kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Wednesday, October 21

takkan merungut lagi

bismillah,

aku telah berjanji bahawa aku tidak akan merungut lagi,
walau tentang apa pun,

marilah kita mengenang tarih bersejarah ini dan membantu aku menunaikan janji.

marilah,

Saturday, October 17


abang, jdt mara ke final piala afc. sebab kuwait kena gantung.

rinduya,
rindu sangat,
rindu nak sembang benda-benda remeh dgn abang. aku cerita hampir semua perkara pada abang. mungkin sebab dia sentiasa ada kt rumah atau mungkin juga dia sentiasa setia tadah telinga.
tapi sebenarnya, sebab utama adalah,
abang selalunya tersangat melebihi abang dari 'abang' yang aku sendiri tak pernah ada,

semua benda.
bila cakap semua benda,
memang semua benda.
sampai satu tahap,
mungkin kalau ada org nak bersahabat dengan aku.
aku akan suruh dia jumpa abang dulu, baru jumpa baba,
mungkin,

sekarang, bila aku dah mula kerja. jumpa ramai orang baru.
belajar macam-macam benda baru,
aku jadi tambah rindu dekat abang,
sebab selalunya bila ada benda baru jadi kat aku,
abang yang akan tahu dulu,

paling aku takboleh lupa,
sem akhir, kawan kuliah ajak pergi makan malam kolej duabelas,
aku nak pergi malas, bukan ada baju yang sesuai,
jenuhla abang pujuk aku jahit sehelai baju,
sampai baju siap, dia gigih tunggu atas kerusi roda, teman aku,
bila dah siap,
abang sengih lebar sambil cakap,
untungkan kalau tahu jahit?
masa tu, aku ketawa suka hati,
sekarang, baru aku tahu.
aku untung sebab ada dia,
yang sanggup bagi semangat, walaupun untuk sekecil-kecil perkara,

malam ni tgk bola sorang-sorang je 

Tuesday, October 6

being one of the eldest

bismillah,

baby tak biasala kalau balik rumah xnampak meema,

being one of the eldest, kelemahan aku yg paling besar adalah,
takut gagal,

sampai kadang-kadang aku marah pada diri sendiri, kenapa tak cuba je buat benda tu dulu,
kalau salah pun, bukan rugi sangat,
paling kurang pun. rasa malu je.

sekarang,
aku selalu rasa,
why dont you just give it a try mah?
maybe it will work.
maybe,

dan kemudian, aku kembali berseorangan berperang dengan perasaan.

___________________________________________________________

sehari sebelum pindah melaka, aku sempat jumpa deba. fen je xsempat. dia sibuk nak prepare pegi tokyo. peh, cemburu jugak aku mendengarnya, 

seronok cerita pasal hospital deba, pasal gudang popular aku, 
pasal asasi dulu, pasal master nanti,
last-last deba said,

you have made a lot of good choices in your life mah,
dont make mistake when it come to your life partner,

deba pun macam ummi, risau pasal jodoh aku. 



Sunday, October 4

bismillah,

sebenarnya,
ada masamasa senggang aku selalu terkenang,
yang kalau aku balik rumah, bagi salam, bukak pintu,
aku akan nampak abang dulu,
maafkanlah aku ya allah,
berpaut pada kasih manusia, melebihi kasih padamu,
maafkanlah aku,
maafkanlah,

__________________________________________________

sebenarnya,
ada masamasanya,
orang yg selalu nampak gagah dan matang,
juga butuh bahu untuk bersandar,
atau paling kurang,
telinga untuk mendengar,

__________________________________________________

sampai bila nak menulis?
sampai bila-bila.
sampai aku sendiri sedar,
bahawa keserabutan ini yg mendewasakan aku.

siapa aku hari ini,
adalah hasil keserabutan semalam,
terimakasihsemalam