan kuali. potong dengan apa yg ada. tumbuk bawang dengan apa yg ada. kacau masakan atas kuali dengan apa yg ada. makan dalam apa yg ada. minum apa yang ada. seketul ayam, kita mampu bahagi agar semua rasa. walaupun semua serba kekurangan, semua jadi serba cukup bila cukup ahlinya.


ingat tak,
hari pertama kita berkongsi. duduk dalam bulatan. terima kasih semua kerana selalu ada. ada yang menyangka 5 bulan disini akan jadi kosong. tiada makna tanpa yg tercinta disisi. tiada makna tanpa sahabatselamanya disisi. tapi Dia membuktikan kita semua salah. duduk dan berkongsilah, Dia yang akan menyatukan hati-hati kita semua, :)

ingat tak,
hari pertama, senyum kita diuji. benarlah antara nikmat yg sering dilupakan itu antaranya adalah rasa kenyang dan tubuh yang sihat. bila kita jadi ragu dengan kemampuan sendiri, kuat ke kita? kuat ke untuk hadapi semua perkara.

ingat tak,
hari pertama kita menapak ke alhuriyyah. mula-mula sekadar suka-suka. kemudian, ia jadi acara wajib. entah kenapa hati rasa sayu, bila tak diizinkan melangkah ke dalam. hujan pun hujanlah, asal ada payung yang sedikit bengkok, kita redah juga. al-huriyyah tu, osem kan?

sungguh, ukhuwwah itu manis dan islam itu bersaudara. pun begitu, medan kita yang sebenarnya bukan disini. tapi disana. semoga walau apa keadaannya, kita takkan mengalah, menyebarkan indahnya kebersamaan kepada semua. mempertahankan yang sedia ada, dan membina yang baru.
wahai allah, berilah kekuatan kepada kami semua.

Saturday, January 19

jom countdown?


"You will be my opponent who wins my respect and admiration, but if you prefer cowardice and safety to what you believe in, you will be my ally but I look at you with my contempt"

omar series, 



masyaAllah. bila tengok rasa teringin nak jumpa dengan mereka semua. insan-insan yg terpilih untuk menjadi sahabat Rasulullah. kalau tak di sini. mungkin disana. 

tiba-tiba rasa macam banyak lagi tak tahu. apa jadi ek lepas ni? lepas perang ni perang apa pulak ye? kenapa mereka begini dan begini. ini siapa? tak pernah baca pun kisah dia dalam buku sejarah sahabat sebelum ni. ah, ah, ah. 
tiba-tiba rasa macam nak balik rumah skang gak dan selak Raheeq Al-Makhtum yg kat rak buku azwar tu. dan kemudian menyesal sebab bahasa arab masih sangat lemah untuk baca buku-buku hebat macam tu, haih
dan,
tiba-tiba rasa macam nak ajak ummi baba tengok sekali pastu kalau tak faham boleh direct tanya. haha ini kira simptom rindu rumah jugak ke?

sepuluh hari lagi. jom countdown? haha

Friday, January 18

dua minggu lagi

assalamualaikum,
aku kira semester ini memberi antara senggang-senggang masa yg menyenangkan sewaktu minggu tenang. tidak berhabisan dengan nota kuliah semata. makanya minggu tenang ini jadi antara yg mudah buat aku dan beberapa sahabat yang lain.

tapi,
aku kira semester ini juga memberi antara senggang-senggang masa yg aneh selesai peperiksaan akhir. ini pertama kali serasanya dalam hidup sebagai mahasiswi, aku menghabiskan masa cuti tnpa bergurau senda dengan adikadik diteratak kami.

untuk beberapa hari yg kebelakang, serasa aneh bila pagi tidak diisi dengan kebisingan yang biasa singgah di telinga. sudu dan cawan yg berlaga. ketawa yang pech tiba-tiba. dan semua yang sewaktu dengan nya.

dua minggu lagi,
mungkin aku akan berasa aneh kerana tiada lagi pintu bilik untuk diketuk. ajakan untuk melakukan itu dan ini. mahupun ketukan untuk menapak ke al-hurriyah bersama-sama.

dua minggu lagi,
mungkin wajah pertama yg aku lihat adalah ummi di dapur. berpagian menyiapkan sarapan. sambil mulut laju membetul itu ini. memperingat itu ini.

