kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Thursday, February 11

aku ingin menulis sehingga semuanya kosong

bismillah,

cuti tahun baharu cina tahun ini sedikit berbeza buat aku. dek kerana aku bekerja di bawah pengurusan yang majoriti nya berbangsa tionghua jadi aku punya cuti yang lebih panjang berbanding rakan lain, dari isnin sampai khamis dan untuk besok jumaat adalah cuti yang aku umum untuk diri sendiri, genap tujuh hari cuti.
lima hari pertama ummibaba tiada dirumah jadi aku cuma bercengkerama dengan adikadik dan adikadik. jujur, aku mungkin masih kekok mengurus isi rumahtangga, masih belum sehebat tata dan aaishah. ah, biarkan saja bukan semua orang bisa melakukan semua perkara.

dan untuk dua hari yang terakhir, aku melihat ummi sering sekali mengurut tangan dan kaki. sesekali menekan dada dan mengeluh perlahan. Ummi sering risau kan nasib kau mah, Itu menurut aaishah. Aku sedikit kecewaa sebetulnya, betapa aku berharap dia yakin bahawa aku sudah bisa mandiri dan tidak perlu terlalu dirisaukan supaya sekurangnya kesihatan dia akan sedikit terjaga. Ummi memang sudah tua, sudah hampir setengah abad mah, kata ummi saat dia terperasan ekor mataku yang melihat gerak-gerinya.
Mana mungkin Ummi, Meema sahaja masih belum mendirikan rumah tangga, aku mengusik dalam nada mengharap dia akan ceria. Hairan juga aku melihat Ummi yang senyum bahagia saat aku memberi janji manis bahwa akan menamatkan zaman bujang sesegera mungkin. Aneh sunggguh, kegembiraan ibu-ibu zaman sekarang.
Sebab tu Ummi nak kau kahwin sesegera mungkin. Tahun ini boleh?
Ah, sudah. Menyesal aku bergurau tanpa hala tuju sebentar tadi,
Bukan Ummi mahu aku jadi pensyarah? Mengalih topik perbualan adalah benteng pertahanan terakhir untuk seorang anak yang solehah. Amiin.
Ah, betul juga. Janji kau akan berhenti kerja yang tidak-tidak dan kembali kesini?
Apa sahaja yang ada didalam minda seorang ibu.
Masa pekerjaan mengawal kualiti makanan seperti aku dikatakan pekerjaan yang tidak-tidak?
Masa aku yang sedikit terbengongbengong saat menatap bahan ilmiah diminta jadi seorang pensyarah?
Masa aku yang masih mahu selalu bercengkerama dengannya disuruh bernikah sesegera mungkin?
Masa sahaja Ummi?

Dan akhirnya aku masuk kebilik, memasang komputer riba dan cuma ingin menulis sehingga semuanya dikepala ini kosong,
sekosong-kosongnya,


No comments:

Post a Comment