kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Tuesday, April 2

ada yg main bahasa

i.
ada yang main bahasa sejak akhir-akhir ni,
aku suka sebab itu buat aku jadi tersangat ingin tahu,
apa yang cuba dia sampaikan lewat setiap kata-kata dia,
lebih lagi bila ada gelak-gelak kecil di setiap sela-sela perbualan,

ingat lagi,
masa senaraikan degree apa yg aku nak sambung,
aku yakin sebut bahasa arab,
tapi kata baba,
cuba buktikan yang meema boleh belajar bahasa walaupun kena hadap segala macam apparatus dalam makmal,
mungkin aku akan berjaya untuk buktikan,
mungkin juga tidak,
aku ada masa dua tahun lagi untuk belajar semua benda 'percuma',
lepas tu, pandai-pandai lah :)

allah, permudahkan lah.

ii.
bercakap soal manusia dan tipudaya,
takpelah,
kau boleh buat tipu daya kau, dan allah juga boleh membuat tipudaya,
dan Dia lah yang sebaik-baiknya.
aku yakin itu.
p/s : teringin nak jumpa kau depan-depan. sebab rasa bersalah menilai kau sekadar lewat perbualan telefon.


No comments:

Post a Comment