kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, December 29

dulu,
aku ada sorang member.
selalu kalau dengar dia merapik masalah hidup,
buat aku rasa nak kutip balik semua kepingkeping harapan,
cantum jadi kanvas,
dan lukis balik semuanya.

tadi,
senyum dia, rapik dia, dan serabut dia masih sama,
dan buat aku rasa nak kutip balik semua kepingkeping kenangan,
cantum jadi kekuatan,
dan terus jalan dengan penuh senyuman,

familiy, is the infinite reason to move on
dan
friends is the family that we choose.


Tuesday, December 16

satu boleh jadi dua, tetap dia satu

bismillah,
membaca nota kuliah, bukan masalah untuk aku.
apatah membaca telatah manusia,

yang sadisnya,
satu kelebihan ini sedang menjadi kelemahan dalam masa yang sama.
satu boleh jadi dua, tetap dia hanya satu.
nak kongsi? jangan mimpi.

kau takboleh sorok banyak perkara dari aku, haha


Sunday, December 7

bismillah,



ahad lepas,
termasuk kedai buku.
RAM ada buku baru,
bukak dompet, pilu,

buat tak nampak je bbw punya papan iklan,
hati, mohon kuat.





Sunday, November 9

saya sedang berusaha keras,
sekeras-kerasnya agar segala esok yang saya lakar, akan kelak berwarna

ini pun jarang bertulis, usaha keras apanya shameemah?

Monday, September 22

bismillah,

puas aku fikir, rupanya hati yg melihat yang bermasalah,
bukan cermin yg mempamer ,

tulis, kekal, sesal


Wednesday, September 17

rindu

bismillah,

ada orang tu, buat aku rindu nak menulis. heh. mengada sungguh.
selamat datang semester baru. berhabuk teruk rupanya blog ni.
banyak sangat dalam kepala sampai tak tahu mana nak mula. haha
ayat mohon simpati.

sejak kebelakangan ni, rasa mcam masa berlalu dengan pantas. tersangat pantas. eh, sedar-sedar je dh habis enam bulan latihan industri. magang maksud aku.
enam bulan beb, enam bulan. seksa dihati tak payah kongsi lah.
syukur mah, walaupun kau tak merasa masuk kilang, lawat production line bagai.
paling, kau rasa jugak apa itu erti punch card merah sentiasa.

semester tujuh.
aku pilih processing. jadi dah takde lelaki dalam dewan kuliah . saja bagitau, haha
setiap kali sembang pasal lelaki dalam warga pangan, aku teringt bogor. *hembus nafas perlahan. rindu sungguh.
aku tak dapat daftar kelas bahasa. kelas tamil  tak buka, kelas bahasa arab  padat. ke. ce. wa. titik

belajar lagi ke bekerja terus?
aku takde jawapan untuk soalan ini. masuk kelas,
hadap pensyarah dan tadah ilmu dia. aku takde masalah. antara kecintaan yang utama selain kopi, nasi lemak dan pasta. haha (apsal kecintaan lain semua makanan)
aku risau, kalau aku hanya memilih terus belajar hanya kerana aku takut nak bertarung dalam dunia luar. nak sambung s3 kat bogor lah. jia you!!!

tak dapat kolej kediaman.
makanya hari-hari ulangalik dari rumah setiap hari dan lambat setiap kelas yang mula pukul lapan pagi.

aku makin tidak betah meluah rasa,
nak mintak izin ummi untuk jumpa kawan pun macam takut-takut.
lidah bertingkat-tingkat rasanya. kelu. ini sakit orang kedewasaan ke camne? entah.

eh, perasan tak, penulisan aku makin hambar? baik aku berhenti sekarang.
nanti, makin ketahuan. sengih



