kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, July 27

inikan raya

bismillah,
dua hari lepas, baba dgn ummi ke melaka,
hantar tata balik ke pangkuan anak murid tercinta, haha

habis dah raya tata, sekejap je.
kalau raya lama sgt pun, boleh gemuk kami adik beradik.
tata kan rajin melayan kan tekak masing-masing.
dahla semua menu baru dia try pun sedap mashaAllah. haha

dalam perjalanan balik, baba singgah rumah nek ngah.
dia mak ngah baba, tapi aku teriak dia nek ngah la.
nek ngah dah berusia, tapi dia masih kuat.
aku ingat rumah dia ada tangga yang tinggi sebab tangga tu direct boleh sampai ke loteng,
loteng tu dekat bumbung rumah, kotla ada yg kurang jelas,

tangga yg semacam punya tinggi tu,
nek ngah naik dengan selamba nya, walhal badan dia dah bongkok dua dah pun.
sembang punya sembang, kak ana cakap kat ummi aku,
mak aku sentiasa semangat turun naik tangga sebab kucing dia suka duduk bahagian atas rumah,
dari perbualan tu, aku belajar satu perkara.
kalau nak ada semangat, kena ingat yg diri kita ada tanggungjawab.
nek ngah igt dia kena pelihara kucing dia sehabis baik, mahu tak mahu dia daki jugak tangga tu,
sama macam kita, bila rasa down, igt balik yg memasing ada peranan, ada tanggungjawab terus rasa bersemangat balik.

random sebanrnya apa aku tulis ni,
tapi rasa nak tulis jugak.
perasan tak aku tak cerita pasal tok ngah?
ah, beliau dah meninggalkan kami beberapa bulan lepas.

No comments:

Post a Comment