kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, November 14

bismillah,

dont give up upon yourself,
because i haven't,

theotherpartsofme

Monday, October 31

sebuah jawapan

bismillah,

saya adalah seorang yang cenderung melakukan apa sahaja asal saya beroleh jawapan untuk setiap persoalan di kepala saya.

dan entah mengapa,
sejak dua menjak yang lalu, saya dibingungkan dengan tingkah seseorang yang tidak semena berubah 360 darjah.
dia tidak seperti biasa seakan sudah melupakan nama saya, juga seakan sudah tidak boleh berbahasa malaysia, 
dan entah mengapa dia sudah seakan hilang semua budi bahasa dalam setiap laku dan bicaranya

untuk hal kebingungan yang satu ini, sungguh saya tidak berjaya memperoleh jawapan.

dan saya amat  tidak menyukai hal ini,

kebingungan,

Sunday, October 16

bismillah,

suatu hari nanti,
semua ini akan aku tinggal pergi,
semoga semuanya baikbaik sahaja saat aku minta diri,

________________________________________________________

andai saja tuhan beri kita semua pilihan,
untuk memilih saudara yang berbeda bunda aku mungkin akan pilih engkau wahai anak muda,

________________________________________________________

aku jadi buntu sebenarnya rasa raguragu ini diciptakan untuk apa,
mohon bantuannya teman,

________________________________________________________

ini bukan kali yang pertama,
cuma jauh didasar hati,
insan kerdil ini berharap ,
apa yang datang tidak akn pergi lagi,
mohonku, kekal lah di sini

Tuesday, September 20

dua sisi september




bismillah,

aku biasa menghadapi september dengan segala lelah dan payah tetapi bahagia.
misalnya september tahun lalu adalah bulan pertama aku diterima bekerja dan bisa meneriakkan pada semua baha aku sudah siswazah,

dan september tahun ini,
masih disambut dengan penuh lelah dan payah tetapi gembira,
buat pertama kali dalam hidup kami sekeluarga mempersiapkan diri menyambut ahli baru keluarga kami,

welcome to our family, abang saiful. senyum manis

seiring adat masa kini, aku berusaha menyiapkan sepersalinan khas warna senada untuk kami lima beradik perempuan berserta persalinan ummi dan nenek.
jujur, lelah yang teramat bila cuba menyiapkan tujuh pasang semuanya dalam sela berhempas pulas menangani isu di tempat kerja. tetapi, aku puas dan bahagia.

ini sahaja gambar kami berlima. yang lain masih ditangan jurugambar. haha

adik kembar mahu berkebaya, maka jenuh jugalah aku memahamkan pola asas baju kebaya. ternyata itu fesyen kegilaan remaja masa kini. ah, sepertinya aku sudah bukan remaja lagi, dek ketinggalan dalam isu semacam ini.
aku suka foto ini. teramat suka. titik

Dari sisi yang berbeza, september tanpa simpati menghantar pergi dua orang yang aku hargai. mansor yang pertama dan kemudian rajesh menyusuli. Kata abang, aaishah, amcik dan hampir semua insan yang dekat di hati, aku emosi orangnya. ye, mereka betul, aku mudah merasa terpaut pada kebaikan kecil-kecil insan disekeliling. bahkan sering merasa bahawa semua jiwa berhak untuk disantuni. maka atas sebab itu, perpisahan selalu beri kesan yang lebih besar buat aku berbanding teman sekerja yang lain.

Jujur, yang mendadak pergi lebih meresahkan hati.


selamat kembali ke tanah asalmu rajesh,

Begitulah dua sisi september yang aku hadapi. Separuh lagi yang belum dilalui semoga dapat memalingkan aku dari kesedihan (sedih kah?) Ogos.



