kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Wednesday, September 30

jujur cakap,

bismillah,

aku sedang berbicara soal jujur,

lulus kak, dah boleh kawin. 
kata ijat sambil menambah kali kedua spageti goreng aku.
haish, takde orang nak lah jat, 
balas aku sambil senyum tersenget-senget,
ah, kalaulah dia tau, dalam spageti tu aku tambah sikit serbuk kari, haha
jujur dia, menghiburkan hati aku

you tau, you smile ada sikit manis? 
jujur tak bertempat, kadangkadang memang takperlu,

sister, itu line ada many-many broken mee, cannot packing.
you pigi sana, you angkat itu mee, kasi buang. understand or not understand?
tiba-tiba english speaking skills, presentation skills,  dan semua skills yg degree kau bagi,
sudah tidak berguna lagi,
sistem pendidikan dii negara kita sudah tidak jujur lagi.

kalau aku tulis hikayat tentang, aku, degree dan nepal itu.
siapa sanggup baca dan hayati,
oh, terima kasih pada yg sudi.



bismillah,

ayuh shameemah, dewasalah

memilih untuk bekerja sedikit jauh dari rumah, kestrugglean paling sukar buat saya,
mungkin adalah menyantuni dua hati yang baru.
teman serumah aku, dua tahun lebih muda,
mereka ternyata lebih betah jauh dari keluarga, keluar bekerja dan hidup sendiri,
justeru,
aku yang masih bertatih,
terkial-kial untuk menyantuni hati mereka berdua,

ayu sedikit lebih mudah disapa berbanding ijat yang sering harus diulang beberapa kali soal yang sama,
sebelum aku boleh mendapat jawapan,
mungkin dia lebih pemalu dan lebih sedikit bilangan ahli keluarganya, mungkin.
dan antara khabar kurang enak,
ayu akan berpindah rumah bulan hadapan,
ye, dua hari lagi,
jadi lepas ini. aku akan lebih banyak bercakap dengan tv, bear kesayangan dan apa sahaja,
kerana ternyata ijat,
sangat pemalu orangnya.

kadangkadang aku amat berharap bahawa aku pandai memasak,
kerna kata orang lama,
untuk ditawan hati, harus ditawan perutnya dahulu,
terbengong. haha. ye, aku sedang terbengong.

Thursday, September 24

aidil adha tahun ini,

bismillah,

aidil adha tahun ini,
mungkin aku lebih mengerti perasaan ibrahim saat diminta meninggalkan isterinya hajar dan ismail putranya.
ye,
pasti sahaja aku masih belum punya keduanya tapi tetap aku meninggalkan kesayangan bukan? haha

sendiri buat keputusan, sendiri tahan perasaan.
sudahnya,
bila sendirian mulalah asyik berangan,

tempat kerja ok,
rumah ok,
makan ok,
amalan harian akan ok, kot
sunyi je yang tak tertahan,
takkan harihari nak pasang tv kuatkuat,
apa je boleh buat untuk hilangkan sunyi?
cuba lah kongsi,
aku tertekan bab ni je,
sunyi,
aku memang takboleh,

Friday, September 18

bismillah,

yakin diri pada kau,
mungkin sombong tak menentu pada dia,
bertabahlah,
manusia takfaham bahasa,
masih belum pupus,


Wednesday, September 16

bismillah

aku sering berharap,
untuk menguasai semua bahasa,
agar di setiap perbualan,
tidak ada hati yang akan terluka,
tapi sering, aku bermimpi cuma,
heh, kau dah kenapa?

Wednesday, September 9

Jadi apa benar kalau,

Bismillah,

Jadi apa benar kalau,
rindu ini sudah tiada,
aku akan lebih mudah mengatur langkah?

aku kalau time nak tinggalkan rumah je,rasa macam nak tinggalkan abang,


Sunday, September 6

hari pertama

bismillah,

hari pertama,
takde adikadik nak disakat,
sudahnya aku hadamlumat catatan matluthfi,
dalam banyak-banyak sendagurau dia tentang hidup,
antara yang paling berkesan dalam hati aku,
bila dia sifatkan,
saya dibesarkan bersama 3 sosok kerabat perempuan,

kerabat,
sedap dibaca, kuat dijiwa, tenang di minda,
aku rindu,
nak dengar abang iktiraf aku sebesar itu,
amcik?
silakan, bermimpi.
haha

Wednesday, September 2

tiga tahun lalu

bismillah

tiga tahun lalu,
aku baru sampai jakarta,
baru nak kenal hati budi masing-masing,
baru nak berkasih sayang kerana allah,
baru nak buat semuanya,
tiga tahun lagi,
harap sayang masih sama,