kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Saturday, October 17


abang, jdt mara ke final piala afc. sebab kuwait kena gantung.

rinduya,
rindu sangat,
rindu nak sembang benda-benda remeh dgn abang. aku cerita hampir semua perkara pada abang. mungkin sebab dia sentiasa ada kt rumah atau mungkin juga dia sentiasa setia tadah telinga.
tapi sebenarnya, sebab utama adalah,
abang selalunya tersangat melebihi abang dari 'abang' yang aku sendiri tak pernah ada,

semua benda.
bila cakap semua benda,
memang semua benda.
sampai satu tahap,
mungkin kalau ada org nak bersahabat dengan aku.
aku akan suruh dia jumpa abang dulu, baru jumpa baba,
mungkin,

sekarang, bila aku dah mula kerja. jumpa ramai orang baru.
belajar macam-macam benda baru,
aku jadi tambah rindu dekat abang,
sebab selalunya bila ada benda baru jadi kat aku,
abang yang akan tahu dulu,

paling aku takboleh lupa,
sem akhir, kawan kuliah ajak pergi makan malam kolej duabelas,
aku nak pergi malas, bukan ada baju yang sesuai,
jenuhla abang pujuk aku jahit sehelai baju,
sampai baju siap, dia gigih tunggu atas kerusi roda, teman aku,
bila dah siap,
abang sengih lebar sambil cakap,
untungkan kalau tahu jahit?
masa tu, aku ketawa suka hati,
sekarang, baru aku tahu.
aku untung sebab ada dia,
yang sanggup bagi semangat, walaupun untuk sekecil-kecil perkara,

malam ni tgk bola sorang-sorang je 

No comments:

Post a Comment