kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, March 17

baju doktor

bismillah,

zaman sekolah rendah dulu aku teruja tengok buku teks sains sekolah,
sebab ada gambar orang pakai baju doktor (labcoat),
pakai gogal, tgh amik data.

rasa macam cool sungguh mereka. tapi sekolah aku takde makmal sains. sebab kami sekolah kampung sahaja. jadi eksperimen sains buat dalam kelas dan apa kehalnya nak pakai baju doktor (labcoat) dalam kelas? hehe

masuk u aku teruja sebab ada baju doktor sendiri. siap jahit button warna-warni sebagai tanda itu wa yang punya. basuh setiap minggu sampai kena gelak dengan dr chong. saintis takde masa nak basuh labkot kata dr chong. eheh

masuk sem 6 buat latihan industri, aku sarung labkot hari-hari.
walhal masuk lab untuk peram benda je kengkadang. takpun dilute kan solution yg diperlukan. kena sarung labkot jugak?

baru sekarang aku rasa macam,
sape yg cipta labkot warna putih ni oi?

apa khabar kalian?
rindu nak dengar suara orang.

Saturday, March 15

bismillah,

pada aku rasa seksa tu dua perkara,
you dont like the conversation but you cant end it,
you like the conversation but you cant join it,
peh
tapi aku yakin tidak dia hantarkan seseorang disisi aku melainkan untuk aku belajar sesuatu darinya,

________________________________________________________________________________

untuk menipu,
kau harus dahulu percaya dengan penipuan itu.
_________________________________________________________________________________

orang kata kita perlu bertenang seketika dan fikirkan kembali,
setenang dan sebanyak mana pun aku berfikir,
kau yang singgah,
sibuk, mohon pergi jauh
weekend selalunya semua orang akan ada dirumah,
jadi kalau tiba-tiba ummi dan tata (the one and only kakak aku) serentak takde kat rumah,
tanggungjawab basuh, sidai kain, masak untuk lunch serentak pastikan adik-adik siapkan homework jadi tugas aku,
jadi kalau hal ini terjadi, 
ummi akan sms adik-adik setiap sejam untuk tahu progress kat rumah,
ummi tak sms wa eh, dia sms adik-adik yang lain,

tgh sibuk menyepahkan dapur,
baby, adik bongsu jengah dalam kuali,
masak ape mah?
lapar dah ke? baru pukul berapa nie?
taklah, ummi suruh intai kau masak apa,
*facepalm

aku tak salahkan ummi, anak-anak dia memang dia yang paling kenal. luar dalam. heh

Thursday, March 13

sakit. tak sihat

bismillah,

aku sakit sekarang ni. tak sihat sebetulnya.
tapi masyarakat lebih sakit. ada tgk fesbuk. sana sini orang kutuk pasal bomoh. batuk
kengkonon mereka  yg bukan islam memandang rendah pada kita. mana button dislike untuk post ni, takde pulak.

nak sebut pasal zaman berasasi, sahabat berkuliah, makan tengahari, kejar bas balik kolej. hatta jalan kaki redah panas ke ladang adalah bukan muslim (deba dan fen). yang lain pun ada, tapi ni yg paling banyak aku habiskan masa bersama.
nak dijadikan cerita, deba pendiam tapi fen suka bercakap. bila fen cakap. kami berdua akan tadah telinga. dua-dua nak cakap, gaduh namanya.
kadang-kadang bila azan berkumandang. fen masih bercakap. aku tak marah, senyap. sebab hormat azan kerja aku. bukan kerja dia.
tapi deba akan pandang fen dan cakap, meema kalau azan dia tak suka bercakap. fen diam dan lepas azan dia tanya. kenapa takboleh cakap? aku angkat bahu. tak pandai nak terang. itu jalan selamat.
lepastu, kalau azan fen dan deba akan diam. bila aku tanya kenapa,
diorang balas, sebab meema tak suka. kitaorang diamlah.
hormat azan, kerja aku. hormat sesama kita. kerja kita.

hari khamis, fen tak datang. ke tokong untuk sembahyang katanya,
waktu jumaat, kelas kami habis lewat. masa kejar bas, tangkal fen terjatuh. hilang.
dia buat muka sedih, dan aku cadangkan kami kejar balik bas tadi dan cari tangkal tu.
deba buat muka keliru, jumaat kan meema kena solat?
aku sengih, lelaki wajib. perempuan tak.
kami naik satu bas, dan buat muka kesian dekat driver mintak hantar ke tempat semua bas berkumpul. kami naik setiap bas dan cari bawah setiap kerusi. sebab tak igt bas mana yg kami naik. tak jumpa. tangkal tu kecil je, tapi besar makna pada fen. kami tak sempat lunch, tak sempat mandi dan lewat ke ladang.
masa di ladang, fen tanya kenapa meema sibuk nak cari sekali.
aku jawab, sebab kau sayang benda tu.
dia diam dan pelukcium aku. aku serious, dia peluk dan cium aku.

