kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Thursday, July 30

draining away.

bismillah,
sekarang tengok kalendar pun semacam sedikit seksa.
konon nak buat itu ini entah kemana,
mana wish list yang aku buat dulu-dulu tu xtau lah,
yang ada, cuma buku biodata clique satu harmoni.

bukak buku biodata tu terasa macam terasa sedapnya peluk faez, usik zuhairah, fight fair and square dgn ima and burst all out dengan ieyah,
rindu zaman kecik tapi tak sabar nak dewasa,
aku ni kanak-kanak yg terperangkap dalam diri orang dewasa ke macamana?

aku takut tgk kalendar, sebab masa aku macam draining awayyyyyyy
pfffft

shameemah
sedangtidakmenganggur

Monday, July 27

inikan raya

bismillah,
dua hari lepas, baba dgn ummi ke melaka,
hantar tata balik ke pangkuan anak murid tercinta, haha

habis dah raya tata, sekejap je.
kalau raya lama sgt pun, boleh gemuk kami adik beradik.
tata kan rajin melayan kan tekak masing-masing.
dahla semua menu baru dia try pun sedap mashaAllah. haha

dalam perjalanan balik, baba singgah rumah nek ngah.
dia mak ngah baba, tapi aku teriak dia nek ngah la.
nek ngah dah berusia, tapi dia masih kuat.
aku ingat rumah dia ada tangga yang tinggi sebab tangga tu direct boleh sampai ke loteng,
loteng tu dekat bumbung rumah, kotla ada yg kurang jelas,

tangga yg semacam punya tinggi tu,
nek ngah naik dengan selamba nya, walhal badan dia dah bongkok dua dah pun.
sembang punya sembang, kak ana cakap kat ummi aku,
mak aku sentiasa semangat turun naik tangga sebab kucing dia suka duduk bahagian atas rumah,
dari perbualan tu, aku belajar satu perkara.
kalau nak ada semangat, kena ingat yg diri kita ada tanggungjawab.
nek ngah igt dia kena pelihara kucing dia sehabis baik, mahu tak mahu dia daki jugak tangga tu,
sama macam kita, bila rasa down, igt balik yg memasing ada peranan, ada tanggungjawab terus rasa bersemangat balik.

random sebanrnya apa aku tulis ni,
tapi rasa nak tulis jugak.
perasan tak aku tak cerita pasal tok ngah?
ah, beliau dah meninggalkan kami beberapa bulan lepas.

time and tide wait for no man,

time and tide wait for no man,

semua orang sedang berhempas pulas membina kehidupan,
aku sedang amat berharap bahwa aku akan bisa melakukan semua perkara yang aku mahu sebelum meneruskan pelajaran.

*change mode*

semua pun sibuk nak cari kerja, nak sambung belajar dan mungkin sedikit beruntung sedang membuat persiapan mendirikan rumah tangga,
aku je yang masih ternganga-nganga bila semua orang tanya,
lepas ni nak buat apa?
ughh
sambung belajar, macam terlalu awal, aku suka belajar, tapi taknakla awal sangat,
nak kerja, tapi tak tahu nak kerja apa. aku patut bersedia dari awal sebenarnya. dengan spa closed pengambilan baru lah, dengan ringgit jatuh teruk lah, penubuhan parti potilik barulah, ok takde kaitan, pendekata, aku tak tahu nak kerja apa,

mungkin aku patut ambik kursus kemahiran,
nah, im too lazy for any official lesson session now,
so, nak buat apa ni? update blog je lah,

aku dah isi borang sgs, tp sangkut kat sv.
dengan proposal,
of course,
dan tarikh tutup lagi dua hari.
huwaaaa,
dalam situasi macamnilah, aku harap abang masih ada,

till then, salam alaik.



Tuesday, July 7

bismillah,
dua hari lepas, ada kenalan dari bogor pm kt fb.
dia nak berkunjung ke malaysia barang sehari dua,
menikmati indanhnya menghirup udara di tanah kecintaanku,
dan dia pun membuka perbualan seperti begini,

jadi meema, kalau di malay enak nya kemana aja?
teka aku jawab apa?
aku google, ya aku google.
kemudian barulah ku sedar betapa aku lebih tahu tentang lokasi di jakarta berbanding di negara aku sendiri, sadis weh
sadis

shameemah,
masihmenganggur

Thursday, July 2

bismillah,

suatu lagi fasa baru dalam kehidupan.
seingat-ingat aku, fasa paling sukar yg pertama dalam hidup.
adalah bila aku bertukar dari sekolah rendah ke menengah.
hampir sebulan lamanya mengambil masa mengadaptasi dengan suasana yg baru,
dan sahabat baru tentunya.
untuk seorang ambivert yg senyap tak terkata tapi lantang tak ingat dunia,
saat hati sudah bersapa,
tempoh sebulan masih dikira bagus. haha

ok, itu fasa baru pertama dalam hidup aku,
fasa baru kedua,
adalah bila pertama kali berkongsi bilik dengan orang lain selain berbinti abd gafar,
lima orang pulak tu,
heh,
zaman asasi, aku ambil masa dua semeseter untuk betul-betul yakin dan percaya bahawa laisha,amal,epi, mat dan jejeh telah ditakdirkan menjadi sahabat aku,
haha

dan sekarang fasa baru yang entah keberapa,
dari seorang mahasiswa,
aku adalah pengganggur sepenuh masa,
sadis.