kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Tuesday, May 20

kalau penat, berhenti lah rehat

bismillah,

jadi pagi tadi dapat pesanan ringkas,
satu bulan dua minggu lagi nak ramadhan. peh pejam celik dah nak ramadhan. hutang pun masih belum habis bayar.

azam nak kemaskan diri sebelum ramadhan menjelma. nak sado sikit jadi takdelah lemah sgt sepanjang ramadhan. orang tu tengah ramadhan baru sampai rumah. jadi tahun ini, nak cabar diri bergelut dengan baju raya sebelum ramadhan sendirian. doa-doakanlah. hehe

azam nak hadiahkan benda baharu untuk kawan-kawan selain tudung, stokin, stongan dan entah apape lagi tu, tapi masih ketandusan idea.

azam nak siapkan surat rayuan masuk kolej balik. haha ini serious. tak boleh bayang kalau tak dapat tengok muka kiera sebelum tidur. hehe

azam nak habiskan LI. titik.

____________________________________________________________________________

ada satu kakak ni, aku tak pernah jumpa dia. bertentang mata mahupun dengar suara. tapi setiap yang dia lontarkan. kadang-kadang selalunya macam khas untuk aku seorang. baca sekali tersentap. baca dua kali dapat pengajaran. entah kenapa kalau jumpa dia depan-depan mungkin aku akan kehilangan kata-kata. 

kalau penat, berhentilah rehat.
dah mula, kan sayang kalau tak habiskan
      ____________________________________________________________________________

meema, awak ni pendiam kan?
sengih nampak semua gigi
sekarang lebih banyak memerhati dari berkata-kata.
pembantu penyelidiklah katakan. 
sila gelak guling-guling
____________________________________________________________________________

macamana senyum kau boleh semanis itu?
kopi aku hari-hari tayah letak gula.
hiperbola sangat

susahpayah aku screenshot pic ni tau. haha





5 comments:

  1. meema, awak ni pendiam kan?
    sengih nampak semua gigi
    sekarang lebih banyak memerhati dari berkata-kata.

    serius, mcm gaye ayat hlovate :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, pujian diterima. sengih macam kerang busuk dh ni. :)

      Delete
  2. mah, selain tudung, stokin, stongan mungkin boleh bg jubah. hadiah hari raya :p

    ReplyDelete