pernah sekali, kami tangkap kami bertiga. kebetulan semua nampak manis dalam gambar tu. ini tak tipu, ade pensyarah komen, cantiknya awak semua. fen balas, terima kasih dr. kejap lepastu, dia delete gambar tu. bila aku tanya kenapa, dia jawab. fen rasa, mesti meema tak selesa. fen betul, aku tak selesa. dua hari lepastu, aku dapat tau deba yg cadangkan untuk delete gambar tu. aku rasa nak pelukcium diorang berdua.

fen, dia tak pernah ada kawan melayuislam. dia tak suka aku pada mulanya. ini aku tak kata, ini pengakuan dia bila kami dah bersama. sebab tak biasa kawan dengan melayu dan tak fasih cakap melayu katanya. jadi dia cuak kawan dengan aku.
tapi kalau fen kawen, meja meema dengan deba akan ada makanan yg 'halal'.
oh ye, deba vege hari khamis. aku ada sebut tak?

fen ada pilihan, cakap masa azan. bukan dia dikira berdosa. tapi dia hormat.
aku ada pilihan, takpayah ikut cari. bukan kami akan putus kawan. tapi aku hormat.
deba ada pilihan senyapkan pasal gambar tu, bukan dia rugi pun. tapi dia hormat.

kalian juga punya pilihan.

kawan

bismillah,

aku,
kalau cerita pasal kawan memang takkan habis,
sebab itu sahaja seputar dunia kini,
keluarga,
kongsi sikit-sikit sudah.
anak-anak,
masih belum ada,
jadi semalam harini dan entah sampai bila,
kita sembang pasal kawan.

minggu lepas ada kawan aku bertanya,
mah, lepas habis belajar nanti nak buat apa?
random sangat soalan dia. aku senyap. kopi aku teguk dua kali,
maksud aku, lepas kau belajar kau ada rancang nak buat apa-apa tak?
soalan sama dia ulang balik. tapi pelik, aku faham soalan kali kedua.
dalam otak dh bayang semua benda,
duit yang aku bakal kumpul, dimana aku bakal habiskan, orang yg bakal aku sayang sepenuh hati,
entah,
tak tau kenapa itu yang keluar kat mulut aku, sebab berselirat sangat kot,

sarapan pagi tu, kopi dia sedap. aku bancuh sendiri.
_____________________________________________________________________________

aku ada seorang kawan. lain jantina.
jadi masa yang aku habiskan dengan dia, sedikit kurang berbanding yang lain.
tapi ada sesetengah masa-masa kritikal yang perlu telinga untuk tadah setiap perkataan aku,
aku akan cari dia, selalu mesej kami ringkas je

sibuk tak, aku lapar sungguh ni, 
tak sangat, memalam lapar menda?
burger, mengidam rasanya. bahaya kot
jom lah,

lepas tu kami jumpa depan gerai burger, adik jual burger kata gas habis. nak burger kena tunggu gas sampai.
dia masuk dalam kedai beli aiskrim sebatang. cornetto yg ada kitkat.
hoi, takkan satu je? 
kau lapar burger, bukan aiskrim.
aku telan liur. sabar jelah dengan budak sorang ni.
lagipun, kau kan nk buat luahan perasaan. mana boleh bercakap sambil makan.
*senyap.
malam tu kami tak makan burger, gas lambat sampai. tapi aku kenyang.

aku pelukcium dia dalam dakapan doa,

Friday, March 7

yang paling penting

bismillah

yang paling penting,
suka makan,
                      kerana lapar selalu menemani aku,
suka membaca,
                      kerana menulis cara aku meluah rasa, memohon maaf, mengekspresi sayang.
tak suka tidur,
                      kerana masa kita hanya duapuluhempat jam, 

ini akibat terlalu banyak masa lapang, mungkin?
_________________________________________________________________________________

aku perasan, kau macam sedikit bersimpang siur akhir-akhir ini,
lewat bicara di status facebook, foto-foto di instagram, mahupun sekadar sapaan pagi setiap hari,
dan yang paling utama 
saat jari menari meluah rasa di sini,
apa pun sebabnya untuk permasalahan itu,
berusahalah untuk memperbaik pulih keadaan,
usahalah,
kerana yang bulat tidakkan bergolek dan yang pipih tidakkan melayang

Wednesday, March 5

allahu

bismillah,



supaya aku tak lupa,
supaya kalian juga tersenyum,
supaya aku lebih ber s y u k u r


lapang sebelum sempit

bismillah,

semalam sedari memperkemas longgokan buku-buku di atas meja kopi (baca : meja belajar) kami,
azwar sedikit mengeluh sambil menyatakan,
betapa dia tidak sabar untuk menghabiskan segala macam telaah ilmu untuk peperiksaan itu dan ini dan kemudian memanjakan diri dengan buku-buku hasil buruan di BBW.
ah, betapa aku tidak menyedari bahawa masa sempit selepas masa lapang kami sudah mulai mengetuk jendela kehidupan.
justeru tiada lagi masa-masa bacabuku sampai lupamakanminum,
kerana sepertinya sudah tiada lagi masa lapang kami,

betapa aku sudah harus berhenti untuk bermimpi, dan mulai memaknakannya.