kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, September 22

bismillah,

puas aku fikir, rupanya hati yg melihat yang bermasalah,
bukan cermin yg mempamer ,

tulis, kekal, sesal


Wednesday, September 17

rindu

bismillah,

ada orang tu, buat aku rindu nak menulis. heh. mengada sungguh.
selamat datang semester baru. berhabuk teruk rupanya blog ni.
banyak sangat dalam kepala sampai tak tahu mana nak mula. haha
ayat mohon simpati.

sejak kebelakangan ni, rasa mcam masa berlalu dengan pantas. tersangat pantas. eh, sedar-sedar je dh habis enam bulan latihan industri. magang maksud aku.
enam bulan beb, enam bulan. seksa dihati tak payah kongsi lah.
syukur mah, walaupun kau tak merasa masuk kilang, lawat production line bagai.
paling, kau rasa jugak apa itu erti punch card merah sentiasa.

semester tujuh.
aku pilih processing. jadi dah takde lelaki dalam dewan kuliah . saja bagitau, haha
setiap kali sembang pasal lelaki dalam warga pangan, aku teringt bogor. *hembus nafas perlahan. rindu sungguh.
aku tak dapat daftar kelas bahasa. kelas tamil  tak buka, kelas bahasa arab  padat. ke. ce. wa. titik

belajar lagi ke bekerja terus?
aku takde jawapan untuk soalan ini. masuk kelas,
hadap pensyarah dan tadah ilmu dia. aku takde masalah. antara kecintaan yang utama selain kopi, nasi lemak dan pasta. haha (apsal kecintaan lain semua makanan)
aku risau, kalau aku hanya memilih terus belajar hanya kerana aku takut nak bertarung dalam dunia luar. nak sambung s3 kat bogor lah. jia you!!!

tak dapat kolej kediaman.
makanya hari-hari ulangalik dari rumah setiap hari dan lambat setiap kelas yang mula pukul lapan pagi.

aku makin tidak betah meluah rasa,
nak mintak izin ummi untuk jumpa kawan pun macam takut-takut.
lidah bertingkat-tingkat rasanya. kelu. ini sakit orang kedewasaan ke camne? entah.

eh, perasan tak, penulisan aku makin hambar? baik aku berhenti sekarang.
nanti, makin ketahuan. sengih