kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Wednesday, March 27

bukan sekarang, tapi nanti

bismillah,

ini dah minggu keenam, hati masih terumbang-ambing. entah apa yang tertinggal di sana, tapi yang pasti hati bukan disini semenjak pulang dua bulan yang lalu. masa aku tak panjang, tapi usaha masih belum cukup.

takut, 
kalau yang dikejar tak dapat dan yang dikendendong berciciran.
walau macamana pun, kita semua kena cuba ambil risiko kan?

satu masa dulu, 
ada orang pernah pesan, dengan penuh kasih dan hati-hati.
nak tengok betapa ikhlas kerja kita. kena tgk hasilnya. bukan sekarang, tapi nanti.
bila sekarang kau sampaikan pada dia. dan nanti dia boleh sampaikan pada yang lain pula.
bila tiba masanya, kau je lah yang tau betapa nikmatnya senyum dalam tidur. 

ummi said,
meema memang selalu buat silap,
tapi kau kan antara yang paling 'pandai' dalam menebus kesilapan.
er, tapi bila dengan korang memang skil aku tak boleh pakai kot,

senarai things to do aku,
masih panjang lagi. sorry amal. 

Sunday, March 24

yang paling awal,


yang paling kecil, 
tapi yang paling awal,
teringat zaman-zaman conteng meja lukis anime, haha
barakallahu lakuma iki dan pasangan, 
ini baru berapa tahun kita tak bersua muka, berkongsi rasa kan?
tup tup ada yg dh tak boleh nak cam langsung,

ya allah, peliharalah kami dalam nikmat beriman dan bertaqwa kepada mu,
jangan kau satukan kami atas asbab kegembiraan semata-mata,
tetapi satukan hati kami dalam semua keadaan ya allah, 
susah dan senang. 
satu kan kami dalam syurga firdaus mu ya allah, 

kamera gemuk tertinggal kt kolej pinjam gambar dri amar jek, #sadis



Wednesday, March 20

pakai buang


semangat,
memang kadang-kadang boleh pakai buang,
tapi lebih elok kalau kita kitar semula,

tak,
aku bukan jenis yang,
buang yang lama untuk cari yang baru,
aku mampu simpan kedua-duanya,

jangan bazirkan terlalu banyak masa bersama dia untuk ketawa,
sebab masa kau menangis nanti, takut dia taknak teman,


Tuesday, March 19

cerita kita x sama

bismillah,

cerita kita tak sama,
i wanna stay, but i cant,
you wanna go, but

Saturday, March 16

ini pun rutin jugak

bismillahirrahmanirrahim,

print nota, selak-selak, terlungkup, tertidur,
ini rutin minggu keempat, masa ni lah baru rasa nak tanya semua benda kt lecturer,
kenapa itu bukan ini, kenapa begitu bukan begini,
well, minggu kelima dah nak test kan....

kejap sejuk, kejap panas, turun naik, naik turun, naik tak turun-turun,
mandi tiga kali sehari pun, suhu badan tetap tak stabil,
abang suruh berendam dalam akuarium,
well, demam setiap kali nak test 1 ni pun rutin jugak,

wallahu'alam.


Tuesday, March 12

awal

mungkin terlalu awak, aku menilai kau,
atau juga,
mungkin terlalu awal, kau menilai aku,

Sunday, March 3

dua minggu

baru dua minggu,
aku tetap tak sabar-sabar nak jejak kaki ke rumah setiap jumaat
mungkin sebab tak sabar nak pelukcium syafiq aiman yang dah pandai 'berkata-kata,
mungkin sebab amcik dh pandai bermanja sambil hulur buku pelajaran yang dah dialih bahasa,
mungkin sebab aku masih suka dengar ummi membebel,
mungkin sebab abang makin pandai menuntut itu ini,
atau,
 mungkin sebab cuti tak cukup lagi, T_T

dah dua minggu,
masih xde peluang nak duduk dan berbual dengan kalian,

dah dua minggu,
mood nak menghadam nota kuliah masih belum datang,

dah dua minggu,
aku dah mula rindu bukit ekspo,
akak, bila nak singgah upm?