kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Thursday, May 30

biological clock

bismillahirrahmanirrahim

bioloical clock aku dah tak normal,
waktu tidur macam dh terlebih, mungkin kena kurangkan.
bukan mungkin, tapi memang kena kurangkan.

aku berjaya. say it out loud, haha.
majununah dah aku ni,
dalam sesetengah perkara aku kena put a boundary.
lukis garis lurus sebagai peringatan untuk 'tidak melebihi garisan'

yang penting, dia suka mengaji, suka makan dan tak solat kat rumah,

dua tahun je lagi,
sempat tak agak-agak, nak kaut semua benda

bercakap dengan kau selalu membuat aku jadi lebih bersyukur.
terima kasih kesayangan.

aku tak tamakkan?
esaimen. lab report. presentation. sume dh abes. tu yg keje update blog je, haha

Wednesday, May 29

dua-dua kau pun aku sayang,

bismillahhirrahmanirrahim,

kau antara jiwa yang ingin aku bawa ke syurga.

kata orang, ukhuwwah itu tidak perlu diperjuangkan. mungkin betul. antara kita, tiada apa yg boleh menyatukan. tapi kesediaan kau untuk selalu membantu, buat aku bersyukur kerana mengenalimu. 
having your name, in my best friends list is one of the best thing i have in my life.


selamat hari lahir j yang manis.
semoga kehidupan akan sentiasa memberi sebab untuk kita tersenyum.
trimas sentiasa jadi kawan yang baik.
dah makin besar kena pandai jaga kesihatan diri. 
lepas ni nak kena jaga kesihatan anak-anak pulak, kan? hehe
never give up. 
selalu-selalulah potong rambut, nampak hensem sket.
aku doakan kau kahwin cepat.
will always remember you as my special frens.
dont push too hard, you might end up hurting yourself.
jangan suka simpan sensorang, kitorang kan ade?
tak sempat nak cari hadiah, so sori.

semoga ada ruang untuk kita semua dalam syurga. T_T

satu-satu aku sayang dia,

bismillahhirrahmanirrahim,
kau antara jiwa yang ingin aku bawa ke syurga



remember the day,
when you ask my name? nama awak sape? nama saya farhanah,
its one of the most formal+weird conversation that we used to have,

bila fikir-fikir balik cane kita boleh jadi kawan eh?
ana suka kpop n jpop, mah mana pandai tgk sume-sume tu,
bollywood n hollywood oklah kot, haha

ana suka le gardenie, kaouru's ,
mah pandai baca lawak kampus keith dengan zint je,

ana main semua jenis sukan, mah pandai jerit dari tepi pdg je, haha
ana tinggi, mah tak. ana besar, mah kecik,

then, i realize that its the difference that make us together,

remember the day, when we promise.
kalau dh besar, aku nak jadi doktor. ah ok, aku pun nak jadi doktor. kalau korang jadi doktor biar aku jadi biotechnologist lah. asal nak jadi biotechnologist plak. aku nk produce ubat untuk korang. ok, kalau camtu biar aku jadi sales and distributor. aku jaga akaun koranglah.
see, its the differences that put us together. :DD

by knowing another world with your eyes, i'm really glad to be one of your bestfriends.
selamat hari lahir yang ke 12 nur farhanah amirah.
semoga untuk 12 tahun lagi kita akan terus berkawan.
its not your time that i always want, its more than enough to know that i'm always in your du'a. 
dekattapijauh. 
jauhtapidekat.

Tuesday, May 28

fasilitator AsPer.

bismillah

sejak balik dari bogor, aku masih belum jumpa sesuatu yang boleh menjadikan aku sibuk selain dari esaimen dan nota kuliah. jadi bila kak has tanya siapa yang berminat untuk jadi fasilitator ambilan pelajar asasi batch 9, aku terus bagi nama.
ketua kami kamil. secara jujurnya, aku tahu nama dia kamil dah lama. sebab dia rapat dengan saoxy dan sikit-sikit dia akan sebut nama kamil, kamil tu, kamil ni. ok, sounds weird bila aku ckp macmtu. sebenarnya dia ada sebut jugak nama abang zack, faiz dan yg lain-lain sekali. jadi ini pertama kali aku bekerja bawah dia. bawah abg zack dh selalu dah.

