kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, March 16

bismillah,
abang, 
setiap kali mah nak jahit baju orang,
mah akan teringat satu-satunya baju yang meema sempat siapkan untuk abang,
kain putih tu, potong lurus agagak cukup labuh paras lutut,
tebuk lubang leher, 3 inci kali 2.5 inci,
siap jubah untuk abang pakai,
sehelai lagi kain putih,
potong lurus-lurus panjang agagak lilit kepala,
siap serban untuk abang pulak,
hensemnya abang bila pakai serban tu,

abang,
abang tahu meema sayang abang kan?
ya allah, rindunya dekat abang. 

Wednesday, March 11

masa untuk saya melayan perasaan,
seakan sudah tiada
tanggungjawab seakan tanpa belas dan kasihan sedang memeras seluruh emosi untuk menumpu sepenuh perhatian padanya,

untuk pertama kali, saya seakan tertanya-tanya,
apa guna senarai panjang dalam wassap contact,
kalau akhirnya tetap kita akan sendirian.