kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Thursday, July 2

bismillah,

suatu lagi fasa baru dalam kehidupan.
seingat-ingat aku, fasa paling sukar yg pertama dalam hidup.
adalah bila aku bertukar dari sekolah rendah ke menengah.
hampir sebulan lamanya mengambil masa mengadaptasi dengan suasana yg baru,
dan sahabat baru tentunya.
untuk seorang ambivert yg senyap tak terkata tapi lantang tak ingat dunia,
saat hati sudah bersapa,
tempoh sebulan masih dikira bagus. haha

ok, itu fasa baru pertama dalam hidup aku,
fasa baru kedua,
adalah bila pertama kali berkongsi bilik dengan orang lain selain berbinti abd gafar,
lima orang pulak tu,
heh,
zaman asasi, aku ambil masa dua semeseter untuk betul-betul yakin dan percaya bahawa laisha,amal,epi, mat dan jejeh telah ditakdirkan menjadi sahabat aku,
haha

dan sekarang fasa baru yang entah keberapa,
dari seorang mahasiswa,
aku adalah pengganggur sepenuh masa,
sadis.

No comments:

Post a Comment