kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Sunday, May 29

Judul Buku Mahu Beli

bismillah,

dua minggu lalu, sahabat saya mat, yang sedang berlatihan industri di IPB, Indonesia bertanyakan kalau-kalau saya ingin memesan apa-apa perkara dari sana.

Teruja dengan tawaran beliau, saya membalas dengan jawapan bahawa saya mahu mengirim beberapa judul buku dari penulis di sana.

Kemudian mat meminta saya menyenaraikan semua judul terlibat dan mengirimkan padanya beserta dengan gambar kulit hadapan buku jika ada.

Disaat saya ingin menyenaraikan semua judul buku penulis kegemaran saya, saya terhenti seketika.
Kenapa? Kerana ketika disaat itu, barulah saya menyedari bahawa sudah lama saya sudah tidak duduk dan menyenaraikan judul mesti baca, mesti beli, sudah beli belum baca dan apa sahaja senarai itu, saya sudah lama tidak mengerjakannya.

di dalam kamar tidur saya, hanya ada sebuah buku self-help yang masih belum saya sudahi tiga tahun lalu, dan beberapa buah buku berbahasa inggeris yang saya dapatkan semasa Big Bad Wolf Melaka beberapa bulan lalu,

Akhirnya, saya membalas pesanan ringkas mat dengan satu judul buku dari penulis kegemaran saya salim a fillah lapi-lapis keberkahan.

Sesal. Sungguh saya sesal kerana tidak mempunyai senarai yang lebih panjang.

Apa sahaja agaknya judul buku yang sedang kalian hadami sekarang ini.
Atau kalian juga sudah tidak punya senarai Judul Buku Mahu Beli seperti saya,
Sadis sungguh kita,