kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Friday, June 14

ahli syurga

bismillah,

"shaaaam, kenapa aiman selalu bau wangi eh?" naa'irah menyoal sambil pipi digeselkan ke wajah si kecil aiman.
sham pandang permata-permata yg dipinjamkan bergilir-gilir. sekilas ke arah aiman yg dh separuh lena matanya, sekilas ke arah naa'irah yang kini leka mengelus perlahan pipi aiman.

"hurm, sebab dia baru mandilah kot, kan dah pakaikan dia bedak tadi," sham menjawab selamba tanda menguji. menguji sejauh mana akal si kecil memerlukan jawapan.

"taklah, kadang-kadang kalau aiman dah lama mandi pun dia wangi jugak tau," naa'irah menguatkan hujah, menunjukkan betapa akal si kecilnya masih menagih jawapan.

"baby rasa sebab ape?" sham masih mendera. sambil tangan perlahan menepuk perlahan belakang aiman. seusai si kecil itu ditidurkan, barulah giliran dia untuk merehatkan mata.

"alah, orang tanya dia, dia tanya kita balik," muncung sedikit wajah hitam manis itu. namun tetap lekuk dikiri dan kanan pipinya terserlah. menenggelamkan sedikit kekeruhan wajahnya.

"baby dulu pun wangi tau," sham menarik perhatian sekaligus memujuk secara psikologi. menarik minat naa'irah untuk mendengar. dan bila tangan berhenti menepuk si kecil, dia menyambung lagi.
"sekarang je baby busuk sikit, hehe"
"betul-betul lah sham."
"hurm, ok.ok. aiman wangi sebab dia ahli syurga. jadi ada bau syurga pada dia, " sham sedikit menyeringai sambil kembali tangan menepuk si kecil.
"aiman ahli syurga sebab dia belum ada dosa. jadi wanginya syurga kita boleh bau melalui aiman. baby tahu tak kalau sekarang allah ambik aiman, nanti dia akan tunggu ummi dengan baba di depan pintu syurga, "
sham kalau dh ckp memang susah nak berhenti. suara diperlahankan sedikit khuatir mengganggu yg sudah mulai terlena.

"tunggu depan pintu syurga?"

"yup, nanti dia akan beritahu kat Allah, mintak izin supaya dpt bawak ummi baba masuk dalam syurga,"

"pastu, Allah bagi ke?" berkerut dahi naa'irah. bercantum rapat keningnya yg memang sedia bercantum.

"hahahahaha, kenapa baby tanya macamtu pulak? meledak ketawa sham. memahami konflik si kecil yg pernah dia lalui suatu masa dahulu. hampir semua perkara mahu disoal, mahu didebatkan. ingin tahu.

"bagilah. sebab Allah dh janji, dia mesti bagi,"

"jadinye, nanti ummi dengan baba senanglah nk masuk syurga, kan sham?"
sham angguk laju-laju. seronok dengan kepantasan akal si kecil.
"kalau macam tu, baby nak ada baby jugaklah," pantas si kecil membuat kesimpulan. premis satu, premis dua, dan terus kepada kesimpulan.
meledak sekali lagi ketawa sham. akal singkat si kecil, itu yg buat mereka selalu istimewa dalam semua perkara.
"kenapa gelak, betul lah kan?"
"hurm, sham rasa baik lagi kalau baby tidur sekarang, nanti senang nk solat subuh. senang nak masuk syurga jugak, "sham menyucuk jarum memujuk naa'irah melelapkan mata disamping membetulkan persepsi si hitam manis.
"lagipun...." sham berhenti seketika.
"lagipun apa?" pantas naa'irah menyoal sambil sudah mula mengambil posisi untuk melelapkan mata.
"kan baby pun baby jugak, " sham sengih lebar. mencurah kasih dalam perkataan. meyakinkan si kecil bahawa dia juga kesayangan dan bisa jadi asbab untuk yang lain ke syurga,
"sham ni comel lah," pantas naa'irah membalas menghargai kasih yang dihulur, sambil memulangkan 'buah keras' dengan cara yang sama.
"ah, mengada. tidur cepat," sham sedikit mengugut sambil tangan menarik selimut menutup si kecil separas dada. sambil telinganya sayup-sayup menangkap suara si kecil membaca doa tidur.

malam itu, tiga jiwa terlena dalam senyuman.

berikan cintamu, 
juga sayangmu, 
percaya padaku, 
ku kan menjagamu, 
hingga akhir waktu menjemputku,
ungu, percaya padaku

allah berfirman kepada anak-anak pada hari kiamat, "masuklah kalian kedalam syurga"
anak-anak itu berkata, "Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk"
lalu mereka mendekati pintu syurga tetapi tidak memasukinya.
Allah berfirman lagi, "mengapa, aku lihat mereka enggan masuk? masuklah kalian ke dalam syurga,"
mereka menjawab, "(tetapi) bagaimana orang tua kami?"
Allah pun berfirman, masuklah kedalam syurga bersama orang tua kalian,"


words, always make me feel better.
either i read it, write it or listen to it, 

No comments:

Post a Comment