kalian yg sy hargai

tHe wOrLd aS i sEe iT, mY wOrLd aS i eXprEss iT

Monday, May 1

hilang lagi

bismillah,

pc utama dalam rumah aku, yang aku dapat sebagai hadiah cemerlang peperiksaan menengah rendah, hampir sepuluh tahun lalu,
adalah antara nadi utama memori kami bersama,

hampir semua salinan asal gambar kenangan, video rakaman yang aku rakam dari zaman telefon tangan, telefon bimbit, telefon pintar mahupun kamera digital aku ada dalam memori pc itu.

minggu lepas,
saat aku berkira-kira hendak menelek kembali semua gambar-gambar memori itu,
aku sedari semuanya sudah hilang,
tidak ada satu pun yang tertinggal,
ah, boleh dikatakan semua memori kami dan abang tidak dapat dikesan,

mengadu pada amcip tentang kehilangan itu, dia hanya tersengih sambil mempersoal kecuaian aku tidak membuat salinan simpanan secara 'cloud'.

kau cakaplah dengan aku, siapa sahaja yang menyimpan memori di celah celah awan zaman sekarang ini,
atau aku yang sudah jauh telah ketinggalan zaman,

antara yang paling aku kesali adalah, senyum abang bersama adikadik kecil kami turut hilang sama,


No comments:

Post a Comment