Thursday, August 7

ukhuwwah

bismillah,

dari membina yag baru, aku cenderung meembaik pulih yang lama, bymeemabag

sepuluh tahun dah tak jumpa. 
bohong tak rasa apa. 
gementar sebab ada yg dulu crush lama. 
ada yg dulu hari-hari nak berbalah kata. 
ada yg dulu langsung tak sudi nak bertegur sapa. hehe
tapi, kawan yg teman susahsenang, samasama berdiri atas kerusi, 
samasama teman pergi tandas takde pulak kali ini.haha


manfaat sebulan malaysia sambut syawal hanya dpt terasa
 bila aku kini  punya alasan untuk jumpa kawan-kawan tanya khabar,
yang dah berkeluarga, yang dah dua kali bergraduasi, 
yang masih tak habis-habis bergraduasi,
yang macam-macam lah.
sebulan inilah, nak sembang semua benda, 
sebab orang takkan malu nak cerita,
sebab orang akan kongsi dan luah semua rasa,
sedihsuka, marahgembira, semua pun nak cerita,
sebab kan kita tengah raya, *senyumlebardalamhati

#throwback #syawal1435H #blogadahashtagke #skdabb9904 


Wednesday, August 6

ini sebab

bismillah,
perlu. perlu tulis sebab rasa macam momentum dah lari entah kemana
kejar itu, tertinggal ini. kagum tgk org boleh bawak banyak perkara serentak.


1 Syawal 1435H
satu hari nanti, yang ini pun akan pergi jauh.
masih beruntung sebab semua masih ada dalam gambar.
kecuali jurugambar la,
raya tahun depan nak beli tripod.
tak perlu tunggu tahun depan kot, hujung tahun ni. 
yosh! allah yusahhilni. yusahhilna.

Saturday, July 12

tiba-tiba

bismillah,
tiba-tiba aku jadi tamak,
mahu lengkap semua, tapi masih culas mengorban lena,
mahu masuk syurga, tapi amal entah kemana,

ramadhan 13, 

Thursday, June 5


suatu hari nanti, 
kalau aku dapat jumpa dia depandepan.
nak cakap macamni,
bro, pinjam otak boleh.
kena reject atau tidak, belakang kira. 

Percaya aku mencari teman selamanya
Percaya aku berani kongsi segalanya
Segala portfolio dan hartanah
Akaun bersama saham amanah
Anak kita dididik cara yang sama
Diimbang cinta maha kuasa
Jika kau punya cita yang sama
Tumpang tanya siapa nama
#altimet.ft.trisna.trio.hello

Wednesday, June 4

takkan hilang

bismillah,

takkan hilang macho, kalau kau jatuhkan ego,
takkan saham kau jatuh, kalau setakat kau mengadu hati lagi rapuh,

bukan sahabat, bukan semacam itu,
bahkan aku merasa lebih mengenali diri,
lebih menguatkan hati,
bila sesetengah perkara cukup kita simpan sendiri.

tetap untuk perhatiannya, 
   terimalah kasih hamba

Tuesday, June 3

cukup untuk seminggu

bismillah,

tak banyak manapun,
tapi cukuplah buat aku tak lelap walau sepicing sepanjang lapan jam perjalanan.

ah,
awan kalau dapat kugapai,
saktilah hamba,
#ramleeawangmurshid

haritu kata tunggu setahun lagi kan?
jomlah, tunggu setahun lagi samasama.
hehe

cukup untuk buat aku tersenyum seminggu


Tuesday, May 20

kalau penat, berhenti lah rehat

bismillah,

jadi pagi tadi dapat pesanan ringkas,
satu bulan dua minggu lagi nak ramadhan. peh pejam celik dah nak ramadhan. hutang pun masih belum habis bayar.

azam nak kemaskan diri sebelum ramadhan menjelma. nak sado sikit jadi takdelah lemah sgt sepanjang ramadhan. orang tu tengah ramadhan baru sampai rumah. jadi tahun ini, nak cabar diri bergelut dengan baju raya sebelum ramadhan sendirian. doa-doakanlah. hehe

azam nak hadiahkan benda baharu untuk kawan-kawan selain tudung, stokin, stongan dan entah apape lagi tu, tapi masih ketandusan idea.

azam nak siapkan surat rayuan masuk kolej balik. haha ini serious. tak boleh bayang kalau tak dapat tengok muka kiera sebelum tidur. hehe

azam nak habiskan LI. titik.

