kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Tuesday, May 28

fasilitator AsPer.

bismillah

sejak balik dari bogor, aku masih belum jumpa sesuatu yang boleh menjadikan aku sibuk selain dari esaimen dan nota kuliah. jadi bila kak has tanya siapa yang berminat untuk jadi fasilitator ambilan pelajar asasi batch 9, aku terus bagi nama.
ketua kami kamil. secara jujurnya, aku tahu nama dia kamil dah lama. sebab dia rapat dengan saoxy dan sikit-sikit dia akan sebut nama kamil, kamil tu, kamil ni. ok, sounds weird bila aku ckp macmtu. sebenarnya dia ada sebut jugak nama abang zack, faiz dan yg lain-lain sekali. jadi ini pertama kali aku bekerja bawah dia. bawah abg zack dh selalu dah.

to tell the truth, mula-mula nak start memang susah. sebab fasi asper means, kami dari pelbagai ras dan berbeza batch. paling tua streamers batch tiga dan paling muda trackers batch 1. it around 30 of us. mesyuarat kali pertama memang xsempat nak kenal nama. lagi-lagi aku yang baru pertama kali join. ada yg dah tiga kali join, jadi dah berkenalan lah jugak sikit-sikit. aku kenal najib, hani dgn redha je. ok plus abang2 batch 5 abg amar, abg hafizuddin dn baem tu je lah.

tapi, alhamdulillah. semuanya berjalan lancar. sebab masing-masing bg kerjasama yg baik. bila tanya siapa yg free, xpernah xada org. walaupun ini minggu 14 dn semua org sibuk nk setelkan esaimen masing-masing. paling kagum dgn adik-adik streamers 8 yang bersemangat. aku tak ingat semua nama, tapi aku cam muka diorang.

adam yang paling cute, dia pandai bermanja dan dalam masa yg sama sgt boleh diharap. ammar paling bersemangat time sukan. kareem suka cakap laju-laju sampai satu tahap aku kena suruh dia tarik nafas, baru bercakap. aliya yg suka speaking english. najwa yang manja dan selalu nmpk penat. tapi dia berfikir sedikit jauh kedepan. itu aku suka. banyak lagi kalau nk sebut satu-satu.

paling cool bila sesama tahan lapar kalau caterer hantar makanan tak cukup. sesama tahan sakit kaki bila tetiba bas ke kpz takde. kpz oi, ualang-alik jalan kaki setiap hari. aku rasa luqman paling gagah. bila tanya, siapa nk pantau kpz, dia tak ragu-ragu untuk angkat tangan. tabik hormat.

paling lawak, bila redha marah adik2. part marah tu biasalah. tapi yang lucunya adalah bila lepas kena marah, luqman bagi arahan untuk semua adik-adik tu tulis surat permohonan maaf kepada Abang Luqman iaitu beliau sendiri.  aku rasa kalau buat undian fasi kesayangan mungkin luqman menang. dengan majoriti 81 undi.

571 kalau aku tak salah kira. 

hari pertama je pakai tag. hari kedua dh hilang mana entah

abang KA dn abang Luqman. surat mintak maaf :)

Abang tu yg mahal tu, haha

kareem ckp laju. adam manja. luqman diam ubi. fiza yg rajin lari-lari. KA suka senyum simpul. 
Jai paling muda.

semoga apa yang aku belajar dpt dimanfaatkan. goodluck untuk final. goodluck untuk degree life. korang pulak kena bahan time orientasi upm nnt. haha *evil laugh. 
till then, salam alaik.

No comments:

Post a Comment