kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Sunday, January 20

#10

bismillahirrahmanirrahim,

ingat tak,
hari pertama kita berkumpul dengan satu tujuan. dengan satu harapan dan dengan satu ketakutan yang sama. apa mungkin sayang akan terjalin sedangkan mulut tak pernah bersapa, hati tak pernah bertaut, dan sayang tak pernah ada.


ingat tak,
hari pertama kita ber'perang' dengan senduk dengan kuali. potong dengan apa yg ada. tumbuk bawang dengan apa yg ada. kacau masakan atas kuali dengan apa yg ada. makan dalam apa yg ada. minum apa yang ada. seketul ayam, kita mampu bahagi agar semua rasa. walaupun semua serba kekurangan, semua jadi serba cukup bila cukup ahlinya.


ingat tak,
hari pertama kita berkongsi. duduk dalam bulatan. terima kasih semua kerana selalu ada. ada yang menyangka 5 bulan disini akan jadi kosong. tiada makna tanpa yg tercinta disisi. tiada makna tanpa sahabatselamanya disisi. tapi Dia membuktikan kita semua salah. duduk dan berkongsilah, Dia yang akan menyatukan hati-hati kita semua, :)

ingat tak,
hari pertama, senyum kita diuji. benarlah antara nikmat yg sering dilupakan itu antaranya adalah rasa kenyang dan tubuh yang sihat. bila kita jadi ragu dengan kemampuan sendiri, kuat ke kita? kuat ke untuk hadapi semua perkara.

ingat tak,
hari pertama kita menapak ke alhuriyyah. mula-mula sekadar suka-suka. kemudian, ia jadi acara wajib. entah kenapa hati rasa sayu, bila tak diizinkan melangkah ke dalam. hujan pun hujanlah, asal ada payung yang sedikit bengkok, kita redah juga. al-huriyyah tu, osem kan?

sungguh, ukhuwwah itu manis dan islam itu bersaudara. pun begitu, medan kita yang sebenarnya bukan disini. tapi disana. semoga walau apa keadaannya, kita takkan mengalah, menyebarkan indahnya kebersamaan kepada semua. mempertahankan yang sedia ada, dan membina yang baru.
wahai allah, berilah kekuatan kepada kami semua.

No comments:

Post a Comment