____________________________________________________________________________

ada satu kakak ni, aku tak pernah jumpa dia. bertentang mata mahupun dengar suara. tapi setiap yang dia lontarkan. kadang-kadang selalunya macam khas untuk aku seorang. baca sekali tersentap. baca dua kali dapat pengajaran. entah kenapa kalau jumpa dia depan-depan mungkin aku akan kehilangan kata-kata. 

kalau penat, berhentilah rehat.
dah mula, kan sayang kalau tak habiskan
      ____________________________________________________________________________

meema, awak ni pendiam kan?
sengih nampak semua gigi
sekarang lebih banyak memerhati dari berkata-kata.
pembantu penyelidiklah katakan. 
sila gelak guling-guling
____________________________________________________________________________

macamana senyum kau boleh semanis itu?
kopi aku hari-hari tayah letak gula.
hiperbola sangat

susahpayah aku screenshot pic ni tau. haha





Friday, May 16

dah tiga bulan

bismillah
dah tiga bulan. tinggal tiga bulan lagi.
hanya Allah yang tahu betapa aku sendiri tidak tahu apa yg sedang aku lakukan kini.
mungkin aku patut tinggalkan semua ini.

falsafah campak ke darat jadi hutan, jatuh ke laut jadi pulau dah lama aku lupa.
ah, maaf sebab tidak melakukan yang terbaik waktu berpraktikal disini,
aku kecewa ditinggalkan sebetulnya.
ceh, konon sungguh

semua berterabur dan ibarat takkan dihabiskan. berhenti separuh jalan.
laporan praktikal, entah apa bakal aku canang nanti,
ummibaba, entah apa bakal aku balas nanti,
adikadik, entah bagaimana bakal aku semangati,
dirisendiri, entah bagaimana harus djawab dimuka pengadilan,

aku tak tahu apa dalam kepala sebetulnya,
jadi biarkan jari menulis dan kemudian baca semula.
nah, terserlah keserabutan tahap petala ketujuh. hiperbola sangat.

apa sebenarnya yang kau nak shameemah?
peluh, kesat dahi.

kecewa kena tinggal masih tak hilang. takkan pernah hilang kot. hiperbola lagi.

Friday, May 9

asing

bismillah

kadangkadang yang asing itu lebih manis,
senyum dia maksud aku.

betapa aku berharap kita bisa duduk dan berbual.
menghirup secwan kopi yg sedikit panas, sedikit pahit dan sedikit manis.
berbicara soal hidup, soal hati dan soal nanti yang bakal kita lakar dan warnai bersama,


Monday, April 28

how i met myself?

bismillah,

how do you often met yourself?
sejujurnya bila ada orang datang mengadu susah, 

kalian, bagaimana?

Sunday, April 20

supaya kau boleh

bismillah,

"aku buat macamtu supaya kau boleh belajar,
nanti kalau in a real life kau gagal macamane?"

tersentak.

ini lah real life aku. aku bukan tengah main-main kot. ambik buah, baling dadu. kira langkah. pass dadu kat orang lain.

ah, telan jelah.
rasa pahit, kalau tak ada. rasa manis, lidah kita takboleh rasa.




Wednesday, April 9

cuba ambil sehelai kertas,

bismillah,

cuba ambil sehelai kertas kosong,
dan tulis,
kalau dulu aku gagal upsr tak dapat masuk sekolah yang 'bagus',
kemudian gagal pmr dan tak dapat masuk aliran sains yang kengkonon hebat
dan kemudia ditolak mentah-mentah oleh semua pusat asasi, tamhidi dan matrikulasi,
dan konfem-konfem (bak kata org ramai) xdapat masuk degree,
apa yang kau tengah buat sekarang ni?

adakah hidup lebih baik? ya? hentikan dan silakan berpatah balik ke masa lalu,
adakah hidup tidak akan lebih baik? ya? jadi bersyukurlah

ada member tanya, apa ayat kegemaran kau?
la'in syakartum laazidannakum,

ramadhan ni nak gabung tilawah dengan siapa?
alahai hati, lemahnya sigh

Monday, April 7

istiqamah

bismillah,

aku sedang bertarung dengan diri sendiri,
memaksakan diri untuk beristiqamah hatta dalam seringkas-ringkas perkara,
menyampaikan salam seikhlas hati pada mereka yang tidak sudi menjawab, its hurt
mengucapkan terima kasih seikhlas mungkin pada mereka yang tidak sudi hatta melempar segaris senyum, its hurt
dan menghabiskan buku-buku yang aku baca dan berkongsi pada semua (baca : adik-adik)

sebab hidup tak panjang, jadi aku pun tulis pendek-pendek. 