to tell the truth, mula-mula nak start memang susah. sebab fasi asper means, kami dari pelbagai ras dan berbeza batch. paling tua streamers batch tiga dan paling muda trackers batch 1. it around 30 of us. mesyuarat kali pertama memang xsempat nak kenal nama. lagi-lagi aku yang baru pertama kali join. ada yg dah tiga kali join, jadi dah berkenalan lah jugak sikit-sikit. aku kenal najib, hani dgn redha je. ok plus abang2 batch 5 abg amar, abg hafizuddin dn baem tu je lah.

tapi, alhamdulillah. semuanya berjalan lancar. sebab masing-masing bg kerjasama yg baik. bila tanya siapa yg free, xpernah xada org. walaupun ini minggu 14 dn semua org sibuk nk setelkan esaimen masing-masing. paling kagum dgn adik-adik streamers 8 yang bersemangat. aku tak ingat semua nama, tapi aku cam muka diorang.

adam yang paling cute, dia pandai bermanja dan dalam masa yg sama sgt boleh diharap. ammar paling bersemangat time sukan. kareem suka cakap laju-laju sampai satu tahap aku kena suruh dia tarik nafas, baru bercakap. aliya yg suka speaking english. najwa yang manja dan selalu nmpk penat. tapi dia berfikir sedikit jauh kedepan. itu aku suka. banyak lagi kalau nk sebut satu-satu.

paling cool bila sesama tahan lapar kalau caterer hantar makanan tak cukup. sesama tahan sakit kaki bila tetiba bas ke kpz takde. kpz oi, ualang-alik jalan kaki setiap hari. aku rasa luqman paling gagah. bila tanya, siapa nk pantau kpz, dia tak ragu-ragu untuk angkat tangan. tabik hormat.

paling lawak, bila redha marah adik2. part marah tu biasalah. tapi yang lucunya adalah bila lepas kena marah, luqman bagi arahan untuk semua adik-adik tu tulis surat permohonan maaf kepada Abang Luqman iaitu beliau sendiri.  aku rasa kalau buat undian fasi kesayangan mungkin luqman menang. dengan majoriti 81 undi.

571 kalau aku tak salah kira. 

hari pertama je pakai tag. hari kedua dh hilang mana entah

abang KA dn abang Luqman. surat mintak maaf :)

Abang tu yg mahal tu, haha

kareem ckp laju. adam manja. luqman diam ubi. fiza yg rajin lari-lari. KA suka senyum simpul. 
Jai paling muda.

semoga apa yang aku belajar dpt dimanfaatkan. goodluck untuk final. goodluck untuk degree life. korang pulak kena bahan time orientasi upm nnt. haha *evil laugh. 
till then, salam alaik.

Sunday, May 26

beza sangat

bismillah,
selesai untuk hari pertama.
beza sangat, sebab kalau sebelum ni aku dah terima semua macam keluarga.
kali ni, ukhuwwah nak dipupuk dalam masa dua hari. hari ketiga terus masuk gear paling laju dan cuba tawan hati adik-adik pulak.
beza sangat rasa dia.

dah jadi kawan nampak? semua pun kena terima sebagai kawan. kalau tak, aku yang susah. haha
allah yusahhil. 

Friday, May 24

growing up

bismillah
growing up. itu antara perkara yg sukar untuk aku lakukan. sigh

Tuesday, May 21

minggu 13 oi, :D


bismillah
sejak akhir akhir ini, kalau dibelek-belek kembali catatan hidup yang sepintas lalu ada beberapa perkara yang sering berlegar difikiran aku,


1.
A friend who is far away is sometimes much nearer than one who is at hand. Is not the mountain far more awe-inspiring and more clearly visible to one passing through the valley than to those who inhabit the mountain?


2.
Menunda amal kebaikan kerana menantikan kesempatan yang lebih baik adalah tanda kebodohan.  

(Ibnu Atha'illah dalam kitab al-Hikam )

kalau amal kebaikan tu termasuk esaimen, maka akulah itu. yang tergolong dalam mereka yang mempunyai tanda kebodohan.

3.tak dapat daftar statistik lagi. i'm thinking how i will be going through everything, alone. 
then, part of me said, alah time 'dulu-dulu' tu boleh je. dan hati kembali yakin.

4.why you always take thing personally? it can kill you, mr yap

itu memang aku. semua benda hatta secarik kertas pun kalau terjumpa, aku akan ambil dan baca. kemudian habiskan masa yang lama untuk fikirkan tentang perkara tersebut. lama-lama aku sendiri yg makan dalam, 

5.
kena cari yang pandai baca tau, mr yap
kisahnya masa aku pergi pameran kerjaya minggu lalu, aku tak jumpa kerja tapi jumpa beliau. cakap banyak, belajar pun banyak.

