kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, August 31

sebulan lalu

bismillah,
sebulan yang lalu, 
aku buat keputusan merepekntahpape untuk kerja kat gudang buku,
yup gudang buku,
aku mengaku perkataan buku tu buat aku lupa perkataan gudang, haha
actually, it was aaishah's that was really eager to do part time job during semester break 
while me already decided to chill at home while learn how to cook nasi lemak yg ummi selalu masak sedap tu.
sampai satu hari kami nampak iklan kerja kosong tu dan sama-sama teruja untuk cuba apply.
adik-beradik tak boleh mohon kerja tempat yg sama sebenarnya,
tapi nasib sangat menyebelahi kami dan akhirnya dapatla kerja gudang buku,
seronok sebab kerja dengan buku,
penat sebab kerja dengan bergudang-gudang buku, haha

aku sempat rasa few department dalam gudang tu,
department clearance stok, semua buku murah-murah punya sebab nak clear stok,
department e-commerce, hari-hari balut parcel org beli buku online,
department stationary, label alat tulis untuk jual kt kedai buku,
department cd, label harga cd yg dijual di kedai buku
dan department new outlet, baca gr, check harga, check quantity dengan pricing,

everything was so awesome because books and stationary are my fav kot. haha

paling penting, dapat jumpa pelbagai jenis orang. 
baru aku faham, apa maksud mantera,
   ijazah terbaik datangnya dari jalanan,
   dari pengalaman bercakap dan bersalaman,
macam-macam jenis kesusahan hidup dan ketabahan yg aku dpt jumpa dan hadam sebagai pelajaran.
genap sebulan, aku rasa maca berjaya menggenggam #ijazahkehidupan.

dan atas beberapa sebab,
yang puas ditimbang tara,
aku ambil keputusan untuk terus rasa sepak terajang alam pekerjaan,
supaya aku tidak cuma mahir melontarkan teori,

shameemah,
trying to be practical



Friday, August 21


"sebelum pergi, mat ada benda suruh tanya kan kat kau,"
"haha, tanya apa pulak? dah pergi tiba-tiba macamtu, berani nak tanya-tanya lagi,"
sham meluahkan rasa yang membuku,
"dia tanya, kalau kau sudi jadi kawan dia. sampai bila-bila. kau sudi tak?"
aku senyap. ini bukan pertama kali dia disoal sebegitu. maksudnya sama , cuma frasa yang berbeza dan dari orang yg berbeza. entah kenapa, kali ini hati berat untuk menolak. tetap keadaan masih tidak mengizinkan untuk mengiakan. perlahan dia mengumpul kekuatan,

"cakap kat dia. aku takde yg istimewa, langsung takde. dan setiap pagi, aku harus bangun dan berjuang untuk menjadi lebih baik. kalau dia sudi teman susahsenang, jatuhbangun, bodohbangang aku sampai bila-bila. aku lebih dari sudi."

Wednesday, August 19

yang lebih manis dari gula

bismillah,

aku lupa hari lahir fenny untuk kesekian kalinya.
padahal dah tanda dalam semua kalendar 19 ogos tu,
sebab tu orang tua selalu kata, bukan rezeki kita,

aku hairan dan sedikit terkagum,
kerana ternyata,
ada didunia ini yang lebih manis dari gula,
subhanallah

dalam banyak-banyak bahasa,
aku paling kagum dengan bahasa badan,
dan aku rasa,
aku paling mahir dengan bahasa badan,
haha

aku paling benci,
copycat person,
siapa je suka benda yang tak asli,
kun anta beb, kun anta

Monday, August 17

interview kerja

bismillah

rabu lepas, aku pergi interview kerja.
jawatan ptm sambilan. aku dah pergi dan aku dah gagal pun.
pelik, kegagalan yang kali ini aku terima dengan hati yang terbuka.
memang aku setahun jagung dalam arena aku sendiri,
ada kawan aku yg dapat, aku teruja sedikit mengenangkan interview tu ada senior dua tahun atas yg hadir,
tp kawan aku yg fresh graduate, dapat diterima juga
itu rezeki dia sebenarnya,

rezeki aku,
gudang buku. haha
nanti mesti rindu, semua buku-buku tu,

esok, ada satu lagi

Tuesday, August 11

senarai mesti cuba sebelum berumah tangga

bismillah,

suatu masa dahulu,
aku pernah menyenaraikan senarai mesti cuba sebelum berumah tangga,
sedikit sebanyak. aku rasa sedikit bangang apabila menyiapkan senarai seumpama itu,
seolah-olah hati menidakkan keupayaan mereka yang telah berumahtangga untuk melakukan semua itu,

andai kata,
esok, aku kahwin,
lusa aku dah ada anak tigaempatlima,
dan kemudian aku jadi lupa senarai itu aku taruh dimana,
jadi aku senaraikan semuanya disini,

1. jelajah perpustakaan awam
2. menulis tentang betapa hidup adalah guru yang terbaik
3. mengapresiasi setiap insan yang pernah aku temui ketika melakukan perkara yang kedua.
4. menjahit sebuah diari dari fabrik yang paling aku gemari
5. ambil cuti sehari dan menyusun buku kegemaran. haha
6. bekerja di kedai buku.
7. bekerja di kedai kamera, dan belajar tentang kamera.
8. belajar printing silkscreen.
9. belajar edit gambar
10. terus-menerus menyenaraikan perkara dalam  senarai mesti cuba sebelum berumah tangga

keberuntungan

bismillah,
aku sangat percaya,
keberuntungan setiap orang adalah berbeza,
tetapi entah mengapa,
hati sering cemburu buta,
biasalah kitakan manusia

Wednesday, August 5

bismillah,

kadang-kadang aku terfikir,
kalaulah diri punya kebolehan meramal baik dan buruk,
entah berapa banyak kesilapan yang dapat di elakkan,
atau tetap,
aku memilih untuk ikut kata hati?