kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Sunday, February 21

bismillah,

Kelmarin saya menerima pesanan ringkas dari seorang sahabat. Dia bertanyakan perihal apa yg membuat saya lupa langsung untuk mengirim sebarang pesanan padanya sedari minggu lalu.
Sedikit kesal kerana telah melukakan hati seorang sahabat, saya mengalih topik perbualan bertanyakan perihal keadaan kandungannya.
Semoga sahaja dia akan tetap merindui saya,

Kelmarin juga sahabat saya muhammad namanya mengeluh di ruang media sosial kami bersama tentang betapa saya terlalu banyak berahsia dengannya.
Kau terlalu berahsia dengan kami sekarang mah,
Sejujurnya, sedikit kesibukan di tempat kerja seakan menghalang saya dari mengemaskini apa-apa di laman sosial. Baik status di facebook mahupun sekeping gambar berkapsyen di instagram. Saya cuma tiada masa atau mungkin kehabisan idea untuk melakukan semua itu di saat ini.

Satu hal yang tidak mereka berdua ketahui adalah saya masih setia menulis disini mencurahkan keserabutan hari hari semalam dan harapan masa hadapan dengan cara saya.
Satu hal yang tidak muhammad ketahui juga adalah, seiring kedewasaan saya, saya lebih cenderung untuk menghubungi setiap orang secara privasi daripada meneriakkan apa khabar kalian di media sosial yang terlalu bersifat awam buat saya

ye, saya masih sama seperti dahulu. masih pemalu
cuma mungkin muhammad tidak tahu,
haha

Thursday, February 18

undefined

undefined
bismillah,
saya cemburu pada wanita yang disegani dan dihormati tanpa perlu meninggikan suara atau mencebik muka. Entah bagaimana, dia membawa diri seadanya tanpa perlu menjadi sesiapa dan entah bagaimana dia disenangi ramai orang atas kebijaksanaannya dalam bertindak, berfikir dan membuat keputusan.

Terkadang, wanita yang semacam ini menjadi sebab untuk menjadi lebih baik kepada beberapa orang. Mereka seakan mengharap perhatian dan pujian dari wanita semacam ini dan entah bagaimana juga orang sekeliling turut menjadi hebat seperti dia.

__________________________________________________________________

Sebagai seorang anak gadis yang dibesarkan dengan penuh tradisi bahawa wanita itu harus tahu serba serbi dari memasak, mencuci pakaian sebaik mungkin hinggalah kepada mengurus isi rumah tangga sebaik mungkin saya turut bermimpi bahawa suatu hari nanti saya akan menjadi seorang ibu rumah tangga yang sesempurna itu.
Tetap dalam masa yang sama, saya mahu belajar dan menceburi sesuatu bidang yang baharu, seperti sahaja, menulis novel menjalankan perniagaan kecil-kemudian-jadi-untung-besar dan apa sahaja yang tidak menjadikan saya cuma seorang ibu rumah tangga.
Semoga sahaja seseorang yang akan menjadi teman saya seumur hidup akan memahami semua ini dan turut merasakan kemanisan keinginan hati saya.

__________________________________________________________________

Aku rindu bau buku yang baharu,
yang judulnya sahaja buat aku terindu-rindu,
hiperbola sungguh.
orang melaka shopping buku dekat mana weh?


Sunday, February 14

Rindu Menjengah

bismillah,

dua hari yang sudah, ilah selesai menamatkan pembacaan buku catatan mat luthfi. Ye, saya sejenis yang akan menghulur kan sebuah buku tiap kali adikadik mengadu kebosanan kerana tiada pekerjaan. itu habit yang diwarisi dari baba. mulanya mereka menganggap cara saya hanya menambah kebosanan dan sangat kuno, tetapi lama kelamaan mereka sudah terbiasa.

buku yang meema bagi tu, orang dia kelakar. 

kelakar je yang baby dapat?

dia sarkastik, tapi penuh style,

maksud baby? tangan masih lincah menyelesaikan pinggan dan cawan di sinki selesai makan tengahari kami tadi.

dia pandai bermain dengan kata-kata,

oh,

macam meema jugaklah, baby paling suka dengan nama blog mah. Secawan kopi, tahan sampai pagi. Macam best nama tu, ada rentak, 

Saya tersentak, entah bagaimana sikecil ini tahu nama penuh secawan kopi kegemaran saya. sejenak saya memberhentikan cucian dan menoleh pada ilah.