dan untuk dua minggu lagi,
aku tidak tahu suara siapa yang akan aku dengari setiap pagi.
laisha yg setia mengingatkan subuh. nadia yng bertanya soal kuliah, atau mungkin sekadar suara bar yang asing ditelinga dan yang hatinya perlu aku tawan?

ya allah, permudahkan lah :)

Wednesday, January 16

tak banyak

walaupun tak banyak,
walaupun cuma sedikit,
mungkin hanya setitis dari lautan cerita kita semua,
tapi sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sukaduka,
dan siapa sangka,
harus sejauh di bumi garuda ini untuk menghulurkan salam perkenalan kita yang pertama,
kan?


selamat jalan sahabatsahabat,
aku dah rindu malaysia sangat2 dah ni, hukhukhuk T_T

pendidikan percuma?


pendidikan percuma?
awak tahu tak? di sini, di tanah yang sedang saya pijak ini,
musolla nya percuma tapi tempat berwudhu’ nya awak harus bayar. duaribu,
tak takut ke kalau sampai satu tahap awak harus bayar walau hanya untuk berbicara dengan Dia?

saya tak cakap saya betul, tapi awak pun salah jugak,

Tuesday, January 15

sayang

sayang,
kalau macamana pun, kita kena ungkap,
dengan bahasa yg mudah untuk mereka fahami, 
kalau tak, awakawak akan melepas, :)


aku dah dapat kalkulator, jadi dah boleh start buat kirakira, eh?



Friday, January 11

selalu berangan


"Aku selalu berangan-angan jikalau wujudnya satu saat atau ketika, aku bisa berbual-bual sambil menyelitkan pantun tanpa dipandang pelik oleh orang lain seperti dalam filem Sumpah Semerah Padi."
ainunl muaiyanah.


Thursday, January 10

sebenarnya, aku


sebenarnya aku,
penat.
bila kau nak faham. hari-hari kena tegur, cakap balik, explain balik, benda yg sama.
aku penat. kau tak ke?

sebenarnya aku,
marah.
sebab tak dapat buat macam kau buat. pedulik apa orang kata. pedulik apa orang rasa. buat ikut suka kepala.
aku marah. kau tak kan?

ya allah, yakinkan aku. hari ini yang aku lakar, esok Kau lah yang akan mewarnakannya, :(

Tuesday, January 8


new phase of life

assalamualaikum,

another three weeks to go, yet already got three invitation.
kawan sana nak bersanding, kawan sini nak bertunang,
am i getting older or this is just another new phase of life?
walau apapun yg sedang diusahakan, semoga allah memberkati kita semua,

aku final exam pun masih tak habis lagi. haih.
semput jugakla

i'm looking forward too, soon. who knows? 

Monday, January 7

sekarang macamana

bila beli tak ingat dunia. sekarang macamana nak bawak balik semua ni? haih =.='

Sunday, January 6

sejauh ini, untuk aku sedari

bogor. sejauh ini perlu aku pergi untuk menyedari bahawa kaukaukau yang 
aku sayang, dan rindu selalu.

di batasan waktu
harapku kau tahu
aku tidak pernah ingin meninggalkanmu
melainkan jika Dia mentakdirkan yang lain
untuk mereka kau dan juga aku.

hanya kau perlu tahu
hatiku masih terpaut padamu
selagi Dia yang mengizinkan begitu.
permatabiru, jabar

hati sedikit tersentuh bila ucapan tak kunjung tiba. dan sicomel sekadar mungucap di pengicau. 
ah, betapa hati aku perlu diperbaharui, 
jadi, ini adalah salah aku bila hati terlalu menyayangi,

Thursday, January 3

21. 3rd January 2013

assalamualaikum.
apalah erti ulangtahun kelahiran tanpa doadoa dari kalian insaninsan kesayangan.
pertama abang. kedua sha. ketiga shalai. tibatiba baru perasan ada dua yg tersayang nama sha. :)

hobi baru sedari tahun yang lalu. tapi tahun ini sedikit ringkas kerna aku sedang sibuk berhempas pulas dengan nota dan pena.


alaikumussalam meemah sayang ummi dah tak sabar nak tunggu meemah balik abang nak ucap selamat hari lahir yg ke 21 dan goodluck utk exam

