kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Friday, August 21


"sebelum pergi, mat ada benda suruh tanya kan kat kau,"
"haha, tanya apa pulak? dah pergi tiba-tiba macamtu, berani nak tanya-tanya lagi,"
sham meluahkan rasa yang membuku,
"dia tanya, kalau kau sudi jadi kawan dia. sampai bila-bila. kau sudi tak?"
aku senyap. ini bukan pertama kali dia disoal sebegitu. maksudnya sama , cuma frasa yang berbeza dan dari orang yg berbeza. entah kenapa, kali ini hati berat untuk menolak. tetap keadaan masih tidak mengizinkan untuk mengiakan. perlahan dia mengumpul kekuatan,

"cakap kat dia. aku takde yg istimewa, langsung takde. dan setiap pagi, aku harus bangun dan berjuang untuk menjadi lebih baik. kalau dia sudi teman susahsenang, jatuhbangun, bodohbangang aku sampai bila-bila. aku lebih dari sudi."

1 comment: