kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Saturday, June 10

ramadhan 15

bismillah,

aku mahu tulis yang sedih sedih sahaja malam ini,
tapi separuh dari hati sudah mencari alasan untuk senyum kembali,

aku doa,
paling kurang kau akan faham bahasa aku,
bahasa rindu,
kahkah,

kau mahu tahu apa kepakaran aku?
menunggu,

ada sebahagian dari impian impian kecilku,
aku masih simpan dahulu,
semogatuhanbukajalan,

_____________________________________________________________________________


akhir akhir ini, ada hal berbangkit yang selalu buat menung aku jadi lebih panjang dari biasa,
bosan pula aku bila terlalu asyik perlu berfikir hal yang sama,
mungkin suatu hari nanti, bila semua ini sudah berlalu nanti,
aku akan senang mengetawakan diri sendiri,


punyalah banyak judul, aku mahu judul yang itu juga,
haha

Tuesday, May 30

ramadhan 1428

ramadhan ini,
ada yang terhenti,
puas sudah aku teliti,
kenapa tidak boleh terus berlari,
tuhan, harap tamatnya bukan di sini,
izinkan kami untuk mencuba lagi,


Wednesday, May 10

kitab ramalan hidup

bismillah,

ini berkaitan pasca pbakl 2017. kalau semak semak balik post lama kebanyakannya berkenaan betapa aku tak punya duit yang banyak, walhal pesta buku sudah semakin hampir,
tahun ini, aku azam tak mahu tulis pasal hal yang sama dalam blog. aku cuma post di instagram. kahkah

tapi itulah, dalam pada tak ada duit itu, dapat juga aku beli senaskah dua idaman aku. cuma itulah, punyalah aku buat senarai segala bagai, ada juga judul yang aku tak berjaya dapatkan sewaktu berkunjung di reruai ITBM rabu lepas. bukan apa, aku memang tak tahu bahawa judul itu diterbitkan oleh ITBM, punyalah nak kata tak ada rezeki.

sepanjang itu, aku berjaya habiskan buku terbaharu faisal tehrani, kitab ramalan hidup. kalau ikutkan, judul ini tak ada dalam senarai aku, tp itulah bila dh pegang dan selak, aku ambil dan tahu tahu sudah di kaunter bayaran.


judul terbaharu ini, mungkin sedikit berbeza dengan judul beliau sebelum ini yang aku baca. tapi boleh aku katakan, aku dpt kenal satu sisi baharu penulis ini. entah kenapa, aku merasakan sebegitu. satu perkara yang aku suku bila membaca karya beliau, aku dpt mengutip beberapa pesanan tentang hidup melalui karya beliau.
dalam judul yang ini, beliau lebih santai dan kurang bermain dengan madah berhelah. jadi, lebih mudah untuk aku hadam lumat sampai ke otak.


sebenarnya, aku mahu tulis pasal perkara lain, tapi itulah. aku sudah merapu ke bahagian lain. mungkin baik aku hentikan sahaja di sini dahulu, haha

Saturday, May 6

bismillah,

aku rindu dewan kuliah sebenarnya,
rasa terisi seusai selesai tiap syarahan kuliah ibarat dpt segelas air sejuk lepas lelah nya berlari sendirian,

tapi itulah,
ada sesetengah rindu mungkin memang tiada ubat atau macamana?

Monday, May 1

hilang lagi

bismillah,

pc utama dalam rumah aku, yang aku dapat sebagai hadiah cemerlang peperiksaan menengah rendah, hampir sepuluh tahun lalu,
adalah antara nadi utama memori kami bersama,

hampir semua salinan asal gambar kenangan, video rakaman yang aku rakam dari zaman telefon tangan, telefon bimbit, telefon pintar mahupun kamera digital aku ada dalam memori pc itu.