Monday, March 17

baju doktor

bismillah,

zaman sekolah rendah dulu aku teruja tengok buku teks sains sekolah,
sebab ada gambar orang pakai baju doktor (labcoat),
pakai gogal, tgh amik data.

rasa macam cool sungguh mereka. tapi sekolah aku takde makmal sains. sebab kami sekolah kampung sahaja. jadi eksperimen sains buat dalam kelas dan apa kehalnya nak pakai baju doktor (labcoat) dalam kelas? hehe

masuk u aku teruja sebab ada baju doktor sendiri. siap jahit button warna-warni sebagai tanda itu wa yang punya. basuh setiap minggu sampai kena gelak dengan dr chong. saintis takde masa nak basuh labkot kata dr chong. eheh

masuk sem 6 buat latihan industri, aku sarung labkot hari-hari.
walhal masuk lab untuk peram benda je kengkadang. takpun dilute kan solution yg diperlukan. kena sarung labkot jugak?

baru sekarang aku rasa macam,
sape yg cipta labkot warna putih ni oi?

apa khabar kalian?
rindu nak dengar suara orang.

Saturday, March 15

bismillah,

pada aku rasa seksa tu dua perkara,
you dont like the conversation but you cant end it,
you like the conversation but you cant join it,
peh
tapi aku yakin tidak dia hantarkan seseorang disisi aku melainkan untuk aku belajar sesuatu darinya,

________________________________________________________________________________

untuk menipu,
kau harus dahulu percaya dengan penipuan itu.
_________________________________________________________________________________

orang kata kita perlu bertenang seketika dan fikirkan kembali,
setenang dan sebanyak mana pun aku berfikir,
kau yang singgah,
sibuk, mohon pergi jauh
weekend selalunya semua orang akan ada dirumah,
jadi kalau tiba-tiba ummi dan tata (the one and only kakak aku) serentak takde kat rumah,
tanggungjawab basuh, sidai kain, masak untuk lunch serentak pastikan adik-adik siapkan homework jadi tugas aku,
jadi kalau hal ini terjadi, 
ummi akan sms adik-adik setiap sejam untuk tahu progress kat rumah,
ummi tak sms wa eh, dia sms adik-adik yang lain,

tgh sibuk menyepahkan dapur,
baby, adik bongsu jengah dalam kuali,
masak ape mah?
lapar dah ke? baru pukul berapa nie?
taklah, ummi suruh intai kau masak apa,
*facepalm

aku tak salahkan ummi, anak-anak dia memang dia yang paling kenal. luar dalam. heh

Thursday, March 13

sakit. tak sihat

bismillah,

aku sakit sekarang ni. tak sihat sebetulnya.
tapi masyarakat lebih sakit. ada tgk fesbuk. sana sini orang kutuk pasal bomoh. batuk
kengkonon mereka  yg bukan islam memandang rendah pada kita. mana button dislike untuk post ni, takde pulak.

nak sebut pasal zaman berasasi, sahabat berkuliah, makan tengahari, kejar bas balik kolej. hatta jalan kaki redah panas ke ladang adalah bukan muslim (deba dan fen). yang lain pun ada, tapi ni yg paling banyak aku habiskan masa bersama.
nak dijadikan cerita, deba pendiam tapi fen suka bercakap. bila fen cakap. kami berdua akan tadah telinga. dua-dua nak cakap, gaduh namanya.
kadang-kadang bila azan berkumandang. fen masih bercakap. aku tak marah, senyap. sebab hormat azan kerja aku. bukan kerja dia.
tapi deba akan pandang fen dan cakap, meema kalau azan dia tak suka bercakap. fen diam dan lepas azan dia tanya. kenapa takboleh cakap? aku angkat bahu. tak pandai nak terang. itu jalan selamat.
lepastu, kalau azan fen dan deba akan diam. bila aku tanya kenapa,
diorang balas, sebab meema tak suka. kitaorang diamlah.
hormat azan, kerja aku. hormat sesama kita. kerja kita.