Friday, August 26

Selalu Lewat

bismillah,

Sejak akhir kahir ini, saya sering sahaja terlewat.
dan entah bagaimana lewat ini sering sahaja untuk hal-hal penting yang menuntut kematangan diri,
tapi tetap saya kalah dalam setiap kelajuan masa manusia di keliling saya,

dan bila saya boleh lebih pantas, 
manusia lain terlihat lewat dan saya kembali lelah untuk bertindak pantas,

tuhan,
hadirkan lah ikhlas,
aku mohon,
hadirkanlah,

Wednesday, August 17

tersilap langkah

bismillah,

dan seperti kebiasaan anak muda galau yang lainnya,
aku juga sering merasakan diri tersilap langkah,



Thursday, July 28

tiga pilihan

bismillah,

di setiap peringkat kehidupan yang baharu,
aku selalu dihidangkan dengan dua pilihan,
mrsm atau sekolah harian biasa,
kemudian matrikulasi atau asasi,
kemudian sambung belajar atau bekerja,
dan sekarang Dia yang Maha Kaya,
memberi aku bukan dua tetapi tiga,
tiga pilihan,

dan untuk kesekian kalinya,
shameemah terdampar di lembah kebuntuan,

Thursday, June 9

ramadhan pertama saya

bismillah,

ini ramdhan pertama, saya ulangi ini ramadhan pertama saya sebagai pekerja,
sebelum ini saya lebih asyik menyambut ramadhan sebagai seorang pelajar sahaja dan tahun ini nah tuhan merencana yang sebaliknya buat saya,

jujur,
saya sedikit takut untuk memasuki madrasah tarbiyyah ramadhan kali ini,
dek kerana tidak lulus cemerlang dalam tahun tahun yang sebelumnya.
Bahkan saya merasakan mungkin tahun ini akan lebih sukar buat saya,
bayangkan sahaja semua nya harus sendiri-sendiri,
bermula sahur seawal pagi, berbuka tepat azan maghrib hinggalah ke ibadah terawih yg paling istimewa, semuanya sendiri.

dan ini sudah 4 ramadhan.
sungguh, tidak cemerlang tapi tetap tidak sesukar yang saya sangkakan,
terima kasih tuhan kerana menghantar yang baik-baik disekeliling saya,
semoga sahaja saya dapat belajar yang baik-baik dari mereka juga,

Inilah dia kisah ramadhan pertama saya,

Sunday, May 29

Judul Buku Mahu Beli

bismillah,

dua minggu lalu, sahabat saya mat, yang sedang berlatihan industri di IPB, Indonesia bertanyakan kalau-kalau saya ingin memesan apa-apa perkara dari sana.

Teruja dengan tawaran beliau, saya membalas dengan jawapan bahawa saya mahu mengirim beberapa judul buku dari penulis di sana.

Kemudian mat meminta saya menyenaraikan semua judul terlibat dan mengirimkan padanya beserta dengan gambar kulit hadapan buku jika ada.

Disaat saya ingin menyenaraikan semua judul buku penulis kegemaran saya, saya terhenti seketika.
Kenapa? Kerana ketika disaat itu, barulah saya menyedari bahawa sudah lama saya sudah tidak duduk dan menyenaraikan judul mesti baca, mesti beli, sudah beli belum baca dan apa sahaja senarai itu, saya sudah lama tidak mengerjakannya.

di dalam kamar tidur saya, hanya ada sebuah buku self-help yang masih belum saya sudahi tiga tahun lalu, dan beberapa buah buku berbahasa inggeris yang saya dapatkan semasa Big Bad Wolf Melaka beberapa bulan lalu,

Akhirnya, saya membalas pesanan ringkas mat dengan satu judul buku dari penulis kegemaran saya salim a fillah lapi-lapis keberkahan.

Sesal. Sungguh saya sesal kerana tidak mempunyai senarai yang lebih panjang.

Apa sahaja agaknya judul buku yang sedang kalian hadami sekarang ini.
Atau kalian juga sudah tidak punya senarai Judul Buku Mahu Beli seperti saya,
Sadis sungguh kita,


Saturday, April 16

mungkin tuhan,

bismillah,

kebelakangan ini, terlalu byk yang terjadi dalam satu-satu masa. sampai kadang aku jadi lelah nak catch up semua perkara. rasa macam nak merayu pada masa supaya berjalan sedikit lewat. aku lelah untuk sama-sama selaju kau wahai masa.

ah, mungkin ini adalah masanya tuhan menguji kebenaran janji dan sumpah setia aku,
untuk terus memberi yang terbaik saat semua seperti yang sebaliknya,

mungkin tuhan sedang menguji sejauh mana kebenaran aku berkata-kata bahawa percaya dengan satu janjinya,
rezeki takkan salah alamat,
mungkin aku patut chill sikit, sekarang kan aku chill banyak sgt, huhu

