kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Tuesday, May 30

ramadhan 1428

ramadhan ini,
ada yang terhenti,
puas sudah aku teliti,
kenapa tidak boleh terus berlari,
tuhan, harap tamatnya bukan di sini,
izinkan kami untuk mencuba lagi,


Wednesday, May 10

kitab ramalan hidup

bismillah,

ini berkaitan pasca pbakl 2017. kalau semak semak balik post lama kebanyakannya berkenaan betapa aku tak punya duit yang banyak, walhal pesta buku sudah semakin hampir,
tahun ini, aku azam tak mahu tulis pasal hal yang sama dalam blog. aku cuma post di instagram. kahkah

tapi itulah, dalam pada tak ada duit itu, dapat juga aku beli senaskah dua idaman aku. cuma itulah, punyalah aku buat senarai segala bagai, ada juga judul yang aku tak berjaya dapatkan sewaktu berkunjung di reruai ITBM rabu lepas. bukan apa, aku memang tak tahu bahawa judul itu diterbitkan oleh ITBM, punyalah nak kata tak ada rezeki.

sepanjang itu, aku berjaya habiskan buku terbaharu faisal tehrani, kitab ramalan hidup. kalau ikutkan, judul ini tak ada dalam senarai aku, tp itulah bila dh pegang dan selak, aku ambil dan tahu tahu sudah di kaunter bayaran.


judul terbaharu ini, mungkin sedikit berbeza dengan judul beliau sebelum ini yang aku baca. tapi boleh aku katakan, aku dpt kenal satu sisi baharu penulis ini. entah kenapa, aku merasakan sebegitu. satu perkara yang aku suku bila membaca karya beliau, aku dpt mengutip beberapa pesanan tentang hidup melalui karya beliau.
dalam judul yang ini, beliau lebih santai dan kurang bermain dengan madah berhelah. jadi, lebih mudah untuk aku hadam lumat sampai ke otak.


sebenarnya, aku mahu tulis pasal perkara lain, tapi itulah. aku sudah merapu ke bahagian lain. mungkin baik aku hentikan sahaja di sini dahulu, haha

Saturday, May 6

bismillah,

aku rindu dewan kuliah sebenarnya,
rasa terisi seusai selesai tiap syarahan kuliah ibarat dpt segelas air sejuk lepas lelah nya berlari sendirian,

tapi itulah,
ada sesetengah rindu mungkin memang tiada ubat atau macamana?

Monday, May 1

hilang lagi

bismillah,

pc utama dalam rumah aku, yang aku dapat sebagai hadiah cemerlang peperiksaan menengah rendah, hampir sepuluh tahun lalu,
adalah antara nadi utama memori kami bersama,

hampir semua salinan asal gambar kenangan, video rakaman yang aku rakam dari zaman telefon tangan, telefon bimbit, telefon pintar mahupun kamera digital aku ada dalam memori pc itu.

minggu lepas,
saat aku berkira-kira hendak menelek kembali semua gambar-gambar memori itu,
aku sedari semuanya sudah hilang,
tidak ada satu pun yang tertinggal,
ah, boleh dikatakan semua memori kami dan abang tidak dapat dikesan,

mengadu pada amcip tentang kehilangan itu, dia hanya tersengih sambil mempersoal kecuaian aku tidak membuat salinan simpanan secara 'cloud'.

kau cakaplah dengan aku, siapa sahaja yang menyimpan memori di celah celah awan zaman sekarang ini,
atau aku yang sudah jauh telah ketinggalan zaman,

antara yang paling aku kesali adalah, senyum abang bersama adikadik kecil kami turut hilang sama,