hari khamis, fen tak datang. ke tokong untuk sembahyang katanya,
waktu jumaat, kelas kami habis lewat. masa kejar bas, tangkal fen terjatuh. hilang.
dia buat muka sedih, dan aku cadangkan kami kejar balik bas tadi dan cari tangkal tu.
deba buat muka keliru, jumaat kan meema kena solat?
aku sengih, lelaki wajib. perempuan tak.
kami naik satu bas, dan buat muka kesian dekat driver mintak hantar ke tempat semua bas berkumpul. kami naik setiap bas dan cari bawah setiap kerusi. sebab tak igt bas mana yg kami naik. tak jumpa. tangkal tu kecil je, tapi besar makna pada fen. kami tak sempat lunch, tak sempat mandi dan lewat ke ladang.
masa di ladang, fen tanya kenapa meema sibuk nak cari sekali.
aku jawab, sebab kau sayang benda tu.
dia diam dan pelukcium aku. aku serious, dia peluk dan cium aku.

pernah sekali, kami tangkap kami bertiga. kebetulan semua nampak manis dalam gambar tu. ini tak tipu, ade pensyarah komen, cantiknya awak semua. fen balas, terima kasih dr. kejap lepastu, dia delete gambar tu. bila aku tanya kenapa, dia jawab. fen rasa, mesti meema tak selesa. fen betul, aku tak selesa. dua hari lepastu, aku dapat tau deba yg cadangkan untuk delete gambar tu. aku rasa nak pelukcium diorang berdua.

fen, dia tak pernah ada kawan melayuislam. dia tak suka aku pada mulanya. ini aku tak kata, ini pengakuan dia bila kami dah bersama. sebab tak biasa kawan dengan melayu dan tak fasih cakap melayu katanya. jadi dia cuak kawan dengan aku.
tapi kalau fen kawen, meja meema dengan deba akan ada makanan yg 'halal'.
oh ye, deba vege hari khamis. aku ada sebut tak?

fen ada pilihan, cakap masa azan. bukan dia dikira berdosa. tapi dia hormat.
aku ada pilihan, takpayah ikut cari. bukan kami akan putus kawan. tapi aku hormat.
deba ada pilihan senyapkan pasal gambar tu, bukan dia rugi pun. tapi dia hormat.

kalian juga punya pilihan.

kawan

bismillah,

aku,
kalau cerita pasal kawan memang takkan habis,
sebab itu sahaja seputar dunia kini,
keluarga,
kongsi sikit-sikit sudah.
anak-anak,
masih belum ada,
jadi semalam harini dan entah sampai bila,
kita sembang pasal kawan.

minggu lepas ada kawan aku bertanya,
mah, lepas habis belajar nanti nak buat apa?
random sangat soalan dia. aku senyap. kopi aku teguk dua kali,
maksud aku, lepas kau belajar kau ada rancang nak buat apa-apa tak?
soalan sama dia ulang balik. tapi pelik, aku faham soalan kali kedua.
dalam otak dh bayang semua benda,
duit yang aku bakal kumpul, dimana aku bakal habiskan, orang yg bakal aku sayang sepenuh hati,
entah,
tak tau kenapa itu yang keluar kat mulut aku, sebab berselirat sangat kot,

sarapan pagi tu, kopi dia sedap. aku bancuh sendiri.
_____________________________________________________________________________

aku ada seorang kawan. lain jantina.
jadi masa yang aku habiskan dengan dia, sedikit kurang berbanding yang lain.
tapi ada sesetengah masa-masa kritikal yang perlu telinga untuk tadah setiap perkataan aku,
aku akan cari dia, selalu mesej kami ringkas je

sibuk tak, aku lapar sungguh ni, 
tak sangat, memalam lapar menda?
burger, mengidam rasanya. bahaya kot
jom lah,

lepas tu kami jumpa depan gerai burger, adik jual burger kata gas habis. nak burger kena tunggu gas sampai.
dia masuk dalam kedai beli aiskrim sebatang. cornetto yg ada kitkat.
hoi, takkan satu je? 
kau lapar burger, bukan aiskrim.
aku telan liur. sabar jelah dengan budak sorang ni.
lagipun, kau kan nk buat luahan perasaan. mana boleh bercakap sambil makan.
*senyap.
malam tu kami tak makan burger, gas lambat sampai. tapi aku kenyang.