Friday, April 8

i can be super dumb sometimes,
but kinda enjoy it anyway,
___________________________________________________________

always dreaming on being someone that play a big role in peoples life,
wearing many hats,
but too lazy even to take a bath sometimes,
kinda enjoy it anyway,
___________________________________________________________
 

Friday, March 25

rasa hipster pulak

bismillah,

semalam mata aku tak boleh lelap, jadi aku scroll instagram atas bawah depan belakang semua aku scroll,
sampai jumpa gambar orang pos buku aan,
terus aku cemburu, terus aku benci orang tu dan terus aku rasa nak singgah jakarta kejap,

___________________________________________________________

laptop pertama yang aku beli,
masa umur lapanbelastahun,
guna saving kerja part time lepas spm campur pinjam duit ummi sikit,
sekarang asyik loading dan hang je,
laptop kedua,
aku belum beli lagi.

___________________________________________________________

ada orang tanya,
kenapa nama link blog aku hykers?
aku jawab,
darah muda,
padahal dulu aku kurang membaca,

___________________________________________________________

pagi semalam,
senior exec aku tak masuk morning briefing,
jadi aku kena bagi feedback untuk department aku,
pagi ni,
manager department production planning great good morning kat aku,
aku assume,
feedback yg aku share semalam mesti gempak,
begitulah positive nya aku,

___________________________________________________________

ummibaba ajar aku,
setiap kali orang mula melampaui had minima aku,
lebih baik untuk aku beredar dari situasi itu,
sebab ummi cakap, darah laksamana dalam diri aku,
terlalu banyak,

___________________________________________________________

lama tak tulis tatabahasa tungganglanggang macamni,
rasa hipster pulak,
sadis,

Sunday, February 21

bismillah,

Kelmarin saya menerima pesanan ringkas dari seorang sahabat. Dia bertanyakan perihal apa yg membuat saya lupa langsung untuk mengirim sebarang pesanan padanya sedari minggu lalu.
Sedikit kesal kerana telah melukakan hati seorang sahabat, saya mengalih topik perbualan bertanyakan perihal keadaan kandungannya.
Semoga sahaja dia akan tetap merindui saya,

Kelmarin juga sahabat saya muhammad namanya mengeluh di ruang media sosial kami bersama tentang betapa saya terlalu banyak berahsia dengannya.
Kau terlalu berahsia dengan kami sekarang mah,
Sejujurnya, sedikit kesibukan di tempat kerja seakan menghalang saya dari mengemaskini apa-apa di laman sosial. Baik status di facebook mahupun sekeping gambar berkapsyen di instagram. Saya cuma tiada masa atau mungkin kehabisan idea untuk melakukan semua itu di saat ini.

Satu hal yang tidak mereka berdua ketahui adalah saya masih setia menulis disini mencurahkan keserabutan hari hari semalam dan harapan masa hadapan dengan cara saya.
Satu hal yang tidak muhammad ketahui juga adalah, seiring kedewasaan saya, saya lebih cenderung untuk menghubungi setiap orang secara privasi daripada meneriakkan apa khabar kalian di media sosial yang terlalu bersifat awam buat saya

ye, saya masih sama seperti dahulu. masih pemalu
cuma mungkin muhammad tidak tahu,
haha

Thursday, February 18

undefined

undefined
bismillah,
saya cemburu pada wanita yang disegani dan dihormati tanpa perlu meninggikan suara atau mencebik muka. Entah bagaimana, dia membawa diri seadanya tanpa perlu menjadi sesiapa dan entah bagaimana dia disenangi ramai orang atas kebijaksanaannya dalam bertindak, berfikir dan membuat keputusan.

Terkadang, wanita yang semacam ini menjadi sebab untuk menjadi lebih baik kepada beberapa orang. Mereka seakan mengharap perhatian dan pujian dari wanita semacam ini dan entah bagaimana juga orang sekeliling turut menjadi hebat seperti dia.

