kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Friday, January 18

dua minggu lagi

assalamualaikum,
aku kira semester ini memberi antara senggang-senggang masa yg menyenangkan sewaktu minggu tenang. tidak berhabisan dengan nota kuliah semata. makanya minggu tenang ini jadi antara yg mudah buat aku dan beberapa sahabat yang lain.

tapi,
aku kira semester ini juga memberi antara senggang-senggang masa yg aneh selesai peperiksaan akhir. ini pertama kali serasanya dalam hidup sebagai mahasiswi, aku menghabiskan masa cuti tnpa bergurau senda dengan adikadik diteratak kami.

untuk beberapa hari yg kebelakang, serasa aneh bila pagi tidak diisi dengan kebisingan yang biasa singgah di telinga. sudu dan cawan yg berlaga. ketawa yang pech tiba-tiba. dan semua yang sewaktu dengan nya.

dua minggu lagi,
mungkin aku akan berasa aneh kerana tiada lagi pintu bilik untuk diketuk. ajakan untuk melakukan itu dan ini. mahupun ketukan untuk menapak ke al-hurriyah bersama-sama.

dua minggu lagi,
mungkin wajah pertama yg aku lihat adalah ummi di dapur. berpagian menyiapkan sarapan. sambil mulut laju membetul itu ini. memperingat itu ini.

dan untuk dua minggu lagi,
aku tidak tahu suara siapa yang akan aku dengari setiap pagi.
laisha yg setia mengingatkan subuh. nadia yng bertanya soal kuliah, atau mungkin sekadar suara bar yang asing ditelinga dan yang hatinya perlu aku tawan?

ya allah, permudahkan lah :)

No comments:

Post a Comment