aku pelukcium dia dalam dakapan doa,

Friday, March 7

yang paling penting

bismillah

yang paling penting,
suka makan,
                      kerana lapar selalu menemani aku,
suka membaca,
                      kerana menulis cara aku meluah rasa, memohon maaf, mengekspresi sayang.
tak suka tidur,
                      kerana masa kita hanya duapuluhempat jam, 

ini akibat terlalu banyak masa lapang, mungkin?
_________________________________________________________________________________

aku perasan, kau macam sedikit bersimpang siur akhir-akhir ini,
lewat bicara di status facebook, foto-foto di instagram, mahupun sekadar sapaan pagi setiap hari,
dan yang paling utama 
saat jari menari meluah rasa di sini,
apa pun sebabnya untuk permasalahan itu,
berusahalah untuk memperbaik pulih keadaan,
usahalah,
kerana yang bulat tidakkan bergolek dan yang pipih tidakkan melayang

Wednesday, March 5

allahu

bismillah,



supaya aku tak lupa,
supaya kalian juga tersenyum,
supaya aku lebih ber s y u k u r


lapang sebelum sempit

bismillah,

semalam sedari memperkemas longgokan buku-buku di atas meja kopi (baca : meja belajar) kami,
azwar sedikit mengeluh sambil menyatakan,
betapa dia tidak sabar untuk menghabiskan segala macam telaah ilmu untuk peperiksaan itu dan ini dan kemudian memanjakan diri dengan buku-buku hasil buruan di BBW.
ah, betapa aku tidak menyedari bahawa masa sempit selepas masa lapang kami sudah mulai mengetuk jendela kehidupan.
justeru tiada lagi masa-masa bacabuku sampai lupamakanminum,
kerana sepertinya sudah tiada lagi masa lapang kami,

betapa aku sudah harus berhenti untuk bermimpi, dan mulai memaknakannya.

Friday, February 28

of internship lagi

bismillah,

pejam celik dah dua minggu aku berLI kat sini.
aku buat praktikal kat IPPH kependekan dari Institut Penyelidikan Produk Halal.
kebanyakan warga disini menerima geran untuk menjalankan penyelidikan. jadi, peranan aku lebih kepada membantu penyelidik untuk menjalankan penyelidikan. ha, acano tu?
pendekkan cerita, aku kena cari sebanyak mungkin yang aku mampu tentang tajuk penyelidikan yang diberi. dan kemudian, bantu bahagian makmal. sediakan sampel, analisis, dan catat data. dalam bebanyak yg aku senaraikan tu, aku baru buat satu je. kumpul maklumat. baca jurnal lah. pendekkan cerita.
sejujurnya, aku teringin nak masuk industri makanan. sebab aku teringin nak rasa ada small medium enterprise sendiri. jadi aku boleh tahu selok -belok tentang nak run company. tapi xde rezeki. ada seorang pelajar master kat sini tanya,
"memang awak mohon ke nak buat LI kat sini."
"ak ah, memang mohon, tapi bukan first choice lah."
"oh, second choice lah?"
"tak, yang ke sepuluh kot. ekeke. *ok, gurau"

Tujuan aku mencatat ni sebenarnya bukan apa. sejak dua menjak ni ramai pulak kengkawan yg tanya, kenapa dah tak nampak kt kolej?
amboi, macam lah penting sangat aku ni.
sbenarnye, sepanjang LI aku duduk kt luar, xduduk dalam kolej.
Kenape?
-oh, Saje.
Tak Mahal ke duduk luar?
-tak, kalau duduk rumah ayahandabonda sendiri.
Abes tu, yuran kolej camne?
-ambik surat MLK (Menginap Luar Kampus)kt kolej dan kau akan dapat pengecualian untuk bayar yuran kolej untuk sem tu. sem tu je tau. sem lain, kena uruskan surat lain pulak.
Kalau dh keluar kolej, tak susah ke nak masuk balik?
-itu lepas habis LI baru aku boleh jawab. haha

ah, kesimpulannya untuk hadek-hadek yg sibuk tanya tentang kehadiran aku. janganlah merindukan aku disini. habis gugur bulu mata beta. tahu tak?
ohoi :D

till then,
salam alaik

Sunday, February 23

of internship : do's and dont's

bismillahirrahmanirrahim.