6.
kurangkan panggil aku dengan dua huruf, kau buat aku rasa istimewa. mss yeun je suka panggil aku shameemah. 

aku dah janji taknak emo lagi kalau orang salah panggil nama aku.

7.
kalau dulu anak-anak lelaki yang disogok dengan gadis-gadis jelita. sekarang lain pulak ceritanya. selamat meneguhkan iman wahai srikandi islam sekalian. ini kes banyak nak pergi majlis agama sebab ustaz tu hensem. =.=

8.
bila kau cakap,
ilal liqa'
rasa nak reply
ana sai'd bi hazalliqa'
kita takkan jumpa lagi. bisik aku dalam hati :)

Friday, May 17

dia memang macamtu

bismillah

dunia memang macam tu,
bila kita kejar. dia lari. cuba teruskan langkah dan buat tak tahu.
dia akan muncul dan menawarkan diri didepan kita.
masa tu, aku yang fikir dua kali nak ke tak nak?
dunia, dia memang macam tu.

nama awak hamimah ke?
aku stress kalau org salah sebut nama aku, ini serious -.-

Thursday, May 16

baru sekejap.

bismillah
aku rasa baru sekejap. aku tinggalkan kau. tapi byk yg dh berubah. 

Monday, May 13

oh, baru aku perasan

bismillah.

oh, baru aku perasan.
sejak ahkhir-akhir ni aku banyak merepek dalam hykers.
sampai ipin tersalah anggap. sampai aku pun tak faham apa aku tulis,

oh baru aku perasan.
akaun goodreads dah dua tahun tapi seratus pun tak lepas lagi,
kena kayuh otak laju-laju sikit.

oh, baru aku perasan.
banyak esaimen kena hantar minggu ni,'
tapi aku sibuk print nota je, haha

oh, baru aku perasan.
yuran sem ni aku tak bayar lagi.
semua benda kalau tangguh memang inilah jadinya.
inilah jadinya. inilah. haha

maaf, aku tulis supaya aku tak lupa. esok lusa, aku perlukan sesuatu untuk menilai tahap kematangan diri sendiri. aku akan pakai inilah, aku akan pakai setiap catatan dalam hykers, untuk nilai diri sendiri.

Friday, May 10

jadi, awak perlukan masa?

bismillah.

ada sesetengah perkara sedang menyekat kebebasan untuk aku bersuara. bagus jugak, jadi aku akan kurang bercakap tentang perkara tak perlu. jadi aku akan berfikir dua kali sebelum meluahkan sesuatu.

bila sesuatu perkara yang selalu berlaku jadi jarang berlaku, atau kurang berlaku atau langsung tidak berlaku. susah hati jugak dibuatnya,
jadi, awak perlukan masa? masa untuk bersendirian? silakan, ambil sebanyak mana yang kau perlukan. haha

lagu beberapa minggu genap setahun saya tak jumpa awak. dalam hubungan kita siapa yang kurang berusaha, aku kurang pasti. dapat tgk senyum kau melalui dp fb pun jadilah.




Tuesday, May 7

my favorite things

bismillah,

my favorite things,

your smile, my smile

test dua dah habis. ohoi. mana aku belajar taip perkataan ohoi ni, aku pun tak tahu.
my things to do list, separuh dah selesai, tapi  lecturer tambah lagi dua kali ganda. 
hidup ni lucu kan? kau habiskan sesuatu untuk ganti dengan yang lain.

Sunday, May 5

daun yang jatuh

bismillah,

daun yang jatuh tak pernah membenci angin . tere liye

kita kekurangan penulis yang berwibawa. mungkin aku dah rindu nama-nama macam rejab f.i. ,  nazel othman, othman puteh, shahnon ahmad.

a.samad said? dato' a.samad said kau tak rindu mah? dah tak. dulu mungkin ye.
dr faizal musa? sikit, aku harap ketupat cinta ada sambungan. sungguh.
asyik cakap pasal politik ni, nak order makanan pun kena fikir dua kali.

pesta buku dah kurang kick. kalau dulu pesta buku, ajk nye pun pencinta buku. sekarang banyak layan semak fong sambil jaga booth, mata aku yang naik semak.
terubat jugak bila dapat member kad telaga biru. ohoi,
jumlah wang yang dihabiskan, rm200. terima kasih pembayar cukai.