__________________________________________________________________

Sebagai seorang anak gadis yang dibesarkan dengan penuh tradisi bahawa wanita itu harus tahu serba serbi dari memasak, mencuci pakaian sebaik mungkin hinggalah kepada mengurus isi rumah tangga sebaik mungkin saya turut bermimpi bahawa suatu hari nanti saya akan menjadi seorang ibu rumah tangga yang sesempurna itu.
Tetap dalam masa yang sama, saya mahu belajar dan menceburi sesuatu bidang yang baharu, seperti sahaja, menulis novel menjalankan perniagaan kecil-kemudian-jadi-untung-besar dan apa sahaja yang tidak menjadikan saya cuma seorang ibu rumah tangga.
Semoga sahaja seseorang yang akan menjadi teman saya seumur hidup akan memahami semua ini dan turut merasakan kemanisan keinginan hati saya.

__________________________________________________________________

Aku rindu bau buku yang baharu,
yang judulnya sahaja buat aku terindu-rindu,
hiperbola sungguh.
orang melaka shopping buku dekat mana weh?


Sunday, February 14

Rindu Menjengah

bismillah,

dua hari yang sudah, ilah selesai menamatkan pembacaan buku catatan mat luthfi. Ye, saya sejenis yang akan menghulur kan sebuah buku tiap kali adikadik mengadu kebosanan kerana tiada pekerjaan. itu habit yang diwarisi dari baba. mulanya mereka menganggap cara saya hanya menambah kebosanan dan sangat kuno, tetapi lama kelamaan mereka sudah terbiasa.

buku yang meema bagi tu, orang dia kelakar. 

kelakar je yang baby dapat?

dia sarkastik, tapi penuh style,

maksud baby? tangan masih lincah menyelesaikan pinggan dan cawan di sinki selesai makan tengahari kami tadi.

dia pandai bermain dengan kata-kata,

oh,

macam meema jugaklah, baby paling suka dengan nama blog mah. Secawan kopi, tahan sampai pagi. Macam best nama tu, ada rentak, 

Saya tersentak, entah bagaimana sikecil ini tahu nama penuh secawan kopi kegemaran saya. sejenak saya memberhentikan cucian dan menoleh pada ilah.

Mana baby tahu nama blog mah?

Baby terjumpa bila main komputer,

Terjumpa?

Ada orang save link blog mah, dekat bookmark tu,

Dekat komputer siapa?

Komputer lama kita tu,

Saya terdiam lagi,  Komputer lama hadiah pemberian mutema dan mutapa garagara kononkonon saya cemerlang sungguh dalam PMR. Selesai SPM dan punya notebook sendiri, komputer lama itu milik abang sepenuhnya,

Aku yakin, mesti abang yang menyimpan link blog aku di komputer itu.

Abang kot mah,

Hmm, Kotlah,

dan tibatiba rindu menjengah tanpa meminta izin.



Thursday, February 11

aku ingin menulis sehingga semuanya kosong

bismillah,

cuti tahun baharu cina tahun ini sedikit berbeza buat aku. dek kerana aku bekerja di bawah pengurusan yang majoriti nya berbangsa tionghua jadi aku punya cuti yang lebih panjang berbanding rakan lain, dari isnin sampai khamis dan untuk besok jumaat adalah cuti yang aku umum untuk diri sendiri, genap tujuh hari cuti.
lima hari pertama ummibaba tiada dirumah jadi aku cuma bercengkerama dengan adikadik dan adikadik. jujur, aku mungkin masih kekok mengurus isi rumahtangga, masih belum sehebat tata dan aaishah. ah, biarkan saja bukan semua orang bisa melakukan semua perkara.