         Pejam celik dah sampai masa untuk buat Latihan Industri. Rasa macam baru semalam berdebar nk masuk degree, berdebar nak kenalkan nama depan kawan-kawan baru, berdebar nak adapt dengan environment baru.
          Harini dah kena mulakan Latihan Industri (LI). ah, untuk kami belajar BSTM (Bacelor Sains dan Teknologi Makanan), UPM tempoh LI adalah selama enam bulan. sedikit lama dan sedikit melelahkan sebetulnya. walau apapun, kena percaya setiap yg diaturkan oleh Dia ada baikburuknya.

         Jadi, nak kongsi sedikit sebanyak pengalaman selama seminggu menghadapi kehidupan sebagai "budak intern". what we should do and what we should avoid, kalau dah ter buat jugak nak buat macamane kan? hehe

         sebelum buat LI cuba senaraikan apa yg kita intend nak explore sepanjang tempoh tu. ada yg suka keluar masuk lab untuk buat research. ade yg suka processing line, tgk macamana produk makanan dalam kilang. ade yg suka buat quality control. ade juga yg suka buat polisi. jadi, senaraikan semua yg kita ingat nk explore. kenapa? ini sebagai panduan untuk mohon syarikat ape yg sesuai dengan minat kita.

        lepastu, senaraikan syarikt yg sesuai dengan keinginan kita. perlu diingat bahawa student foodtech tidak hanya tertakluk kepada kilang makanan semata-mata. berdasarkan pengalaman kawan-kawan (senior), banyak bidang yg memerlukan khidmt kita. dalam masa yg sama banyak yg kita boleh belajar dari mereka. kalau rajin, banyakkan tanya dari senior untuk dpt info pasal company yg bersesuaian. kalau suka buat research lab, boleh mohon kt company yg buat lab analisis makanan. kalau suka masuk kilang, kena search kilang makanan la. hehe. kalau suka buat polisi, boleh cuba mohon di jabatan kerajaan seperti kementerian kesihatan, penguatkuasaan halal (JAKIM)etc. kalau yg berminat buat quality control boleh try approach small medium enterprise company. kebanyakan company ni, suka dapatkan khidmat fresh graduate untuk buat polisi mereka. buat senarai nama syarikat, no tel, no faks, emel, kalau boleh catat nama pegawai yg rasa-rasa terlibat dgn pengambilan pelajar (selalunya yg bahagian human resource la). senang nk kol nanti. boleh trus refer nama dia.

        then? prepare your resume. Resume tak perlu panjang-panjang sebab kebanyakan pegawai atau staf yg uruskan pengambilan pelajar praktikal, sibuk dgn benda lain. kalau korang buat resume panjang-panjang, they dont really bother to read averything.

        dah siap resume, bolehla sent application kat each preferred company. kol dulu untuk lebih berbudi bahasa. kemudian, kita hantar email dan resume. karang ayat yg sopan dan jelas masa hntar email. ramai pegawai tak berpuashati dengan adab pelajar menulis email jadi sedikit sebanyak mungkin menyebabkan mereka kurang selesa dgn kita.
lepas dh sent email, jangan lupa follow up. Telefon diorang few days after sent email. kalau xde respon, telefon lagi. lagi dan lagi. ah, enam bulan lepas aku sent email pada satu company, dan stf mereka kata kami dh terima dan akan buat penilaian. one months after that, mereka kata penilaian masih berjalan. three months after that diorang kata, maaf syarikat kami dh berhenti ambil pelajar LI. Tepuk dahi.
so, taknak korang rasa macam aku, rajin-rajin lah kol diorang walaupun tebal muka berinci-inci. hehe

        prepare untuk interview. ade yg akan panggil untuk interview. takkanlah? ade, biasa lah tu. nothing comes for free kan? even untuk LI pun. prepare mental dan fizikal. tgk syarikat tu pasal ape, review sikit2 pasal bidang kerja mereka. cara nk buat analyis ke, cara nk apply sijil halal ke, cara nak buat HACCP ke, anything yg berkaitan dengan company tu. okeh?

