kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Sunday, February 23

of internship : do's and dont's

bismillahirrahmanirrahim.

         Pejam celik dah sampai masa untuk buat Latihan Industri. Rasa macam baru semalam berdebar nk masuk degree, berdebar nak kenalkan nama depan kawan-kawan baru, berdebar nak adapt dengan environment baru.
          Harini dah kena mulakan Latihan Industri (LI). ah, untuk kami belajar BSTM (Bacelor Sains dan Teknologi Makanan), UPM tempoh LI adalah selama enam bulan. sedikit lama dan sedikit melelahkan sebetulnya. walau apapun, kena percaya setiap yg diaturkan oleh Dia ada baikburuknya.

         Jadi, nak kongsi sedikit sebanyak pengalaman selama seminggu menghadapi kehidupan sebagai "budak intern". what we should do and what we should avoid, kalau dah ter buat jugak nak buat macamane kan? hehe

         sebelum buat LI cuba senaraikan apa yg kita intend nak explore sepanjang tempoh tu. ada yg suka keluar masuk lab untuk buat research. ade yg suka processing line, tgk macamana produk makanan dalam kilang. ade yg suka buat quality control. ade juga yg suka buat polisi. jadi, senaraikan semua yg kita ingat nk explore. kenapa? ini sebagai panduan untuk mohon syarikat ape yg sesuai dengan minat kita.

        lepastu, senaraikan syarikt yg sesuai dengan keinginan kita. perlu diingat bahawa student foodtech tidak hanya tertakluk kepada kilang makanan semata-mata. berdasarkan pengalaman kawan-kawan (senior), banyak bidang yg memerlukan khidmt kita. dalam masa yg sama banyak yg kita boleh belajar dari mereka. kalau rajin, banyakkan tanya dari senior untuk dpt info pasal company yg bersesuaian. kalau suka buat research lab, boleh mohon kt company yg buat lab analisis makanan. kalau suka masuk kilang, kena search kilang makanan la. hehe. kalau suka buat polisi, boleh cuba mohon di jabatan kerajaan seperti kementerian kesihatan, penguatkuasaan halal (JAKIM)etc. kalau yg berminat buat quality control boleh try approach small medium enterprise company. kebanyakan company ni, suka dapatkan khidmat fresh graduate untuk buat polisi mereka. buat senarai nama syarikat, no tel, no faks, emel, kalau boleh catat nama pegawai yg rasa-rasa terlibat dgn pengambilan pelajar (selalunya yg bahagian human resource la). senang nk kol nanti. boleh trus refer nama dia.

        then? prepare your resume. Resume tak perlu panjang-panjang sebab kebanyakan pegawai atau staf yg uruskan pengambilan pelajar praktikal, sibuk dgn benda lain. kalau korang buat resume panjang-panjang, they dont really bother to read averything.

        dah siap resume, bolehla sent application kat each preferred company. kol dulu untuk lebih berbudi bahasa. kemudian, kita hantar email dan resume. karang ayat yg sopan dan jelas masa hntar email. ramai pegawai tak berpuashati dengan adab pelajar menulis email jadi sedikit sebanyak mungkin menyebabkan mereka kurang selesa dgn kita.
lepas dh sent email, jangan lupa follow up. Telefon diorang few days after sent email. kalau xde respon, telefon lagi. lagi dan lagi. ah, enam bulan lepas aku sent email pada satu company, dan stf mereka kata kami dh terima dan akan buat penilaian. one months after that, mereka kata penilaian masih berjalan. three months after that diorang kata, maaf syarikat kami dh berhenti ambil pelajar LI. Tepuk dahi.
so, taknak korang rasa macam aku, rajin-rajin lah kol diorang walaupun tebal muka berinci-inci. hehe

        prepare untuk interview. ade yg akan panggil untuk interview. takkanlah? ade, biasa lah tu. nothing comes for free kan? even untuk LI pun. prepare mental dan fizikal. tgk syarikat tu pasal ape, review sikit2 pasal bidang kerja mereka. cara nk buat analyis ke, cara nk apply sijil halal ke, cara nak buat HACCP ke, anything yg berkaitan dengan company tu. okeh?

         Bila dh dapat tempat LI. JANGAN buat benda ni pulak,

a. jangan lupa tanya pasal elaun. bukan mata duitan ye, tapi hidup perlu diteruskan dan kita pun taknak buat kerja dalam paksaan. nak makan lagi, nak menyewa rumah lagi. kalau perlu la.

b. jangan datang lambat. hari first LI aku dtg lambat. can u imagine? mana nk letak muka sendiri pun taktau. salah sendiri sebab lupa nk survey jalan ke tempat tu jammed atau tak waktu pagi. so, aku lambat. separuh hari aku tercongok sebab akak yg handle student LI buat tak layan je dgn aku. ekeke. silap sendiri. but lepastu, dia ok je.

c. jangan lupa cari kawan. kau boleh hidup seorang, tapi berjemaah lebih baik. ade pepatah mengatakan kambing yg bersendirian akan dimakan oleh serigala. lagipun, member penting utk buat luahan perasaan, untuk kongsi menyewa, untuk sesame masak kalau korng sewa kt luar rumah. untuk share kereta pergi kerja hari-hari. enam bulan oi, enam bulan. mau ke redah sensorang? hehe.

d. jangan lupa behave. lebih elok kalau korang tak pamerkan segala kebijaksanaan dalam masa yg terdekat. bukan ape, manusia ni hati lain-lain. mungkin mereka meluat kalau kita over react, atau mungkin mereka akan rasa tak selesa dgn kehadiran org baru macam kita. take time untuk analyse keadaan sekeliling dan barulah atur langkah yg sesuai untuk adapt.

e. jangan lupa catat. ape pun yg korang belajar atau lalui, jangan lupa catat. esok lusa pensyarah dtg tanya mcm-mcm kita mungkin akan lupa sebab gelabah. jadi catat je, lebih selamat. ade company yg suka kita bentangkan apa yg kita dh pelajari dari mereka. jadi kalau dh catat, senanglah nk prepare untuk pembentangan kan? tak gitu?

ah, itu je lah kot yang terlintas di fikiran. kalau ade sahabat lain yg nak menambah, boleh lah.
till then, sampai ketemu,
salam alaik

p/s : aku LI kat mana sebenarnya? 

No comments:

Post a Comment