minggu lepas,
saat aku berkira-kira hendak menelek kembali semua gambar-gambar memori itu,
aku sedari semuanya sudah hilang,
tidak ada satu pun yang tertinggal,
ah, boleh dikatakan semua memori kami dan abang tidak dapat dikesan,

mengadu pada amcip tentang kehilangan itu, dia hanya tersengih sambil mempersoal kecuaian aku tidak membuat salinan simpanan secara 'cloud'.

kau cakaplah dengan aku, siapa sahaja yang menyimpan memori di celah celah awan zaman sekarang ini,
atau aku yang sudah jauh telah ketinggalan zaman,

antara yang paling aku kesali adalah, senyum abang bersama adikadik kecil kami turut hilang sama,


Thursday, April 20

bismillah,

aku dah janji dengan diri sendiri untuk tak menulis tentang hal yang satu ini,
tapi itulah, makin di hindari makin banyak pulak yang datang,

jadi terpaksalah aku tulis jugak sesuatu di sini, semoga satu tahun yang mendatang aku baca balik post ini, paling kurang aku akan lebih berhati-hati,

segala ego yang ada aku dah simpan elok-elok letak tepi, sebab ramai jugak yg cakap ego tak bertepi ni bahaya untuk perempuan macam aku,
eh, tak sangka pulak org sama yg cakap begitu pada aku, tak cakap pada orang lain.
apa memang aku seorang sahaja yang ego atau macamana,

bangangabadi,


aku janji taknak mencarut sebenarnya, heh tapi itulah.

tulis.kekal.sesal

Wednesday, April 12

tidak kena

bismillah,

tidak kena,
sejak akhir akhir ini,
terlalu banyak perkara yang berlaku tidak kena pada tempatnya,
hingga aku jadi malas untuk berusaha lagi,
astaghfirulllah shameemah, ada yang sudah hilang separuh upaya tetap masih berjuang,
apalah sangat ketidak upayaan kau saat ini,
kata separuh diriku kepada separuh lahi diriku,

tulis,
kalau diikutkan hati,
aku mahu tulis semua perkara yang ada dalam hati,
biar tiada sepatah pun yang tertinggal,
tapi itulah,
menulis bukan untuk orang yang tidak membaca,
jadi sila jangan bermimpi,

harap,
bila tekan-tekan remote tv tak sengaja terjumpa chanel yang menayangkan filem hindustan,
aku harap dpt jumpa dengan mereka yang gigih ajar aku sebut satu persatu bahasa kegemaran ku ini,

hati, kuatlah,
semangat, datanglah,



Wednesday, March 15




kalau dikisah kan nasib yang tidak berpihak,
kau doa je lah aku tak give up separuh jalan,

Thursday, February 2

bismillah,

Aku pergi kedai plastik waktu makan siang tadi,
hajat untuk beli pembungkus yang paling sesuai dengan sampel aku,

Pelayan kedai tu lelaki awal tiga puluhan mungkin,
Dengan segala sopan yang ada dia terangkan pada aku harga sebungkus pembungkus adalah dua puluh ringgit, paling pass katanya.

Dalam dompet ada lima belas ringgit je jadi aku sampaikan pada dia yang aku akan kembali lepas ambil wang di mesin atm,

Sekembali aku dari mesin ATM, dia terus bungkus kan barang yang aku mahu sambil sebut jumlah yang perlu dibayar,

dua puluh ringgit kak,

Eh, takkan takde GST. Tapi soalan tu tersangkut dalam kepala je, jadi untuk lebih kepastian aku minta resit bayaran dari dia,

Jelas tulis jumlah yang perlu dibayar berserta GST dua puluh satu ringgit dan tiga belas sen,

Kau tau apa yang boleh mansuhkan gst selain menteri?

Hati Budi,

Monday, January 30

bismillah,

ke terima segalanya,
semua dan sesungguhnya
namun tak aku mengalah,
ku pasti ada jawabnya,

                                     dirgahayu,

kalimat kalian lah,
yang menjadi pengganti bicara
lidah yang sedang kaku
mengungkap rasa,
jiwang, hahaha