         Bila dh dapat tempat LI. JANGAN buat benda ni pulak,

a. jangan lupa tanya pasal elaun. bukan mata duitan ye, tapi hidup perlu diteruskan dan kita pun taknak buat kerja dalam paksaan. nak makan lagi, nak menyewa rumah lagi. kalau perlu la.

b. jangan datang lambat. hari first LI aku dtg lambat. can u imagine? mana nk letak muka sendiri pun taktau. salah sendiri sebab lupa nk survey jalan ke tempat tu jammed atau tak waktu pagi. so, aku lambat. separuh hari aku tercongok sebab akak yg handle student LI buat tak layan je dgn aku. ekeke. silap sendiri. but lepastu, dia ok je.

c. jangan lupa cari kawan. kau boleh hidup seorang, tapi berjemaah lebih baik. ade pepatah mengatakan kambing yg bersendirian akan dimakan oleh serigala. lagipun, member penting utk buat luahan perasaan, untuk kongsi menyewa, untuk sesame masak kalau korng sewa kt luar rumah. untuk share kereta pergi kerja hari-hari. enam bulan oi, enam bulan. mau ke redah sensorang? hehe.

d. jangan lupa behave. lebih elok kalau korang tak pamerkan segala kebijaksanaan dalam masa yg terdekat. bukan ape, manusia ni hati lain-lain. mungkin mereka meluat kalau kita over react, atau mungkin mereka akan rasa tak selesa dgn kehadiran org baru macam kita. take time untuk analyse keadaan sekeliling dan barulah atur langkah yg sesuai untuk adapt.

e. jangan lupa catat. ape pun yg korang belajar atau lalui, jangan lupa catat. esok lusa pensyarah dtg tanya mcm-mcm kita mungkin akan lupa sebab gelabah. jadi catat je, lebih selamat. ade company yg suka kita bentangkan apa yg kita dh pelajari dari mereka. jadi kalau dh catat, senanglah nk prepare untuk pembentangan kan? tak gitu?

ah, itu je lah kot yang terlintas di fikiran. kalau ade sahabat lain yg nak menambah, boleh lah.
till then, sampai ketemu,
salam alaik

p/s : aku LI kat mana sebenarnya? 

Friday, February 14

pandang belakang

bismillah,

pada satu saat dan ketika, kau akan rasa itu yang terbaik kau mampu usahakan,
cuba sehabis daya,
dan bila pandang balik ke belakang,
hati berdetik sendiri,
ah, andai aku berusaha lebih lagi.
yang bagusnya, kau akan lebih pasrah, redha dan kemudiannya bertambah yakin bahawa esok masih ada, esok masih bisa cuba,

kau tahu ape sebabnye?
zon selesa, kau tak pernah tinggalkan zon itu.
*terbatuk
orang kata kalau siapa makan cili dia yg rasa pedasnya, eheh...
akulah tu, "peh.pedas betul cili tu"

bila ade yg cakap,
kau kena pandai berbicara. lembutkan perkataan, maniskan senyuman.
baru mampu berjaya,
entah kenapa rasa sedikit terbakar,
boleh, tapi manis senyum aku boleh membunuh, apa kau sedia untuk risiko itu?
perasan. perasan. perasan. titik.

dalam setiap masa dan keadaan, aku sgt rindu untuk menulis,
tapi setiap menamatkan tulisan, aku akan ketahuan.



Monday, January 20

hati, yakinlah

bismillah,

etah kenapa, dalam sibuk-sibuk melayan panggilan telefon. membalas email ringkas, melempar senyum, dan membalas usik mesra orang depan,
aku merindui kau yang terkebelakang,
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
semakin mengenali Dia, semakin mengakrabi,
tapi berbeza dengan mengenali manusia, kan?

maka sebab itu, jarak antara kita adalah perlu. bahkan, sangat perlu.

belajar untuk bri sedikit, demi sedikit. bukan sekaligus.
sebab orang zaman sekarang, cepat kenyang.
hiperbola aku, tak menjadi. haha
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
cuba,
berdiri tegak. walau tak segagah kalian. tetapi ye, tegak.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
arif nur salim,
sedang mengasak aku dari segenap penjuru,
untuk berbicara,
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
surah tahaa, 112.
lap airmata, kita sambung bermimpi. maksud aku, dengan mata terbuka.
hati, yakinlah.




Wednesday, January 1

dah tiga tahun

bismillah,

dah tiga tahun,
sambut tahun baru sambil kunyah nota kuliah,
susah bebenor nak hadam

allahu,