kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Wednesday, September 30

bismillah,

ayuh shameemah, dewasalah

memilih untuk bekerja sedikit jauh dari rumah, kestrugglean paling sukar buat saya,
mungkin adalah menyantuni dua hati yang baru.
teman serumah aku, dua tahun lebih muda,
mereka ternyata lebih betah jauh dari keluarga, keluar bekerja dan hidup sendiri,
justeru,
aku yang masih bertatih,
terkial-kial untuk menyantuni hati mereka berdua,

ayu sedikit lebih mudah disapa berbanding ijat yang sering harus diulang beberapa kali soal yang sama,
sebelum aku boleh mendapat jawapan,
mungkin dia lebih pemalu dan lebih sedikit bilangan ahli keluarganya, mungkin.
dan antara khabar kurang enak,
ayu akan berpindah rumah bulan hadapan,
ye, dua hari lagi,
jadi lepas ini. aku akan lebih banyak bercakap dengan tv, bear kesayangan dan apa sahaja,
kerana ternyata ijat,
sangat pemalu orangnya.

kadangkadang aku amat berharap bahawa aku pandai memasak,
kerna kata orang lama,
untuk ditawan hati, harus ditawan perutnya dahulu,
terbengong. haha. ye, aku sedang terbengong.

1 comment:

  1. carilah tuan rumah baru, yang takkan berpindah rumah :p

    ReplyDelete