#abang memang suka taip mesej tak bubuh noktah. stress baca mesej dia. huhu

mah happy bufday.. semoga panjang umur dalam keadaan sihat+selamat. may all ur wish come true,
enjoy ur first befday at oversea. hahahaha
#ameen sha. humairah ni sindir ex-sekretariat aku ke apa? kehkehkeh


selamat hari lahir meema :) dah tua dulu daripada laisha :3 walau jauh di mata tapi dekat di hati.ececeh :P may Allah bless you always.semoga hajat utk tahun 2013 menjadi kenyataan,insyaAllah. jaga diri,jaga iman jaga hati. uhibbu kifillah abadan abada ♥ ♥ — at Dataran Merdeka.
#dataran merdeka? bukan kat KLIA ke? haha

Hepi bezday my luvly cazen
Slamt ulg thun ya sepupu gue..smuge kmu dpjgkn umo,dmurhkn rzekinya dn dilindungi allah slalu yea..amin!! Moge kmu kmbali ke mlysia sbgai org mlysia bukn nya indonesia..he2. Luv u ma..tc k.

selamat hari lahir yg ke 21 mah. Kau dah tua dah. Hewhew. Semoga berjaya,murah rezeki dan bahagia selalu.
#last year pun kau wish macam ni jugak. hehehe

semoga panjang umo dan murah rezki. semoga dapat keberkatan dan rahmat allah dunia akhirat. terima kasih 4 all da best moment dat we share together. luv u! muah2!

aku busy lah MAH,
:P
haha
# ini boleh kira wish besday ke mal? hihi

yang masuk tru fon kira private lah kan. jadi saya xpublish. boleh ke macam tu? hoho. 

yang wish dekat fb, blog mahupun sekadar di mulut,
apelah sgt ulang tahun kedewasaan tanpa doa dari kalian-kalian,
syukran jazillan, ^^


till then, salam alaik



Tuesday, January 1

tamak

assalamualaikum,

ini tahun barun.
selamat tahun baru.. eh haram. mana boleh sambut.
siapa cakap?
aku tak sambut tahun baru, aku sambut kedewasaan aku.
yang lain jangan cemburu, walaupun tak tepat 1 jan,
cara aku sambut memang macamtu, cepat beberapa hari.
ummi cakap, aku memang tamak sikit orangnya.hurm, yelah kot.
dua puluh satu, senyum nakal.
kau ingat seronok lah? dah besar, apapun kau punya suka.
kalau setakat besar kepala dan badan, susah jugak.
kalau kepala besar, kan susah nak berjalan? susah nak bawak diri.
haih,dalam kepala ni ada banyak benda sebenarnya, tapi cara penyampaian aku dah failed.
tulis pun tunggang langgang. haih lagi.

azam 2012?
separuh dh selesai. well, aku ada dua jue azam nya. satu azam memang yang baru, satu lagi azam dua tahun lepas. gelaklah. aku syukur. sebab dah selesai, hutang dengan diri sendiri yang paling susah nak langsai, tahu tak?
azam 2013?
masuk dan membawa masuk,
mencintai dan dicintai,
memimpin dan dipimpin,
last but not least, aku taknak jadi ketua lagi. sekian.

kahwin? oh, itu azam untuk tahuntahun depan. buat muka serious.
dah ada calon ke awak? itu, tahun depan kita usahakan. kan itu azam tahun depan. senyum.

aku rindu malaysia sebenarnya.
tahun baru selalu duduk rumah berlawan cakap dengan baba dengan abang. bila benda selalu buat, tak dapat buat. rasa awkward plak.
tahun baru selalu dapat planner dan kalendar baru dari baba, but tahun ni kena carik sendiri. tapi carik tak jumpa. sedih jugakla. bila benda selalu ada, tibatiba tak ada, rasa kosong pulak.

weyh, aku kalau dah tulis. memang susah nak berhenti. dahlah tak ada manfaat, kesian kat korang. aku stoplah dulu. haha. majnunah dah aku ni.

ii.
ada orang pesan, tinggalkan jahiliyyah dalam diri.
kalau yang jahiliyyah tu kawankawan, macamana?
dan aku mahu kau tahu, itu tidak mudah untuk aku,

iii.
ada orang pesan, jangan mulakan, kalau taknak habiskan.
aku memang tak berniat untuk menerima,
tetapi sedang berusaha untuk menghargai seseorang yang menghulurkan,
dan aku mahu kau tahu, itu tidak mudah untuk aku,

walau tak berniat untuk menerima, tetaplah hargai seseorang yang menyatakan cinta.er, susah jugak tu. haih lagi.