dan untuk dua hari yang terakhir, aku melihat ummi sering sekali mengurut tangan dan kaki. sesekali menekan dada dan mengeluh perlahan. Ummi sering risau kan nasib kau mah, Itu menurut aaishah. Aku sedikit kecewaa sebetulnya, betapa aku berharap dia yakin bahawa aku sudah bisa mandiri dan tidak perlu terlalu dirisaukan supaya sekurangnya kesihatan dia akan sedikit terjaga. Ummi memang sudah tua, sudah hampir setengah abad mah, kata ummi saat dia terperasan ekor mataku yang melihat gerak-gerinya.
Mana mungkin Ummi, Meema sahaja masih belum mendirikan rumah tangga, aku mengusik dalam nada mengharap dia akan ceria. Hairan juga aku melihat Ummi yang senyum bahagia saat aku memberi janji manis bahwa akan menamatkan zaman bujang sesegera mungkin. Aneh sunggguh, kegembiraan ibu-ibu zaman sekarang.
Sebab tu Ummi nak kau kahwin sesegera mungkin. Tahun ini boleh?
Ah, sudah. Menyesal aku bergurau tanpa hala tuju sebentar tadi,
Bukan Ummi mahu aku jadi pensyarah? Mengalih topik perbualan adalah benteng pertahanan terakhir untuk seorang anak yang solehah. Amiin.
Ah, betul juga. Janji kau akan berhenti kerja yang tidak-tidak dan kembali kesini?
Apa sahaja yang ada didalam minda seorang ibu.
Masa pekerjaan mengawal kualiti makanan seperti aku dikatakan pekerjaan yang tidak-tidak?
Masa aku yang sedikit terbengongbengong saat menatap bahan ilmiah diminta jadi seorang pensyarah?
Masa aku yang masih mahu selalu bercengkerama dengannya disuruh bernikah sesegera mungkin?
Masa sahaja Ummi?

Dan akhirnya aku masuk kebilik, memasang komputer riba dan cuma ingin menulis sehingga semuanya dikepala ini kosong,
sekosong-kosongnya,


Thursday, January 28

bismillah,

aku selalu percaya bahawa stiap manusia punya dua sisi personaliti yang berbeza,
dan untuk terkadang yang mungkin sedikit mendesak,
akan terpamer sisi yang ketiga,
dan sisi yang ketiga ini selalu bergantung terhadap bila, dimana dan siapa kita menghadap,

untuk sisi ketiga dalam diri,
aku harap tiada hati yang dilukai,

_______________________________________________________

Thursday, January 21

bismillah,

engkau kah itu wahai hati,
yang sedang membolak-balikkan akal ini.
engkau kah itu wahai hati,
yang sedang berusha membuat aku simpati,
engkau kah itu wahai hati,
yang sedang menarik aku agar terus disini,
engkau kah itu wahai hati,
yang sedang berusaha memujuk aku teguh berdiri,
engkau kah itu?


Monday, January 11

bismillah,

bila allah uji aku dengan cara yang sedikit pelik-pelik,
aku selalu tertanya-tanya,
entah bagaimana aku akan hadapi semua ini,
sendiri,

sebab aku memang spesies tak reti bercerita pada org lain,
bahkan boleh purapura gigih meredah segala masalah hidup,
semoga sahaja tuhan,
masalah dihati ini akan kau permudahkan,
semoga sahaja,

__________________________________________________________

kadangkadang bila aku betulbetul down dan rasa nak hamburkan semua benda pada seseorang,
orang tu selalu sibuk, atau orang tu ada kelas, atau ada urusan lain, atau data tak laju,
atau apa sahaja yang membuatkan mereka terhalang untuk mendengar segala hamburan hati aku,
mulamula rasa kecewa,
lamalama mula rasa,
mungkin jugak, allah nak aku cerita pada Dia, berbanding pada manusia,
mungkin jugak kan?



Tuesday, January 5

2016 telah mengatur langkah dengan jayanya. Berat untuk aku akui bahawa setiap tahun baru ibarat tidak ada bezanya dengan tahun yang sudah. Kerna biasanya tugas december masih terbawa-bawa ke Januari tahun baru. Juga penangan hasil menyambut tahun baru dengan nota kuliah dan soalan peperiksaan akhir dari tahun tahun sudah. Jujur, setiap bertambahnya tahun, cumalah satu lagi peralihan bulan yang biasa buat aku.

Tetap, kebiasaan ini harus diubah. Kerna andai kata tahun baru yang seterusnya aku sudah tidak sendiri lagi, aku harus bisa menginspirasi mereka untuk sama-sama teruja mengubah diri disetiap peralihan tahun yang baru.

2016 akan jadi satu tahun yang pebuh dengan perasaan berdebar, sedikit cuak tetapi penuh pengharapan buat aku.
Mengharap mampu sambung belajar dengan sebaik mungkin, mengharap ummibaba tidak akan terus memujuk aku untuk tidak sendiri, juga mengharap bisa membantu orang disekeliling.

Lima hari sudah berlalu, 
aku masih menukar-bahkan-menokoktambah azam tahun baharu aku,
kalian bagaima sahaja?