Mana baby tahu nama blog mah?

Baby terjumpa bila main komputer,

Terjumpa?

Ada orang save link blog mah, dekat bookmark tu,

Dekat komputer siapa?

Komputer lama kita tu,

Saya terdiam lagi,  Komputer lama hadiah pemberian mutema dan mutapa garagara kononkonon saya cemerlang sungguh dalam PMR. Selesai SPM dan punya notebook sendiri, komputer lama itu milik abang sepenuhnya,

Aku yakin, mesti abang yang menyimpan link blog aku di komputer itu.

Abang kot mah,

Hmm, Kotlah,

dan tibatiba rindu menjengah tanpa meminta izin.



Thursday, February 11

aku ingin menulis sehingga semuanya kosong

bismillah,

cuti tahun baharu cina tahun ini sedikit berbeza buat aku. dek kerana aku bekerja di bawah pengurusan yang majoriti nya berbangsa tionghua jadi aku punya cuti yang lebih panjang berbanding rakan lain, dari isnin sampai khamis dan untuk besok jumaat adalah cuti yang aku umum untuk diri sendiri, genap tujuh hari cuti.
lima hari pertama ummibaba tiada dirumah jadi aku cuma bercengkerama dengan adikadik dan adikadik. jujur, aku mungkin masih kekok mengurus isi rumahtangga, masih belum sehebat tata dan aaishah. ah, biarkan saja bukan semua orang bisa melakukan semua perkara.

dan untuk dua hari yang terakhir, aku melihat ummi sering sekali mengurut tangan dan kaki. sesekali menekan dada dan mengeluh perlahan. Ummi sering risau kan nasib kau mah, Itu menurut aaishah. Aku sedikit kecewaa sebetulnya, betapa aku berharap dia yakin bahawa aku sudah bisa mandiri dan tidak perlu terlalu dirisaukan supaya sekurangnya kesihatan dia akan sedikit terjaga. Ummi memang sudah tua, sudah hampir setengah abad mah, kata ummi saat dia terperasan ekor mataku yang melihat gerak-gerinya.
Mana mungkin Ummi, Meema sahaja masih belum mendirikan rumah tangga, aku mengusik dalam nada mengharap dia akan ceria. Hairan juga aku melihat Ummi yang senyum bahagia saat aku memberi janji manis bahwa akan menamatkan zaman bujang sesegera mungkin. Aneh sunggguh, kegembiraan ibu-ibu zaman sekarang.
Sebab tu Ummi nak kau kahwin sesegera mungkin. Tahun ini boleh?
Ah, sudah. Menyesal aku bergurau tanpa hala tuju sebentar tadi,
Bukan Ummi mahu aku jadi pensyarah? Mengalih topik perbualan adalah benteng pertahanan terakhir untuk seorang anak yang solehah. Amiin.
Ah, betul juga. Janji kau akan berhenti kerja yang tidak-tidak dan kembali kesini?
Apa sahaja yang ada didalam minda seorang ibu.
Masa pekerjaan mengawal kualiti makanan seperti aku dikatakan pekerjaan yang tidak-tidak?
Masa aku yang sedikit terbengongbengong saat menatap bahan ilmiah diminta jadi seorang pensyarah?
Masa aku yang masih mahu selalu bercengkerama dengannya disuruh bernikah sesegera mungkin?
Masa sahaja Ummi?

Dan akhirnya aku masuk kebilik, memasang komputer riba dan cuma ingin menulis sehingga semuanya dikepala ini kosong,
sekosong-kosongnya,